Keesokan harinya, jam alarm sudah menunjuk jam 6.30a.m. Kedengaran bunyi memasak di rumah dua teruna bujang itu diselangi bunyi batuk-batuk kecil. Si Han bersiap pakaian pergi joging di taman rekreasi seorang diri.
Masa berlalu, jam ruang tamu menunjukkan 7 a.m. tepat, Wan sudah berada di meja makan. Dia sudah menghabiskan bahagian sarapannya. Wan begitu asyik melukiskan kartun baru walaupun baru sahaja kecewa bercinta semalam. Manakala bahagian Han belum diusik lagi. Terhidang di meja – telur goreng, kepingan roti bakar, jem nenas dan bijirin segera.
Jam kemudian menunjukkan 7.20 a.m. Wan masih lagi dengan lukisannya. Manakala Han sedang membaca suratkhabar pagi dan sudah pun menghabiskan bahagian sarapannya. Han sudah menghabiskan bacaannya dan memandang si Wan yang masih asyik melukis, “Apa program kamu hari ni.”
“Lepas ni, Wan nak hantar semua kartun yang dah siap tu.”
“Apa kata lepas tu, kamu makan tengahari dengan abang untuk raikan kejayaan kamu itu.”
“Okay...” Wan meneruskan kerja melukisnya.
Masa berlalu, Han berada di syarikatnya. Dia menghadiri satu mesyuarat mingguan syarikatnya, kelihatan Syafika pun ada sama di mesyuarat itu.
Manakala Wan pula baru sampai di syarikat majalah
yang biasa dia hantar karyanya. Kemudian dia menyerahkan lukisan-lukisan itu kepada ketua pengarang majalah komik. Kemudian dia berjumpa dengan beberapa pelukis tetap syarikat itu. Nampaknya dia sudah dikenali oleh orang-orang di situ.
Sesudah itu, Wan menaiki motor kipsnya menuju ke syarikat abangnya. Dalam perjalanan melalui jalanraya di ibukota itu, semasa si Wan berhenti di persimpangan lampu isyarat. Dia terpandang seorang gadis jelita secantik Siti Nurhaliza yang sedang duduk di bahagian tepi bas. Kebetulan si gadis itu terpandang sama dan senyum. Sempat si Wan angkat penutup topi keledar dan membalas senyuman berlesung pipitnya. Bas itu berlalu ambil jalan lain.
Manakala ketika itu si Han sedang membuat persembahan multimedia projek terbarunya iaitu kertas kerja cadangan imej baru Syarikat Multi Raya Sdn. Bhd itu. Semua hadirin terpegun dengan animasi canggih yang dipaparkan termasuk Syafika juga.
Wan sudah sampai di pejabat abangnya dan mendapati abangnya belum memasuki pejabat kerana belum habis bermesyuarat, begitulah kata setiausahanya Cik Ida Rahayu. Wan membuat keputusan untuk menunggu abangnya habis bermesyuarat. Maka dia memasuki bilik pejabat abangnya. Oleh kerana dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti, Wan mengambil pensil dan kertas A4 dan melakarkan watak kartun kebiasaannya, semasa melukiskan watak perempuan kartun itu imaginasi Wan melayang teringatkan wajah Salina yang telah menjadi bekas kekasihnya.
Manakala ketika itu abangnya masih berada di bilik mesyuarat, dia kini sibuk melayan pertanyaan-pertanyaan. Si Syafika hanya melihat dengan penuh minat. Si Wan pula sedang terlelap siang hari. Dia termimpikan Lina bekas kekasihnya yang berwajah muram sedih dan kemudian hilang berganti dengan si gadis manis yang dia terjumpa di jalanan tadi. Gadis itu memberikan senyuman manis yang tidak boleh dilupakan oleh si Wan. Dalam mimpi siang itu, belum sempat Wan hendak berkenal tiba-tiba setiausaha abangnya menghubungi melalui interkom untuk sebarang minuman tetapi Wan tidak mahu.
H5p02
Tanpa
membuang masa, Wan melakarkan wajah gadis misteri itu di kertas kosong. Di
tempat mesyuarat pula, mesyuarat mingguan syarikat telah pun habis. Ramai
hadirin berpuas hati dengan kertas cadangan yang si Han bentangkan. Kini
tinggal si Han dan Fika. Han menghampiri Fika dan menegur, “Miss Syafika, saya hajat hati nak jemput
awak pergi makan tengahari.
“Apa occasionnya?”
Kata Fika sengaja buat jual mahal.
“Si Wan berjaya jadi best student sekolahnya.”Beritahu si Han.
“Entahlah… I kena tengok senarai temujanji I dululah
kat office.” Kata Fika seolah
menolak.
“Ingat Fika…. Walau awak dah tak suka pada saya… tapi
jangan hampakan si Wan.” Kata serius Han lalu berlalu pergi. Si Fika
tersalah-abah kerana berperangai keterlaluan sangat.
Manakala
Wan sedang feeling habis sambil
melihat gambar potret yang dilakarnya itu. Dia menuliskan perkataan…
“Kaukekasihku…” di penjuru bawah potret itu walaupun lakaran hidungnya belum
sempurna lagi. Si Han sudah sampai di depan pejabat, setiausaha memberitahu
tentang kehadiran adiknya yang sedang menanti di dalam.
Bila Han
masuk, si Han kehairanan bila dapati si Wan sedang syok merenung kertas
lukisannya itu. Han menegur, “Hai… amende yang syok sangat tu… apa yang kamu
lukis tu?” Sambil si Han merebahkan diri atas kerusi empuk kerana kepenatan
yang teramat sangat bila berada di bilik mesyuarat tadi.
“Maaflah… abang lambat.”
“Dah dua bulan... Wan tunggu kat sini tau...”Kata Wan
saja kelakar.
“Tengok lukisan tu.” Pinta si Han sambil dia
melonggarkan simpulan tali leher kerana formaliti mesyuarat syarikat tadi.
Wan mengunjukkan karyanya itu kepada Han.
H5p03
Si Han hairan dan kagum
dengan keayuan wajah potret gadis misteri walaupun lukisan hidungnya belum
sempurna lagi dan tidak sedikit pun menyerupai wajah Salina- bekas kekasih Wan
sebelum ini.“Dia adalah gadis impian Wan sekarang.”
“Oiii… cepat pasang baru….”
“Entahlah… tadi Wan ada ternampak ketika dalam
perjalanan tadi.”
“Jadi… ni gadis misterilah ni…. Tapi boleh tak tolong
picitkan bahu abang… penat tadi buat presentation.”
Seraya si Wan pergi ke belakang kerusi Han duduk itu dan memicitkan bahu si
Han.
“Bagaimana
dengan projek-projek abang tu?”
“Projek imej baru syarikat tu.. berjalan lancar… tapi
projek khas Hari Keluarga.. kak Fika kamu tu banyak buat hal menyakitkan hati…
sekarang abang Han asyik bertikam-lidah dengan dia. Sekarang ni dah macam
perang teluk kamu tau… dia nak sangat buat Hari Keluarga kat Langkawi… tapi
abang cadangkan lebih baik buat kat Pangkor sahaja… lebih dekat... lebih
jimat...”
“Habis tu.. bagaimana dengan makan tengahari.. akak
Fika akan pergi tak?” Tanya Wan yang amat berharap.
“Entahlah… akak kamu cakap dia nak semak temujanji dia
dahulu kat pejabat.” Sambil Han meletak potret gadis misteri ke atas meja.
“Pada pendapat Wan, abang dan kak Fika adalah pasangan
paling sepadan yang pernah Wan jumpa setakat ini.”
“Apa? Paling sepadan kamu cakap…. Dengan perangai dia
yang degil tu… mahu aje abang cari yang lain.” Kata Han dengan nada geram dan
kuat.
Tanpa
disangka-sangka, Syafika muncul membuka pintu pejabat Izhan, “Apa? Apa yang
saya dengar tadi?”
“Saya cakap pada Wan… yang dia masa kecil dulu tu
degil sangat, tak suka pakai pakai baju dengan kain.” Kata merapu si Han. H5p04
“Ekk,
lain aje yang saya tadi.” Sambil Fika duduk di kerusi depan, si Wan masih
memicit bahu abangnya.
“Awak tu yang pekak-badak!”
“Saya pulak.. eh, awak tu janganlah perasan handsome sangat… bosanlah saya nak
layan.” Kata Fika meluat.
“Iyalah.. siapalah saya di mata awak.” Kata Han
merendah diri. Wan cuba meredakan.
“Abang,
akak… tolonglah jangan nak berkrisis lagi… sekurang-kurangnya bukan di depan
saya.”
“Alah… akak baik aje… bukan salah akak tau… abang kamu
tu yang mata keranjang…. Tanya dia apalah yang istimewa sangat pasal pulau
Pangkor tu. Tapi walau apa pun… akak tak lupa nak ucap tahniah atas kejayaan
Irwan menjadi pelajar terbaik sekolah tu.” Serentak itu mata si Syafika
terpandang lukisan gambar potret si gadis misteri si Wan, wajah Fika penuh
tanda tanya. “Eh siapa pulak… perempuan dalam gambar ni?” Tanya Fika sedikit
cemburu.
“Itu girlfriend
terbaru saya… Baru tadi si Wan tolong lukiskan.” Kata mengarut si Han
membuatkan wajah Fika berkerut sakit hati.
“Sudah…. Sudah… saya benci pada awak…. Cukuplah Wan
layan orang tua sorang tu… Jum kita
makan.” Itulah kata Fika melepas geram. Wan hanya mengeleng kepala melihat
gelagat dua orang yang dikenalinya.
Masa
berlalu, di restoran berputar di Menara KL kini ketiga-tiga mereka sedang
menghadapi hidangan. Wan dapat perhatikan kedua pasangan itu hanya diam dan
asyik makan. Wan yang telah selesai makan cuba mencetuskan perbualan.
“Akak…
apa tentatif yang telah dirancangkan untuk Hari Keluarga tu nanti?”
“Masa Hari Keluarga tu… biasalah macam tahun lepas…
kita buat sukaneka.. tapi kali ini kita tambah aturcara scuba diving, lumba jet-ski dan kita semua akan tinggal di chalet.”
H5p05
“Nampak
seronok tu… tapi di mana nak diadakan?” Tanya Wan soalan yang kontroversi. Han
dan Fika serentak… “Pangkor!” “Langkawi!” Dan mereka bertekak beberapa kali.
Wan
tergamam melihat perang antara dua manusia itu tetapi dia mendapat satu idea
spontan menyelamat keadaan. “Abang dengan akak cuba bertenang…. Apa kata kalau
kita buat Hari Keluarga tu bukan di Pangkor atau bukan di Langkawi.. Bagaimana
dengan tempat-tempat rekreasi yang lebih dekat… lagi menjimatkan kos… dengan
kos yang berlebihan itu lebih baik kalau kita menjemput dan menghiburkan
anak-anak yatim, orang-orang tua dan yang kurang upaya. Apa kata kita buat kat
Pantai Morib…”
Si Fika
dan Han tercengang dan kagum dengan idea bernas si Wan…. “Wahhh… hebat betul
idea buah fikiran adik akak ni.” Kata puji si Fika.
“OOOiiikkk… lihat siapa punya adik tu.” Sindir tajam
Izhan.
“Eh... awak tu diam… kalau macam tu Wan, akak
nampaknya kena buat kertas kerja yang baru… dan awak Encik Kamal Izhan…. Esok,
saya mahu awak gantikan saya buat interbiu pekerja baru.” Kata arahan Syafika
menyakitkan hati Han.
“Apa? Interbiu lagi… itukan bidang tugas awak jabatan personnel.”
“Awak… jangan nak marah-marah saya… interbiu esok tu…
libatkan jabatan awak tau..”
“Okay tak
apa… nanti pekerja baru tu saya buat awek baru…” Ugut si Han.
“Alah… saya tak takut dengan pekerja baru… siapalah
mereka kalau nak banding dengan saya.” Kata Fika tidak endah dengan ugutan.
Mereka berdua yang berperang itu hanya diperhatikan oleh Wan.
H5p06
Hari
sudah petang, Wan berada di gimnasium sendirian manakala Han berada di kedai
foto. Han dalam keasyikkan memerhatikan pekerja kedai foto membuat kerja
melambakkan gambar foto yang diorder-cuci
ke atas meja kaunter itu, ada 6 sampul foto dilambakkan dan akhirnya sekali
sekeping bingkai gambar besar eksklusif. Han terkejut kerana dia tidak minta
pun bingkai gambar itu, “Eh… mana ada saya order
pun frame tu.”
“Ini
percuma saja Encik Kamal.”
“Boleh tak tukar dengan benda lain, roll filem ke?”
“Maaf Encik Kamal.” Sambil si Zaki memasukkan kesemua
sampul foto dan bingkai dalam beg plastik besar. Pekerja kedai foto itu
menunjukkan pada satu papan-tanda ‘Cuci 5 roll
filem, percuma 1 frame eksklusif
bernilai RM 50.’
Maka
terpaksalah si Han menerima bingkai itu tanpa dapat fikirkan apakah ia akan
diguna untuk apa. Manakala si Wan di gim tekun berlatih. Wan perasan di
sebelahnya ada pelatih gim yang bandannya jauh lebih besar dan berketul memang
layak jadi amatur bina-badan. Jejaka sebelah Wan itu mempunyai wajah mirip
penyanyi Razzi Rahman yang terkenal dengan lagu Syakila 1992. Wan menegur, “Hai
saudara… awak jadi amatur ke?”
“Dah dekat 4 tahun dah…. Berminat nak nak joint ke?”
“Oh tidak… saya ni suka-suka aje… Saya Kamal Irwan…
panggil Wan sahaja.”
“Saya Razman... panggil Man sahaja…”
Mereka
terus berlatih, kemudian borak semula. “Wan ni datang dengan kawan ke?”
“Tak… saya seorang sahaja hari ni… biasanya saya
datang dengan abang saya.” Sambil bercakap itu, tiba-tiba datang seorang gadis
misteri ke tempat mereka. Gadis itu menyapa, “Man… cepatlah, Mirah dah nak
balik ni! Sesi senamrobik Mirah dah setengah jam habis.”
H5p07
“Sorry.. Man tengah syok praktis ni.” Si
gadis itu nampak wajah merajuk dengan kata Razman itu lalu pergi keluar.
Suasana kembali tenang, si Wan bertanya, “Adik awak ke tu?”
“Tak adalah, itu sepupu saya.” Jelas si Razman. Namun
ketenangan gimnasium terganggu bila kedengaran bunyi nada dering hand-phone. Ramai pelatih mengeluh
kerana gangguan bunyi lagipun kawasan tersebut adalah kawasan larangan keras
alat kelui dan telefon bimbit. Si Razman yang bengang kerana bunyi itu
datangnya dari dalam beg latihannya yang diletak di tepi gim.
“Aduhh…. Ini mesti Mirah punya kerja ni…” Sambil
Razman memeriksa begnya dan mematikan telefonnya. Razman malu dengan ketua
jurulatih dan pelatih lain kerana gangguan itu. Si Razman menyapa Wan, “Okaylah Wan…. Kita jumpa lagi.” “Okay…” Jawab Wan seraya si Mirah muncul
di ambang pintu masuk gim lantas Razman mengejar sepupunya.
Esok harinya,
di rumah dua anak bujang itu. Han sudah pergi kerja manakala Wan sedang asyik
melukis karya kartun untuk edisi majalah bulan depan. Han yang sampai di
pejabat dengan beg plastik besar berisi sampul gambar semalam. Ketika
meletakkan gambar-gambar disusun atas meja. Si Han mendapat idea apa hendak
dibuat dengan bingkai itu. Han menjerit, “Hadiah!”… Lalu si Izhan mengambilkan
lukisan potret gadis misteri si Wan lalu dimasukkan ke dalam bingkai hadiah itu
dan kemudian Han menyimpannya ke dalam laci bawah mejanya.
Kemudian
setiausahanya- Cik Ida Rahayu datang dan memberikan peringatan, “Encik Kamal,
sekarang sudah tiba masanya untuk menemuduga pekerja baru di Bilik Seminar C.”
“Okay… saya
pergi sekarang.”
Masa
berlalu, Han kini berjalan melalui pemohon menanti untuk ditemuduga, ada
kira-kira 30 orang semuanya. Ini pastinya Syafika punya kerja menghantarkan
surat jemputan sebegitu banyak semata-mata untuk menghukum si Han. Kecut juga
hati Han membayangkan kepenatan dirinya nanti buat kerja menemuduga nanti. Si
Han pasang niat, kalau balik rumah nanti nak suruh si Wan tolong picit badan.
H5p08
Han
sudah bersedia untuk menjalankan proses temuduga itu, Cik Ida Rahayu datang dan
membawakan 34 fail pemohon. Si Han berkata geram dalam hati… “Tak apa Cik Fika…
ini hari kau… nanti akan kuajar cukup-cukup…” Gelagat Han itu diperhati oleh
Cik Ida dengan hairan… “Ada apa hal Encik Kamal?”
“Ohh… Cik Ida…. Sila panggil pemohon pertama.”
“Baik Encik Kamal…” Maka
kemudian satu persatu nama pemohon dipanggil dan ditemuduga. Si Han tenang aje
menjalankan tugas, senyumannya tidak pernah luntur di bibir.
Daripada
jam 9.00 a.m. menjadi 12.55 p.m., tibalah masanya untuk pemohon yang terakhir.
Han terkejut besar dengan kemunculan pemohon terakhir itu….. wajahnya serupa
benar dengan gadis misteri dalam potret lukisan si Wan. Terpegun dan terpesona
si Han dibuatnya. Rasa tak sabar-sabar si Han nak pertemukan gadis itu dengan
adiknya.
“Selamat pagi, Encik.” Sambil menhulurkan fail resume.
“Eh dah tengahari pun…” Kata lawak Han.
“Maaf encik… tak perasan
saya..”
“Tak pa… sila duduk…” Kata Han sambil terbayang si Wan
berdiri di sebelah si gadis manis itu, nampak begitu sepadan sekali macam
pinang dibelah dua. Han merujuk kepada fail…
“Okaylah…. Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin ya… nama panggilan biasa
apa?”
“Biasanya kawan-kawan panggil Siti atau Nur saja…”
“Boleh beritahu saya tentang latar-belakang kelulusan
Siti ada.”
“Saya selepas SPM ada
mengikuti pengajian Diploma Pengiklanan TV dan Media Cetak di UniPutra Serdang
selama 2 tahun.”
“Apa harapan Cik Siti kalau dapat diterima bekerja di
sini.”
H5p09
“Saya
berasa amat berbangga kalau dapat menyertai Syarikat Multi-Raya Berhad. kerana
syarikat ini adalah diantara syarikat bumiputra terbesar di negara ini, saya berjanji
akan berkerja dengan penuh semangat dan berdedikasi untuk syarikat.”
“Okay… itu
sahaja. Semoga dapat jumpa lagi…” Kata Han dengan senyum memikat. Apabila
berlalu pergi pemohon yang terakhir. Terlentang si Han di kerusi empuk, jam
sudah tunjuk 1.05 p.m. h5p10
hw555Han&Wan06
Malamnya
kedua adik-beradik itu makan malam di warung biasa. Mereka berdua amat mesra
berbual bercerita pengalaman harian. Wan merasa janggal sedikit apabila
abangnya rancak bercerita yang dia berjumpa dengan seseorang istimewa hari ini
sebab Wan teringatkan Kak Fikanya.
“Kau
tau Wan, abang ada jumpa bidadari dari syurga dunia hari ini?”
“Wauu… ini berita eksklusif ni… Bagaimana pula dengan
Kak Fika?”
“Abang dah jadi pejuang gerilla pulak sekarang ni.” Kata gurau Han.
“Abang ni cakap betul… siapa nama si dia yang baru
tu?” Wan buat berminat nak tahu.
“Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin.” Umum si Han.
“Ingin juga Wan nak jumpa kakak baru tu… tapi selepas
balik kampung nanti.”
“Kamu
pasti akan suka padanya.” Kata Han penuh makna… dia mempunyai satu rancangan
sulit. Si Han terbayang si gadis manis duduk sebelah si Wan, tersenggih sendiri
si Han menghairankan si Wan.
“Apa Han tengok siapa?” Hairan si Wan.
“Abang tengah tengok masa depan kamulah.”
“Masa depan apa?”
“Abang
nampak kamu kahwin lebih dahulu daripada abang.”
“Tolonglah abang Han… jangan sebut perkataan kahwin tu
sekarang…. Pedih telinga Wan dengar….” Kata Wan itu membuatkan si Han tergelak
tertawa.
“Sebut-sebut kamu nak balik kampung… abang nak bagi
satu hadiah.” Sambil si Han mengeluarkan satu set kunci. Wan perhatikan dan dia
senyum gembira. H6p01
“Eh ini Honda
Shadow kan? Habis kips yang lama
tu?…” Kata Wan dan Han hanya angguk.
“Yang itu, boleh kamu bawak balik kampung, bagi
kepada Razali atau si Faiz.” Cadang Han.
“Okay jugak.” Memandangkan esok si Wan merancang nak
balik kampung sekejap, Wan cuba membangkitkan perkara serius melibatkan hal
keluarga di kampung.
“Abang Han… jommlah balik
sama. Abang ni tak pernah cuba nak balik kampung selain daripada hari raya.
Semua bertanyakan abang… apa lagilah Mak Ngah kita yang tua tu… Mak Ngah rindu
sangat nak tengok kelibat abang… abang ni macam dah tak peduli dengan keluarga
di kampung.”
“Wan… Wan tak boleh anggap macam tu pada abang. Abang
terlampau banyak agenda kerja hendak diuruskan… buat masa ini abang tidak boleh
balik kampung.”
“Atau
abang membenci dan berdendam dengan Mak Ngah dan Pak Long ke atas apa yang
berlaku pada keluarga kita. Sebab itulah abang tidak mahu Wan tinggal dengan
mereka kerana abang malu dengan keluarga Mak Ngah dan Pak Long hidup susah.” Si
Wan betul-betul melepas rasa hatinya.
“Irwan…
di hati abang ni, tuhan saja yang tahu… betapa sayangnya abang pada keluarga
kita… kepada kamu.” Kata pendek Han masih merahsiakan hal sebenarnya. Wan hanya
mampu melihat abangnya dengan penuh keraguan di hati.
Keesokkannya,
Wan dalam perjalanan ke kampungnya. Manakala Han berada di pejabat sudah
membuat keputusan, siapa yang akan menjadi pekerja baru. Dia menyerahkan
senarai nama yang berjaya kepada setiausahanya, “Cik Ida… sila uruskan surat
jawapan kepada pemohon-pemohon ini.” Tertera salah seorang nama adalah ‘Siti
Nur Ain Ariff Baharudin’.
H6p02
Manakala
si Wan pula kini berada di ruang tamu rumah Mak Ngahnya. Di perkarangan rumah
itu tersandar motorsikal kips lama si
Wan. Mak Ngah nampak gembira sekali dengan kepulangan Wan. “Mak Ngah tengok
kamu ni makin bertambah kacak lawa… dah mengalahkan abang Han kamu.” Kata puji
Mak Ngah.
“Alah Mak Ngah… jangan puji Wan tinggi melambung
tinggi sangat… terasa macam kena perli pulak rasanya… Wan tahulah Wan ni tak sehandsome abang Han…” Kata Wan merendah
diri.
“Kamu ni Irwan… buat kelakarpun macam abang kamu
jugak… abang Han kamu balik sama tak?” Pertanyaan itu berat untuk dijawab si
Wan.
“Tttak
balik… abang sibuk sangat dengan kerja pejabatnya.”
“Tak balik?” Mak Ngahnya semacam amat sedih kerana
terlalu lama sangat si Han tidak balik kampung. Si Wan menghampiri makciknya
untuk bersalam.
“Mak Ngah….” Sambil Wan bersalam dan mengucup tangan
makciknya. Semacam hari raya pulak.
“Itulah abang kamu…. Tak habis-habis dengan janjinya…”
Kata keluh Mak Ngahnya.
“Janji apa… Mak Ngah?” Pertanyaan hairan si Wan.
Makciknya tidak memberitahu lebih lanjut apa yang telah berlaku sebelum ini di
mana si Han telah berjanji di hadapan dia dan abang Longnya yang Han tidak akan
balik kampung selagi tanah dan rumah milik ayahnya yang telah dirampas oleh
pihak bank 15 tahun lalu tidak dapat ditebus-balik semula.
Masa
berlalu, waktu sudah lewat petang. Si Wan dan sepupunya yang sebaya si Razali pergi
bermain rakit melayari sungai. Mereka mendayung rakit buluh memudiki sungai
yang mengalir lesu sepertimana yang biasa mereka lakukan ketika zaman
budak-budak dahulu. Sambil itu mereka berbual mesra.
H6p03
“Nampaknya…
kau ni Wan makin jarang balik ke kampung macam abang kau.” Ungkit sepupunya.
“Memang dah banyak kali hajat nak balik, Zali. Tapi
selalu tak menjadi. Bagaimana dengan semua famili di sini?”
“Semuanya
boleh dikatakan okay, abang Raziz
anak Pak Long dan Kak Miza berjaya masuk universiti tahun lepas.”
“Habis bagaimana dengan pembiayaan masuk universiti
mereka tu?”
“Entahlah… tapi emak cakap duit belanja masuk tu semuanya
pakai duit sendiri.” Kata Zali. Wan terfikirkan sesuatu, dia terkilan kerana
memikirkan abangnya tidak sedikit pun menolong saudara terdekat mereka itu.
Manakala
rakit itu bergerak perlahan menuju berhampiran dengan tanah di mana letaknya
Istana Impian yang telah lama ditinggalkan itu. Wan dan sepupunya mendarat dan
pergi ke rumah lama itu. Wan masuki dan meninjau ke dalam rumah lama itu.
Wan
masih ingat kata abangnya ketika berjalan-jalan ke rumah lama itu masa kecil
dulu, “Rumah ini adalah rumah impian ibu dan ayah… ayah membinanya sebagai
mengabadikan cinta sucinya kepada ibu. Tetapi sayang… selepas ayah meninggal
dan syarikatnya jatuh bankrap. Rumah ini telah dirampas oleh pihak bank kerana
ayah telah menjadikan tanah dan rumah ini sebagai cagaran jaminan utama
pinjaman syarikatnya.”
Wan
memandang keliling ruang tamu besar rumah, dia terbayang-bayang lagi suasana
yang meriah ketika majlis jamuan berkhatan abangnya di mana dia dan sepupu
sebaya berlarian di antara ruang yang
luas itu. Wan ingat-ingat lupa ketika itu dia masih kecil berusia 5 tahun
berlarian nakal di antara orang ramai yang hadir.
H6p04
Keesokkannya
dia pergi memancing dengan dua tiga sepupunya yang lain di tepian sungai
kemudian mereka berlumba renang dan dimenangi oleh Wan. Wan mengukir wajah
gembira tetapi di hatinya dia tetap terkilan kerana abang Hannya tidak ada
bersama untuk bertanding renang.
Masa
berlalu, Wan balik rumah dengan teksi kerana dia memberikan Super Kips lama itu kepada Razali. Bila
sampai di apartmen, Wan ke peti surat apartmen, terdapat lebih sedozen surat
dan bil di dalam pigeon-box rumah
mereka. Si Wan naik angin juga mengenangkan abangnya yang kemalasan nak ambil
surat. “Surat pun malas nak ambik padahal giliran dia…” Kata Wan dalam hati.
Wan
memasuki rumah dan dia dapati abangya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu.
Wan hanya masuk dan tidak ada bercakap sepatahpun menghairankan si Han.
“Surat..” Itulah kata Wan berlalu dan menjatuhkan surat-surat ke atas meja.
“Bagaimana dengan famili kita di kampung?” Tanya baik
si Han.
“Pergilah tengok sendiri!” Kata kasar Wan sambil masuk
bilik dan menghempas tutup semula pintu dengan kuat. Si Han tahu adiknya tengah
bengang besar atas sikapnya tidak meluangkan masa untuk balik kampung jumpa Mak
Ngah dan Pak Long mereka. Han mempunyai sebab yang tersendiri. Han pergi
menghampiri bilik Wan dan bercakap di tepi pintu, “Wan… bukannya bang tak nak
balik… tapikan rutin seharian, tidak mengizinkan abang.”
“Ah! Abang memang dah tidak pedulikan mereka lagi. Wan
tidak mahu dengar apa-apa lagi alasan abang Han.” Kata balas Wan yang sedang
panas marahkan si Han, si Wan akhirnya duduk berdiam saja dalam biliknya-
berbaring di atas katil.
H6p05
Han
kerisauan mengenangkan perubahan sikap adiknya itu maka itu si Han pergi
menelefon Mak Ngahnya, “Hello, Mak Ngah…. Ini Izhan ni, Mak Ngah, Pak Ngah, Pak
Long macam mana…”
Masa
berlalu, jam di bilik Wan sudah menunjukkan waktu 11.30 p.m. Wan cuba
melakarkan kartun-kartunnya sebelum masuk tidur. Kemudian terdengar bunyi
ketukan di pintu biliknya, si Han masuk.
“Belum tidur lagi?” Tanya abangnya. Si Wan Cuma
menggangguk sahaja.
“Abang Han, maaf sebab Wan bad mood tadi.”
“Wan
tidak perlu meminta maaf.. Wan berhak untuk marah kat abang. Kamu kan adik
abang.” Kata Han sambil merangkul peluk si Wan yang sedang duduk di meja
lukisnya itu. “Cukuplah melukis tu..” Kata Han melihatkan si Wan agak
kepenatan.
Keesokkan
harinya, suasana pagi 7.00 a.m. si Wan di bilik air sedang menggosok gigi.
Manakala abangnya masih rancak mandi shower.
Kerja menggosok sudah habis dan Wan berkumur. Abangnya sudah habis mandiannya
dan keluar dari ruang mandi dan menghampiri si Wan di sinki bercermin itu. Wan
dapat lihat wajah abangnya cermin itu memang dia dan Han mempunyai iras wajah
yang saling tidak tumpah sama. Cuma kalau kini abangnya berambut pendek kemas
kerana kerja di pejabat dan si Wan pula berambut panjang ala rockers macam masa si Han popular
menjadi model dahulu.
Tiba-tiba
si Han memeluk adiknya, “Wan… maafkan abang pasal semalam.”
“Itu hak abang. Wan takkan cakap lagi pasal itu.”
Jawab Wan menyentuh pasal ketidakmahuan si Han balik kampung untuk bertemu
famili yang masih ada di kampung.
H6p06
Masa
berlalu, si Han kini berada di pejabatnya sedang memberi penerangan kepada
semua pekerja di jabatannya termasuklah si pekerja baru Cik Siti Nur Ain itu.
Setelah selesai memberi taklimat kepada pekerja, si Han menunjukkan pekerja
baru itu tempat bekerja. Tiba-tiba pula telefon bimbitnya berbunyi,
rupa-rupanya si Wan yang telefon dari sebuah telefon public.
“Eh Wan… kamu telefon dari mana ni?”
“Wan dekat syarikat majalah ni… Wan ada berita baik
untuk beritahu abang.”
“Apa halnya tu?”
“Saya telah dapat tawaran kerja tetap sebagai kartunis
di syarikat ini.”
“Baguslah… nampaknya adik abang sudah ada kerjaya
tetap sekarang.” Kata si Han begitu gembira. Si Han tidak semena-mena duduk di
kerusi depan meja si pekerja baru itu. Cik Siti Nur Air tersipu-sipu malu
dengan boss barunya sambil dia mengemaskan meja dan menyusun alat tulisnya.
“Wan… apakata kalau tengahari ini kita lunch sama-sama di tempat biasa.”
“Abang tak sibuk ke?”
“Tak
adalah… abang ingat nak perkenalkan kamu dengan salah seorang pekerja baru yang
begitu memikat hati abang.” Kata-kata si Han itu mengejutkan Siti Nur Ain.
Tidak keruan hati Siti Nur Ain dengan ajakan si Han itu, siapa sangka bekas
model kacak yang terkenal di tanahair mengajak keluar makan.
“Abang Han
ni jangan buat akak Fika mengamuk pulak.”
“Alah.. biarkan dia nak marah.”
“Wan tidak ada halangan.”
“Kalau macam tu… jumpa di sana, sayang.”
“Abang.. tolonglah jangan sebut perkataan itu… Wan
bukannya jambu abang… okay bye.”
“Bye.” Si
Han memberikan senyuman lebar kepada pekerja barunya yang tersipu-sipu malu
dengan agenda luar jangka itu.
“Bagaimana… Cik Siti setuju tak?” Tanya Han yang duduk
dekat tepi meja si Nur Ain itu, penuh keromantikan.
“Saya seganlah Encik Kamal.” H6p07
“Awak tidak perlu berencik-encik dengan saya, panggil
Han saja.”
“Saya
seganlah dengan adik perempuan Encik Han.”
“Eihh.. siapa yang cakap adik saya tu perempuan… saya
nak bawa awak berjumpa dengan seorang lagi Kamal.” Kata Han penuh misteri.
“Oppss… maafkan saya.” Kata Siti Nur yang tersalah
anggap.
“Tak apalah… jumpa nanti ya.” Kata Han yang kemudiannya
masuk ke dalam pejabatnya. Cik Siti Nur Ain tersenyum keseronokan, baru sahaja
hari pertama bekerja boss sudah begitu baik sekali kepadanya. Dalam pada itu,
semua pekerja lama memandang kepada Siti Nur Ain kerana kejadian itu begitu
mengejutkan. Ketika itu jam pejabat menunjukkan 11.00 a.m.
Manakala
di pejabat Fika, si Fika sedang duduk tersenyum dalam pejabatnya. Dia memeriksa
kalendar mejanya, dia dapati temujanji rasmi untuk hari ini adalah kosong maka
dia merancang hendak mengajak Han untuk makan tengahari. Di mejanya ada gambar
kecil si Han dan Wan.
Fika
juga teringatkan yang sudah berminggu dia dengan Han bergaduh besar, bukannya
apa sangat si Fika berkeras hendak mengadakan Hari Keluarga syarikat di
Langkawi. Semuanya disebabkan oleh si Han buat perangai. Fika naik geram
apabila si Han beriya-iya sangat nak buat Hari Keluarga di Pangkor diatas
alasan dia mempunyai kenalan rapat di sana yang boleh menawarkan potongan
istimewa percutian berkumpulan. Si Fika memang tahu sangat siapa yang dikatakan
kenalan itu kalau tidak si model wanita- Erni Imran yang kini telah
berumahtangga dengan seorang Dato’ dan membuka sebuah hotel peranginan di Pulau
Pangkor. Semuanya berpunca apabila Fika terbaca sendiri pamplet promosi milik
Erni Travel di rumah Han di mana
beliau selalu pergi memasak sekali-sekala di rumah dua anak bujang itu.
H6p08
Fika
pernah mengungkitkan pasal pamplet Erni Travel
itu kepada Han tetapi si Izhan tetap menafikan perkaitan resort milik Erni Imran. Fika terus merajuk sakan walaupun si Han
telah berulang-kali menyakinkan yang dia dan Erni sudah tidak mempunyai
sebarang hubungan istimewa lagi. Tersedar dari lamunan jauh, si Fika kemudian
bersolek sedikit dan kemudian kelihatan si Fika keluar dari pejabatnya dengan
keadaan cukup seronok dan gembira.
Masa
itu juga, Han juga keluar dari pejabatnya. Dia mematahkan sekuntum bunga ros
putih yang ada sejambak di meja setiausahanya Cik Ida. Cik Ida pula yang
menaruh syak wasangka. Dia begitu tertanya-tanya di dalam hati – siapakah yang
akan diberikan bunga ros itu, harap-harap dialah sebab dia dah begitu lama
bekerja penuh dedikasi dengan si Han.
Saat-saat
tertanya-tanya itu terjawab apabila Han pergi menghampiri meja si pekerja baru,
Siti Nur Ain itu. Siti Nur yang duduk sedang asyik membuat kerja di situ
tergamam. Si Han mengunjukkan bunga putih itu, Siti Nur tersipu-sipu malu dan
segan. “Terimalah bunga ini sebagai jemputan rasmi saya untuk keluar makan
tengahari bersama.”
Siti
Nur pun terima bunga itu dengan tangan terbuka. Siapa sangka nasibnya begitu
bertuah hari ini. Siti Nur masih terbayang-bayang masa dia datang untuk
temuduga tempoh hari. Semua budak perempuan yang datang untuk temuduga itu
terkejut besar apabila mendapati orang yang akan menemuduga mereka adalah
seorang bekas model terkenal tanahair. Siti Nur teringat lagi dua orang
kakaknya bagai nak rak minta tolong Siti untuk dapatkan autograf majikan
barunya apabila Siti Nur menerima surat jawapan terima kerja tempoh hari.
H6p09
Sebenarnya
Siti Nur ada membawa dua gambar poster model Han Akmal itu di dalam beg failnya
untuk mendapatkan autograf bagi pihak dua orang kakaknya. Tetapi Siti Nur belum
lagi terfikir untuk menunaikan hajat kakaknya itu, gambar-gambar itu masih
tersimpan rapi di dalam laci bawah mejanya. Lagi pun Siti tidaklah begitu
meminati sangat dengan model Han Akmal, idola pujaan Siti adalah pelakon si
Eizlan Yusuf itu.
Semasa
kemunculan model Han Akmal, Siti baru shaja berada di sekolah menengah bawah.
Siti masih ingat lagi masa di rumah keluarga dia di Melaka dulu, dua orang
kakaknya memang banyak menampal poster model Han Akmal di dalam bilik tidur
mereka. Sampaikan akaknya yang sulung walau dah bertunang pun masih meminati
model Han Akmal itu.
Tetapi
seingat Siti, masa dia berada di menengah atas dan masa belajar diploma dulu.
Dia dilanda demam artis pujaan iaitu model dan pelakon Eizlan Yusuf. Banyaklah
gambar model itu yang ditampal di bilik tidurnya malah semua kulit buku studi
pun ada tertampal gambar model itu.
Tersedar
dari lamunan jauh Siti itu, dia sedari kini dia sedang berjalan bersama
seiringan dengan model pujaan kakaknya dan bunga ros sekuntum yang dipegangnya
siapa pula yang berikan.
Malang
tidak berbau, ketika sedang asyik si Han dan Cik Siti Nur itu berjalan bersama
untuk keluar makan itu. Maka bertembunglah mereka dengan si Syafika yng dalam
perjalanan untuk menemui Han. Syafika terkejut besar apabila mendapati si Han
berjalan mesra bersama dengan pekerja baru yang cantik jelita itu.
Manakala
Siti tidak tahu-menahu akan hubungan dua orang itu. Si Han dengan selamba
menyapa Fika, “Selamat tengahari Miss
Syafika!”
“Eihhh… masih tak habis lagi ke mesyuarat dengan pekerja
baru you tu, Encik Kamal Izhan?”
Tanya sindir Fika yang geram teramat. H6p10
“Ohh tidak, kami ni nak pergi makan tengahari
sebenarnya…” Jawab selamba si Han dengan memegang mesra tangan si pekerja baru
tu. Si Fika buat senyum-senyum aje walhal di dalam hatinya macam nak mengamuk
satu kampung.
Kemudian
si Han buat berlakon jalan rapat-rapat dengan Siti dan berlalu pergi dari Fika,
dan baru dia sedari yang pekerja baru
itu memegang sekuntum bunga ros putih.
Perasaan Fika yang tiba-tiba terperanjat bengang , “Ooiii… Encik Izhan
ni dah buka kebun bunga baru ke?” Si Han hanya menoleh dengan senyuman dendam.
Maka tinggallah Fika
keseorangan tanpa dapat melaksanakan hasrat hatinya hari ini. Fika mengeluh
sendiri , “Menyesalnya aku suruh dia buat temuduga tempoh hari eeeiiii…
menyesalnya !” Namun kesalannya sudah terlambat kerana lihatlah hasilnya
sekarang di mana betapa romantiknya si Han melayan kekasih barunya.
Masa berlalu, si Wan sudah
sampai di perkarangan restoran Steak
House yang biasa mereka adik-beradik makan dengan Syafika. Wan memarkirkan
motor besar barunya itu , dia dapat lihat Vitara
abangnya sudah berada di perkarangan parkir restoran itu. Wan membetulkan pakaiannya. Seperti biasa dia
dengan jaket kulit dan seluar jeansnya
berimej ala rocknya. Wan jug tidak
lupa memeriksa dalam jaketnya sekuntum bunga ros merah yang telah siap
dibungkus, dia sengaja meletakkannya di dalam jaket untuk memberikan kejutan
maklumlah mungkin hari ini abang Han dia akan memperkenalkan seseorang yang
bakal menjadi kakak iparnya. Tentu si gadis misteri itu cukup istimewa, apakan
tidak abangnya berani buang tabiat menduakan Kak Syafika. Kerana itulah si Wan
membelikan sekuntum mawar itu sebagai penyataan alu-aluan kehadiran orang baru
dalam hidup abangnya. Wan tidak tahu sangat dengan pemilihan warna ros itu,
harap ianya tidak disalah anggap apa-apa kerana warnanya.
H6p11
Manakala di dalam restoran itu, si Han dan Siti Nur
sedang berbual begitu mesra sekali. Maklumlah baru kenal rapat, Siti begitu tertarik
dengan cara lagak si Han yang baik dan amat mesra sekali tutur bicaranya.
Terpikat Siti sambil masyok perhatikan cara Han bercakap begitu romantik,
terpegun sekali Siti dibuatnya. Terbayang-bayang di pemikiran Siti akan
kehadiran dua orang kakaknya yang sedang berdiri dan menunjuk aksi marah tidak
puas hati dan memberikan amaran agar jangan terpikat hati dengan si Han. Namun
Siti melayan asyik percakapan bersama Han itu.
Wan ketika itu berada jauh
dari meja Han dan Siti itu dapat melihat kelibat si gadis manis bersama
abangnya itu. Terasakan dia pernah melihat wajah gadis itu entah di mana.
Terbayangkan di kotak fikiran si Wan akan pasangan itu berada di persandingan.
Semakin si Wan menghampiri tempat itu maka ternampaklah dia akan sekuntum ros
putih yang berada di atas meja berdepan dengan si gadis itu. Ini membuatkan si
Wan serba-salah kerana dia pun membawakan benda yang sama. Maka itu Wan ambil
keputusan untuk tidak akan memberikan hadiah rosnya itu. Tentunya sekuntum ros
yang tidak berbalut mempunyai makna yang lebih bererti dan mendalam daripada
kuntuman yang berbalut dan pastinya lebih romantik. Tiada niat untuk Wan
merampas makwe abangnya itu walaupun suara hatinya berkata, “Wahh… cantiknya
dia!”
Wan pun sampailah di meja
itu dan dia menegur ringkas, “Hai…” Manakala pandangan Siti Nur Ain tertumpu
kepada si pemuda yang baru sampai itu. Dalam hati Siti berdetak, “Aduhai…
kacaknya dia.” Serentak Siti terbayang dua kakaknya senyum berdiri setuju di
belakang Wan berdiri.
H6p12
Si Han yang tersedar akan
kehadiran si Wan itu segera
memperkenalkan, “Hahh.. datang pun kamu Wan… perkenalkan ini pekerja
baru syarikat abang… Cik Siti Nur Ain Ariff Baharuddin.” Sambil itu Wan cuma
duduk mengambil kerusinya. Mata si Wan tidak berganjak dari memandang ke
kuntuman ros putih di atas meja itu dan sesekali dia memandang ke wajah si
gadis itu. Gelora perasaan cinta tidak pernah hadir sebelum ini semenjak dari
putus dengan Salina, kekasih zaman persekolahannya itu. Tidak puas hati si Wan
memujuk diri agar tidak terjatuh cinta kali ini… apatah lagi teman istimewa
abang Han sendiri.
Wan cuba memperkenalkan
diri, “Saya Kamal Irwan… panggil Wan sahaja.” Dengan senyuman Wan yang kacak
sekali. Manakala Siti hanya termampu tersenyum kerana pasrah di hadapannya kini
dua pemuda yang memikat hatinya- seorang kemas dan segak, seorang lagi ringkas
tapi memikat jiwanya. Terasakan Siti bagaikan dia berada di alam fantasi, dia
tidak tentu arah – si Han matang dan amat baik manakala si adiknya itu cukup
kacak lawa dan charming. Walaupun
Siti tidak pernah berkenal dengan si Wan tetapi dia yakin si adik Han itu pun
perangai mesti macam abangya juga – baik dan romantik.
Masa berlalu, mereka pun
makan tengahari bersama. Mereka tidak banyak bercakap ketika sedang menjamu
selera itu. Namun mata si Wan dan Siti sekali sekali-sekala bertentang juga.
Selesai acara makan itu, si Han memulakan perbualan, “Bagaimana pendapat Siti
tentang kami berdua?”
Panik pemikiran Siti apabila
si Han meminta pendapatnya, tersipu malu si Siti apatah lagi dia memandang si
Wan yang senyum manisnya. Nampaknya saham kedua adik-beradik itu sama tinggi.
Lalu secara spontan Siti berkata, “Entahlah… komen saya… macam itu abangnya,
macam itu jugalah si adiknya.” Kata-kata Siti cukup tergantung. Dan kemudian
Siti pandang ke Han dan tanya “Adakah awak berdua ni adik-beradik kembar tak
seiras?”
“Kalau saya cakap… kami ni
kembar… Cik Siti percaya?”
“Iya… saya percaya… Tapi saya pernah dengar orang kata
pasangan kembar lebih cenderung jadi couple… ya… yang dot dot tu lah.”
Kata-kata Siti tersekat-sekat kerana mengatakan satu isu yang sensitif. H6p13
“Habis… apa mereka kata kalau kami adik-beradik
kembar?”
Tiba-tiba si Wan berkata-kata hendak menduga si gadis
itu.
“Alah segan saya nak cakap.” Siti keseganan betul
dengan si Wan. “Cakaplah… saya mahu mendengar sendiri pendapat awak.” Kata-kata Wan itu menjadikan
suasana panas dan tegang.
Namun
si Han mengambil jalan tengah menjadi pendamai, “Sebenarnya Cik Siti, saya
dengan si Wan jarak masa kelahiran Cuma dalam masa 6 minit…. Opss silap… 6
tahun sebenarnya. Siti sebaya umur dengan Wan.” Siti dan Wan berpandangan bila
terdengar satu persamaan di antara mereka berdua.
“Oh begitu……..”Kata Siti.
“Dan jika awak perhatikan
betul-betul, ada satu perkara yang nyata berbeza di antara saya dan abang
saya.”
“Apa dia tu?” Siti begitu tertanya ingin tahu.
“Saya ni tidak cukup tinggi beberapa cm daripada abang
saya.” Kata-kata si Wan itu cukup memberi jenaka kepada Siti. Siti tergelak
kecil.
“Apa pendapat Siti tentang
adik saya ni?” Tanya soalan cepumas si Han.
“Saya rasa Wan cute
sangat dengan lagak lawaknya.” Kata spontan Siti secara tidak langsung memuji
Wan.
“Untuk pengetahuan Cik Siti… si Wan ni salah satu
kartunis berbakat besar di tanahair kita sekarang.” Umum kata si Han.
“Iya ke?… Siti selalu
ingatkan pelukis kartun selalu badan besar dan tidak handsome.” Kata terkejut Siti dalam ceria.
“Nampaknya saya ni tidak handsomelah.” Kata Wan merendah diri.
“Eh… awak handsome
apa… Siti Nurhaliza pun boleh terjatuh cinta dengan awak.” Kata puji Siti
setelah silap tersebut kata-hatinya tadi.
“Apa ni… habis tu saya macam mana pula?” Tanya si Han
seakan tidak puas hati.
“Encik Han tetap jejaka paling handsome di Malaya ni.” Kata puji Siti. H6p14
“Ni dah tahun berapa ni?” Tanya lawak si Han. Mereka
sama-sama tertawa gelak. Namun dalam hati si Wan terasakan sesuatu yang tidak
kena di penjuru hatinya. Hatinya berdetak namun si gadis itu telah menjadi
milik abangnya, jika tidak apakan tidak abangnya akan membawakan si gadis itu
untuk makan tengahari bersama mereka.
Masa
berlalu, si Wan kini berjalan sendirian di sebuah taman rekreasi. Perasaannya
cukup berkecamuk dan dia cuba mengubat hatinya sendiri. Ketika itu ramai juga
yang datang berkunjung ke taman itu. Wan duduk di bangku batu tepian tasik
sambil perhatikan burung undan berenang-renang. Dia begitu memerhatikan dengan
penuh khusyuk. Tiba-tiba, muncul di hadapannya si gadis comel si kecil berusia
empat tahun dan bertanya, “Abang, abang, kenapa abang ni bersedih?” Kata-kata
si comel itu begitu tulus bersama juga dengan budak lelaki sebaya yang mungkin
saudaranya.
“Abang
tak bersedih… abang cuma duduk termenung aje.” Si Wan melayan pertanyaan si
kecil. Si kecil lelaki seakan menarik-narik tangan si kecil perempuan untuk ke
tempat lain. Wan teringat akan sesuatu iaitu sekuntum bunga ros yang masih
tersimpan rapi di dalam poket dalam jaketnya itu. Lalu dia memberikannya kepada
si gadis kecil itu. Si gadis kecil itu seraya berkata dengan kepelatannya,
“Terima kasih abang ni bagi bunga kat saya.”
“Sama-sama…”
Kemudian
terdengar suara seorang wanita mungkin si ibu mereka, “Siti, Iwan, mari sini
kat mak… janganlah kacau abang tu…” Wan terkejut apabila mendapati wanita itu
cukup mempunyai iras wajah arwah ibunya… adakah kebetulan atau satu petanda
daripada Ilahi memberitahu sesuatu.
H6p15
Maka
berlarian kedua si kecil ke arah wanita misteri itu. Si gadis kecil tidak lupa
memberitahu yang di mendapat bunga dari Wan. Manakala si Wan tunduk sedih
kerana teringatkan seorang wanita yang melahirkannya tetapi tidak pernah
mendapat kasih-sayang daripadanya kerana mengorbankan nyawa kerana mahu
melahirkannya. “Ibu… maafkan Wan, kerana Wan… ibu terpaksa pergi.”
Hari-hari
berlalu, si Wan kini berada di syarikat penerbitan produksi majalah komik. Dia
tekun sekali melakukan lakaran kartun popularnya. Kelihatan gambar kecil dia
dengan Han dan Fika dan juga gambar kenangan arwah ayah dan ibu ketika di satu
perkelahan tepi pantai ketika abangnya masih budak kecil lagi.
Manakala
di sebuah kedai stationary besar di
satu kompleks membeli-belah tersohor-Suria KLCC, kelihatan si Han dan si
pekerja baru- Siti Nur Ain baru sahaja selesai membeli alat-alat stationary untuk kegunaan pejabat
mereka. Banyak juga barang yang dibeli iaitu 3 plastik besar. Kebetulan pada
masa yang sama di kawasan berhampiran si Fika sedang berjalan dengan sepupunya
yang datang dari Johor Bahru hendak pergi berkunjung ke kedai buku Kinokuniya.
Dalam
perjalanan, maka bertembunglah antara keduanya pasangan itu. Ketika itu si Fika
dan sepupunya hendak memasuki gedung buku itu. Han menegur, “Ehh.. Cik
Syafika.. nak beli buku ke?”
“Memanglah… saya ni kan… pembaca setia buku novel. Eh
awak tu.. takkan datang sini beli stationary
je?” Fika perli Han.
“Ni.. untuk kegunaan pejabat.” Jawab lurus bendul si Siti
Nur.
Si Han
membalas balik, “Eh… tentu sekali tidak… kami lepas ni nak pergi beli
barang-barang dapur pulak…” Siti Nur terperanjat dengan kata-kata akhir bossnya
itu.
“Apa
Han?” Tanya Siti Nur dengan spontan tetapi si Han dengan cepat menambah cerita.
“Ayang dah lupa ke tadi… ayang nak masak untuk makan malam ni.”
H6p16
Han & Wan 07
“Nak masak untuk makan malam? Boleh
percaya ke anak gadis moden zaman sekarang… nak masak konon.” Kata perli si
Fika.
“Eh
kenapa tidak… Cik Fika boleh datang rumah malam ni… bolehlah nak rasa masakan
orang Melaka… datanglah dengan teman awak ni…” Kata Han melalut jauh.
“Perkenalkan
ini bodyguard saya, Encik Zaid
Ibrahim.” Fika memperkenalkan sepupunya. Si Han dan Zaid keduanya berjabat
tangan, sebelum itu si Han yang terpaksa memberikan sementara beg plastik
kepada teman sebelahnya kelihatan amat romantik sekali menyebabkan Syafika
bertambah rasa cemburunya.
“Jangan
lupa datang malam ni Encik Zaid, ya.” Jemput Han secara rasmi.
“Semestinyalah…” Kata jaminan Syafika
sambil buat mengada-ngada dengan sepupunya- pegang tangan romantik sekali
sambil masuki kedai buku itu. Sepupunya terperanjat juga dengan tindakan Fika
itu kerana tidak ada ikatan cinta langsung di antara mereka berdua mereka
berdua sebelum ini. Siti dan Han berlalu.
Di dalam kedai buku itu, sepupu si
Fika bengang semacam dengan perangai mengada si Fika tadi, “Eh sepupu… sejak
bila engkau ni jadi buang tabiat ni… mati aku kalau tunang aku nampak.” Kata
Zaid.
“Alah…
maafkan Fika, abang Zaid. Fika sakit hati sangat dengan perangai dia tu.”
Mengadu Fika.
“Kau
nak tak, kalau abang belasah si Han Akmal tu.”
“Tak payahlah bang… Fika nak belasah hatinya pun sudah
cukup.” Kata Fika bertekad walhal hatinya sudah remuk hancur berkecai kerana
memikirkan si Han telah menjadi hak milik orang lain!
H7p01
Manakala si Han masih berjalan
bersama-sama dengan Cik Siti meninggal jauh kedai buku tadi. Apabila mereka
telah jauh si Han memberitahu satu rancangan tergemparnya. “Cik Siti, awak
boleh masak tak?… Tolong... tolong cakap yang awak boleh masak.” Tanya si Han
agak terdesak.
“Encik
Han… semuanya terjadi so suddent,
saya tak sedialah ni…” Kata-kata Siti sedikit keberatan.
“Tolonglah saya, Cik Siti Nur Ain.”
Sambil si Han buat lagak romantik merayu seperti sang penyair agung yang sedang
merayu bulan. Siti tersipu-sipu malu kerana lagak romantik si Han berlutut
merayu menyebabkan orang di sekeliling melihat kelakuan luar jangka si Han itu.
“Okay… okaylah saya akan masak.”
Masa berlalu, kini Han dan Siti berada
di bahagian groceries gedung
membeli-belah itu. Kalau tadi mereka bersusah-payah memegang angkut beg plastik
besar tetapi kini mereka berjalan dengan troli besar. Mereka bersama-sama
menolak troli itu bagaikan satu pasangan. Sambil melihat-lihat bahagian sayur,
“Encik Han mahu saya masak apa?” Tanya
Siti.
“Itu
ikut Sitilah… asalkan sesuai untuk makan lima orang.”
“Okay kalau macam tu… saya akan cuba
masak tomyam campur dan nasi putih berlauk ayam masak merah… itu resepi
istimewa keluarga saya.”
“Nampaknya, sekarang ini pun saya dah berselera nak makan
ni.” Kata gembira si Han kerana ‘pilihan’ dia kali ini memang tepat.
Di tempat sayur terpamer itu, sambil
Siti mendapatkan sayur yang dia mahu. Sempatlah si Han buat kelakar dengan
sayur-sayur. Seperti buat tanduk dengan batang lobak merah dan janggut Santa Claus dengan daun parsli. Siti tergelak ketawa dengan gelagak si
Han itu. H7p02
Siti begitu terhibur dengan gelagat
Han yang begitu romantik sekali tetapi entah kenapa di fikirannya terlintas
bayangan si Wan pula berdiri berhampiran dengannya. Namun Siti terus lagak biasa
melayan kerenah si Han.
Kejadian di bahagian sayur itu dapat
disaksikan jelas oleh si Syafika dan sepupunya. Gelagat romantis si Han dan
kegembiraan yang terpancar di wajah Siti itu membuatkan Syafika amat cemburu.
Juga kedengaran dari jauh ketawa Siti. Fika seakan hendak menangis sakit hati
menyebabkan sepupunya juga bersimpati. Fika membisikkan sesuatu kepada
sepupunya.
Setelah sudah bahagian sayur maka
bergeraklah si Han dan Siti ke bahagian rak-rak rempah-ratus. Dalam perjalanan
melihat-lihat bahagian itu maka terserempaklah mereka dengan Fika dan sepupunya
yang sedang membuat satu aksi romantis juga iaitu Zaid yang berbadan besar itu
mengangkat tubuh si Fika untuk mengambilkan barang di rak teratas. “Eh, bang….
Angkatlah tinggi lagi.” Lagak kata si Fika.
Si Han ketika itu terasa gelora
cemburu juga. Siti yang juga
menyaksikannya tidak tahu-menahu yang kedua Han dan Fika mempunyai hubungan
sebelum ini.
Masa berlalu, Wan baru sampai di
kawasan parkir persendirian apartmennya. Wan kemudian mengambil surat di pigeon-box seperti kebiasaannya.
Terdapat dua tiga surat. Kemudian Wan menaiki tangga ke atas, bila sampai di
depan pintu rumah. Dia dapati pintu itu tidak berkunci dan berada sedikit
terbuka. Wan memasuki rumah berada di ruang tamu, dia perasan akan bunyi
kedengaran orang memasak di dapur dan sepasang kasut wanita di muka pintu
rumah. Wan berbisik sendiri, “Eh… akak Fika ke, datang?” Kemudian Wan buat
macam biasalah, dia menjerit…
“Kakak…
Wan balik!! Dah lama akak sampai?”
h7p03
Siti yang berada di dapur ketika itu
tergamam seketika bila dia terdengar suara jejaka itu bukannya si bosnya-Han.
“Dah lama jugak!...” Jerit Siti menjawab disebalik bunyi bising gorengan sayur
membuatkan tidak perasan empunya suara itu. Si Wan berada di kerusi sofa ruang
tamu meletak surat ke atas meja ruang tamu. Kesemua surat itu tentunya surat
dari peminat abangnya. Dia membuka kasutnya dan meletak di atas rak kasut.
Kemudian Wan terus masuk dalam biliknya tanpa mengetahui siapa sebenarnya yang
berada di dapur rumahnya itu.
Di biliknya Wan bersalin pakaian untuk
mandi, dia hanya memakaikan tuala besar membelit badannya. Sambil Wan keluar
dari bilik menuju ke bilik air, dia terus menegur sapa ‘akaknya’ itu.
“Kenapa kakak lama tak datang?”
“Sibuk…”
Kata ringkas Siti yang mulai seronok menyamar diri.
“Eh
kenapa suara lain je akak, Wan dengar?”
“Demam…”
“Abang
dah hantarkan akak ke hospital, tak?”
“Belum…”
Tersengih-sengih sendiri Siti kelentong. Ketika itu Wan sudah memasuki bilik
air dan menutup pintu.
“Abang
memng tidak boleh diharap, kak…” Sambil Wan mulai mandi shower.
“Akak
sakit sakit pun, abang tak boleh tolong hantar akak jumpa doktor. Abang memang
selalu buat tak kisah tentang orang lain.” Kata membebel Wan tidak puas hati
tentang sikap abangnya.
Wan memberhentikan pancuran shower untuk bersabun pula. Dia cuba menekan botol sabun cairan
tetapi telah habis. Bengang juga Wan dibuatnya kerana bulan ini adalah giliran
abangnya untuk menukar ganti. “Tengok! Sabun mandi dah habis pun tak berganti…
abang Han memang tak boleh diharap langsung… bulan ni giliran dia ganti… macam
mana saya nak mandi ni… takkan nak jadi kerbau pulak.” Siti terdengar jelas
leteran si Wan tersenyum gelihati. H7p04
“Akak!!”
“Ya…”
Siti berasa curious.
“Boleh
tak akak tolong ambilkan sabun mandi spare
dalam placard yang di atas blender tu.” Permintaan Wan.
“Ya,
kejap…” Kata Siti kepanikan mencari sekejap. Apabila melihat blender pengisar, lalu dia membukakan placard di bahagian atas, maka
terjumpalah ketulan sabun mandi back-up.
Siti ambilkan satu. Wan keresahan lama menanti…
“Dah
jumpa ke belum, kak?” Jerit si Wan dalam bilik air.
“Dah…
kejap.” Jawab ringkas Siti. Maka si Wan membukakan sedikit pintu bilik air dan
menjuntaikan tangannya ke luar. Siti cepat-cepat mengunjukkan ketul sabun itu.
Tanpa disengajakan ketika bertukar
tangan antara kedua itu maka berlaku persentuhan. Dengan spontan si Wan meminta
maaf, “Oppss, sorry kak… tersentuh
tangan.” Dalam pada itu hati Siti yang tersentuh. Ternyata si Wan seorang yang
begitu baik memikat hati Siti. Kemudian Wan menyambung kembali mandiannya. Dan
Siti pula kembali memasak di dapur.
Masa berlalu, Siti sibuk berulang-alik
di antara dapur dan meja makan membawakan hidangan. Manakala si Wan baru saja
menghabiskan mandiannya. Ketika Siti sedang membawakan mangkuk besar nasi,
dalam pada itu si Wan keluar dari bilik air. Maka berlakulah pertembungan di
antara kedua mereka. Si Wan terperanjat besar kerana yang disangka akak
Fikanya, rupanya awek baru abangnya. Si Siti senyum tersipu aje melihatkan anak
teruna itu.
H7p05
“Eh awak?” Sambil si Wan menutup
dadanya dengan sebelah tangan dan menutup pusat dengan satu lagi tangan kerana
dia hanya memakai tuala. Si Wan segan betul dengan anak dara itu.
“Opss..sorry, maafkan saya.” Dalam sekilas
pandangan itu, Siti perasan akan tubuh si Wan yang sederhana tapi mantap dan
seksi.
Kemudian cepat-cepat Siti buat-buat
pandang ke arah lain manakala si Wan beransur perlahan ke biliknya. Siti pula
beransur ke meja makan dan mereka saling tidak berpandangan tetapi mereka
bercakapan di antara satu sama lain.
“Mana
abang Han?”
“Abang
awak keluar sekejap pergi beli buah… ehh siapa kakak yang awak cakapkan tadi?”
Tanya pula Siti. Ketika itu hanya ada dua teruna dara di rumah itu.
“Oh… kakak… kakak sepupu kita orang.
Biasanya seminggu sekali dia akan datang masak makan malam.” Temberang si Wan
tanpa menyebut nama akak Fikanya.
Wan bersegera masuk bilik dan menutup
pintu. Wan terasa perasaan berlainan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini
kecuali terhadap Salina. Wan memarahi dirinya kerana tidak berhati-hati dan
terlalu cuai tadi.
Wan berasa amat bersalah kerana cuai
memperlihatkan dirinya separuh tidak berpakaian kecuali akak Fika. Tetapi
berlainan dengan kak Fika kerana Wan mengenali daripada umurnya 15 tahun lagi.
Terasakan seperti kakak kandung sendiri.
Dahulu
ketika mula pindah ke bandar untuk tinggal bersama abangnya, Syafika pernah
mengambil tugas menjaga si Wan kerana si Han menjalani kursus di Jepun selama 6
bulan. Dalam tempoh itu, si Wan kena demam panas yang teruk. Maka Fikalah yang
menjaga makan-minum si Wan. Sememangnya Fika sudah beranggap si Wan sebagi adik
sendiri kerana dia sendiri tidak mempunyai adik lelaki.
Wan pantas segera bersiap memakai baju
dan seluar, ringkas sahaja dia memilih, cuma t-shirt kuning yang ditight-in
dengan seluar jeans. Wan kemudian pantas menyikat rambutnya dan keluar dari
biliknya. H7p06
“Eh cepatnya awak pakai?” Hairan si Siti, sambil itu si
Wan ke meja makan untuk membantu Siti menghidang masakan.
“Saya
kan superman…” Kata lucu si Wan
membuat Siti tergelak.
“Habis,
siapa Lois Lanenya.” Tanya lawak Siti.
“Dah
kena tinggallah…” Jawab kelakar si Wan.
“Kesiannya…”
“Tak
apalah… tugas banyak tolong orang… boleh saya bantu awak... Cik Siti Nur Ain?”
“Alah..
awak panggil saya… Siti aje.”
“Okay… mana abang Han ni?”
“Abang awak pergi kedai bawah tu…” Sambil Siti
mengunjukkan lima biji pinggan kepada Wan tetapi raut wajah Siti sedikit berubah terkejut. Wan
kehairanan… “Kenapa Cik Siti?”
“Saya agak Superman Malaysia pakai cawat kuninglah.” Jawab Siti dalam bentuk
kiasan.
“Apa?
Cawat?” Wan hairan tetapi kemudian perasan ianya dituju kepadanya lalu dia
sedari yang dia terlupa memasang butang button-fly
jeansnya itu maka menampakkan warna baju ditight-in.
“Alamak… masa untuk selamatkan orang!”
Kata kelakar Wan sambil menutup tengah seluar dengan sebelah tangan dan dia
cepat-cepat masuk ke dalam biliknya untuk memasang semula button-flynya itu. Tersenyum aje Siti dengan gelagat Wan yang kaya
dengan lawak serupa dengan si Han juga.
Ketika itu jugalah si Han pulang ke
rumah membawakan buah-buahan campur, 3 botol besar F&N oren dan sejambak
bunga ros merah. Siti di meja makan mesra menyambut, “Dah sampai pun awak.”
H7p07
“Ada apa-apa saya ketinggalan?” Tanya
Han. Serentak dengan si Wan yang keluar dari biliknya. Kebetulan ketika itu
abangnya sedang memhulurkan kepada Siti jambakan bunga gubahan itu dengan penuh
romantik sekali. Tersedar dengan kehadiran Wan, si Han terkejut sedikit, “Eh
dah balik pun adik abang.”
Si Wan menghampiri abangnya dan mereka
berbual di meja makan itu. Manakala Siti membawakan jambakan bunga itu ke dapur
untuk diletakkan ke dalam bekas.
“Siapa lagi abang jemput untuk makan
malam, banyak hidangan lauk ni?” Tanya ingin tahu si Wan.
“Kakak
Fika kamu dengan pakwe barunya.”
“Habis
bagaimana abang dengan kak….” Tanya Wan tidak sempat dihabiskan apabila si Han
memberikan isyarat ‘ssyyy’ kepada Wan memandangkan ketika itu serentak Siti
membawakan jambangan bunga.
Masa berlalu, majlis makan malam pun
berlangsunglah. Dalam pada itu, Wan perasan malam itu dihadiri oleh dua
pasangan dan dia seolah menjadi pengerusi majlis. Wan teringat hubungan lama di
antara abangnya dan kak Fikanya. Manakala sepanjang makan itu, sekali-sekala mata
si Wan dan Siti Nur Ain bersetentang. Keduanya teringatkan peristiwa lucu yang
tak disangka sebelum ini. Si Han melihat dengan penuh kesangsian. Syafika pula
jelas kecewa terbayang di matanya. Syafika dan Han masing-masing berlumba
menunjukkan sikap romantis bagi menyakiti antara satu sama lain.
Hari-hari berlalu, Wan melakukan rutin
kerjanya sendiri kini. Dia tidak lagi pergi makan tengah hari dengan abangnya
tetapi dengan rakan-rakan sekerja di syarikat majalah penerbitannya. Ketika dia
sibuk dengan kerja-kerja melakar kartunnya, si Wan terbayang wajah si teman
baru abangnya. Wan bertekad untuk tidak melibatkan diri untuk bertemu dengan
gadis itu. Wan mahu menjadi hati dan perasaan abangnya yang telah banyak
berkorban untuknya.
H7p08
Wan tidak akan sesekali
menganggu-gugat kedudukan abangnya kerana abangnya berhak untuk mempunyai yang
terbaik. Wan masih teringat ketika dulu di mana abangnya berusaha keras untuk
berjaya. Abang Han telah memulakan kerjaya dari bawah, dia sanggup melakukan
kerja biasa di sebuah pasaraya sebaik sahaja habis SPMnya. Abangnya pernah
memberitahu akan tekad untuk membawa kejayaan kepada keluarga yang telah lama
hidup merana dan daif selepas kematian ayah mereka. Nampaknya kini abangnya
telah berjaya. Sudah hampir 5 tahun Wan tinggal bersama abangnya dan dia
mendapat segala kemewahan daripada abangnya. Pokoknya Wan terlalu dimanjakan,
semuanya Wan tak minta tetapi abangnya yang memang begitu.
Tetapi satu
kekurangan nyata ada pada abangnya iaitu Han sudah seperti melupakan famili
terdekat di kampung. Wan pernah menyaksikan yang abangnya pernah berjanji untuk
membantu Mnak Ngah dan Pak Long sekeluarga jika dia berjaya suatu hari nanti.
Dan pernah Wan mendengar dari mulut abangnya sendiri menyebut tentang menebus
semula tanah pusaka dan rumah besar- Istana Impian milik ayah mereka. Dan janji
hanya tinggal janji…
Masa berlalu, hari sudah menjelang
malam, Wan dalam perjalanan pulang. Setelah meletak motornya yang menjadi
hadiah abangnya bersempena kejayaan STPMnya, Wan pergi mengambil surat di peti
surat apartmen… Wan mengeluh sendiri… “Tengoklah abang ni, masa turn dia pun malas nak ambil surat.”
Nampaknya ada 3 surat, satu surat
bersampul besar dan satu bercop tanda ‘UniPutra’ untuk Wan manakala satu surat
rasmi yang ada cop ‘mahkamah persekutuan’ untuk Han.
Apabila Wan memasuki rumahnya, dia
dapati abangnya sedang sibuk menggunakan komputer notebooknya untuk menaip tugasan pejabatnya di kerusi sofa ruang
tamu rumah. Wan duduk di sofa manakala abangnya masih keasyikkan membuat
tugasannya. H7p09
“Abang…
surat!”
“Ops
lupalah abang nak ambil…” Kata si Han manakala Wan meletak surat di tepi notebook abangnya.
“Nampak
ada cop mahkamah…” Namun abangnya seperti tidak memperdulikan surat itu. Wan
pula mula membuka surat bercop universiti itu.
“Eh… abang tak nak ke bukak surat tu?” Tanya Wan
kehairanan.
“Tak…
saja nak surprise kamu nanti.” Kata
Han yang penuh misteri.
“Apa
kaitan dengan Wan?… takkan ada kes hak jagaan pulak, Wan dah umur 20 tahun.”
Sambil Wan meneruskan agenda untuk membaca suratnya. Si Han terus leka dengan
kerjanya. Tiba-tiba raut wajah si Wan berubah dan dia jerit, “Yess….”
“Hooiii…
apa yang gembira sangat tu, brother?”
“Wan
dah berjaya dapat kursus penulisan kreatif di UniPutra.”
“Wahh…
tahniahlah buat adik abang ni. Tapikan abang sekarang ni sibuk sangatlah… tidak
bolehlah abang nak bagi pelukan tahniah.”
“Heeii…
tak payahlah… rimas Wan dibuatnya.” Sambil Wan kemudian membukakan surat besar
yang tentunya daripada kekasihnya dulu- Salina. Terdapat satu kad besar dan
satu lagi kad kecil. Wan baca kad yang kecil dahulu, rupanya kad jemputan
perkahwinan Salina.
Wan kemudiannya bertukar mood pula apabila dia membacakan satu
persatu perkataan dalam kad kecil itu. Wan sugul dan sugul. Si Han hairan,
“Hey... kenapa pulak ni… kad amende tu?”
“Kad
jemputan perkahwinan Salina minggu depan…” Kata sugul Wan memberikan kepada
abangnya kad kecil itu manakala dia membawa ke dalam bilik kad yang besar. Si
Han menunjukkan wajah simpati dengan adiknya itu.
H7p10
Wan berada di kamarnya sambil
membacakan kad besar itu yang ditulis sendiri oleh Salina. Tercatat, “Kepada
Kamal Irwan, Maafkan Lina dengan apa yang telah terjadi tempoh hari. Awak
adalah lelaki terbaik yang pernah Lina temui. Mungkin di antara kita tidak ada
jodoh untuk bersama. Ketahuilah Lina masih menyintai diri Wan namun Lina tetap
akur dengan pilihan keluarga. Sudilah ke majlis perkahwinan Lina jika Wan masih
cintakan Lina. Lina reda melihat Wan datang dengan seorang yang lain… Anggaplah
hubungan di antara kita sebelum ini adalah sahabat sejati dan bukannya sebagai
kekasih… Love U – Salina”
Wan berasa begitu hambar perasaannya
kini… kemudian dia membukakan stereo Sonynya. Kebetulan kedengaran lagu ‘Dia’
nyanyian Fauziah Latiff dari stesen RMKL. Wan terlena masih terbayang wajah
Salina.
Beberapa hari kemudiannya, di waktu
petang. Ketika Han sibuk mengemas rumah, ketika dia masuki bilik Wan untuk vacuum. Dia terjumpa surat Lina di atas
meja studi si Wan dan dia membacanya. Han terharu atas apa yang terjadi kepada
adiknya… namun dia sudah ada satu rancangan besar untuk adik tunggalnya itu.
Tarikh hari perkahwinan Salina pun
tiba, waktu pagi ketika sama nak pergi kerja si Wan tidak lupa memberitahu akan
jemputan kenduri kahwin di rumah Salina itu, “Abang janji datang sama ke rumah
Lina nanti? Ingat tengah hari ni... tau.”
“Err…
abang pergi.”
“Abang
jangan buat-buat lupa lak… nanti malu Wan sorang kat sana.” Amaran si Wan.
“Kalau
macam tu… telefonlah abang masa kamu nak pergi tu.” Kata Han memberikan kepastian
komitmennya. Wan tidak berapa sangat percaya cakap abangnya itu. Selalu lupa
janji.
H7p11
Menjelang tengahari, jam studio tempat
Wan kerja menunjukkan 12.00 p.m. tepat Wan keresahan menantikan masa berlalu di
meja lukisnya. Serba tak kena dia buat kerja. Wan berasa sudah tiba masanya
untuk dia menelefon abangnya, dia telefon pejabat abangnya. “Hello… cik Ida,
ini Kamal Irwan. Abang Han sana ada tak?”
“Maaf
adik Irwan, Encik Kamal sudah keluar untuk makan tengahari bersama client penting syarikat.”
“What?… okay tak apalah.” Wan terkejut
betul dengan penyataan setiausaha abangnya. Sudahpun Wan memberitahu abangnya
di awal pagi tadi tapi Han buat lupa juga perancangan mereka hari ni.
“Abang ni memang mudah lupa janji…”
Keluh Wan sendirian. Kemudian dia cuba mendail nombor telefon bimbit abangnya
itu tetapi telah di offkan. Wan
hairan betul… Kemudian dia cuba mendail nombor pusat operator kelui abangnya.
“Hello operator, boleh mesej pesanan pager
ke nombor 015….”
Sebenarnya pada ketika itu, Han berada
dalam 4-WD Vitaranya di perjalanan ke suatu tempat. Dia memandu dengan tenang
sahaja dan di sebelahnya adalah… Cik Siti Nur Ain Ariff yang cantik itu. Siti
semacam tertanya-tanya tidak mempunyai idea ke arah mana vitara itu akan pergi.
“Eh.. ke mana Encik Han nak bawa saya ni?”
“Sabarlah
dulu… saya akan membawa Siti ke satu tempat makan yang paling meriah di Kuala
Lumpur sekarang ni…” Kata Han yang penuh misteri.
“What?... Siti tak fahamlah apa yang
encik Han cakap.” Kata hairan Siti penuh suspense
aje.
Dalam pada itu, kelui BuzzWord si Han berdetik. Bila Han
tengokkan teks yang tertera. “Opss, sebenarnya saya lupalah satu temujanji
dengan client utama syarikat dekat
Damansara Utama… nampaknya tak bolehlah saya nak bawa awak ke tempat makan tu.”
Kata berpura si Han merancang sesuatu. H7p12
“Tak
apalah… saya tak kisah, hari lain kan boleh…”Kata Siti tidak kisah dan tidak
tahu apa sebenarnya perancangan si Han sebenarnya.
Kemudian
dengan tiba-tiba kenderaan vitara itu
berhenti di tepi jalan dekat dengan sebuah hentian teksi. Kelihatan Cik Siti
turun daripada kenderaan itu. Si Han memberikan duit RM 50 dan telefon
bimbitnya. “Maafkan saya Siti sebab terpaksa biarkan awak balik semula ke
pejabat sendiri. Dan ini duit tambang teksi…” Kata Han terus memecut dengan vitaranya.
Terpaksalah
Siti duduk seorang diri di hentian itu. Siti semacam sedih aje. Baru tadi dia
gembira kerana si Han mengajak untuk makan tengah hari, akhirnya dia pula yang
kena tinggal.
Maka dengan
kehampaan Siti menanti teksi itu. Manakala si Han dalam perjalanannya seakan
gembira, bersorak “Yess!….” Manakala
teks di kelui itu tertera… ‘Ingat jamuan kahwin Lina-Wan’.
Semasa
sedang Siti duduk sedih itu, tiba-tiba telefon bimbit Motorola Clamshell itu berdetik. Kehairanan Siti memikirkan
siapakah yang menelefon… Siti cuma terfikirkan si Han yang telefon. Tersenyum
Siti sendiri kerana memikirkan bossnya itu begitu prihatin terhadap dirinya.
Siti menjawab, “Hello.”
“Hello… eh siapa ni?” Suara Wan yang kedengaran
terperanjat dengan kemunculan suara seorang gadis menjawab.
“Eh…
siapa pula awak?” Tanya balik Siti yang terkejut juga.
“Ini Kamal Irwan, adik Izhan…”
“Eh…
Wan, ini Siti Nur Ain ni…”
“Mana abang Han?”
“Dia
tak ada sini… dia dah pergi jumpa satu client
syarikat di Damansara Utama.” H7p13
“Habis…
awak kat mana sekarang?”
“Saya
ada kat satu hentian teksi… Han baru teringat temujanji dengan client tu… maka tidak jadilah kami nak
pergi makan tengah hari.”
“Apa?…
Abang Han tinggalkan awak di hentian teksi?… Kurang asam betullah abang Han…
Hentian teksi kat mana tu?”
“Saya
di sekitar Jalan Kekabu 5.”
“Okay… tak apalah, nanti saya jemput awak
kat sana.” Kata Wan cuba menyelamatkan keadaan.
“Okay… saya tunggu.” Kata Siti kelegaan.
Wan tidak
percaya panggilan telefon kepada abangnya diangkat oleh seseorang yang cuba
dielakkan untuk berjumpa. Tetapi memang tidak boleh dielakkan untuk bertemu
kali ini kerana gadis itu dalam kesusahan kini. Bengang betul si Wan dengan
sikap abangnya, apa tidaknya tinggalkan awek sendiri macam tu jer.
Wan bergegas mencari topi keledar spare rakan-rakan sekerjanya. Kemudian
dia jerit… “Toyon, boleh gua pinjam helmet spare
lu, sekejap.” Dan semua rakan kartunis tertumpu ke arahnya dan semua bertepuk
tangan. Kerana kalau sebut pasal helmet spare
tentu sekali untuk bawa awek naik motor. Kedengaran rakan sekerja jerit,
“Woihh! Tahniah si Wan kerana dah ada awek kini…” Maka Wan diam saja. Wan tidak
lupa bawa kotak hadiah.
Kemudian Wan dalam perjalanan, setelah
menyusuri Jalan Kekabu barulah dia ternampak si gadis manis itu sedang duduk
setia menunggu di hentian itu. Siti Nur terasa lega dengan kemunculan si putera
itu. Begitu segak dan kacak gaya si penunggang motor besar Honda Shadow model 1996 itu. Siti terasa semacam dengan kemunculan
jejaka itu. Apa tah lagi kedatangan orang itu untuk menyelamatkan keadaan. Wan
membunyikan hon motor, lalu Siti pergi menghampiri…
H7p14
Wan menghulurkan helmet spare berwarna merah itu, kebetulan pula
helmet yang si Wan biasa pakai juga warna merah. Aduhai sedondonnya. Wan
berbaju jaket biasanya tetapi Siti berkemeja chemesier berwarna kuning ( macam dalam album Pancawarna 1999 ).
“Awak okay?” tanya ringkas Wan
apabila Siti mula duduk di belakang.
“Okay.” Apabila Siti bersedia dan motor
besar itu mula bergerak laju.
Setelah bergerak, motor itu berhenti
di satu persimpangan trafik, lalu Siti bertanya. “Tadi awak telefon dari mana?”
“Dari
syarikat komik saya…” Dengan motor mula bergerak bila isyarat sudah hijau.
Oleh kerana motor bergerak agak laju dan
tinggi menyebabkan Siti terpaksa pegang sikit badan si Wan kerana takut jatuh
juga. “Awak dah makan?” Tanya si Wan.
Manakala Siti Nur tidak berapa dapat
mendengar, “Apa? Makan?…. belum.” Jawab Siti teragak-agak kerana motor bising
bergerak laju.
“Awak
nak tak, ikut saya pergi ke satu majlis kenduri kahwin?”
“Apa?
Awak nak ajak saya lari kahwin? Eh saya dah berpunya.” Jawab spontan Siti.
“Bukan…”
Si Wan cuba menjelaskan. Wan ambil keputusan untuk memberhentikan motornya.
Motor besar itu kemudian bergerak perlahan
dan berhenti di tepi jalan di tepi sebuah taman bunga besar. Siti kemudian
turun apabila motor berhenti. Wan juga turun dari motor untuk cakapkan sesuatu.
Wan membukakan topi keledar, Siti pun begitu.
“Kenapa
Wan, motor awak ada masalah ke?” Tanya Siti.
“Tak..
motor okay jer. Cuma tadi kan saya
cakap kat awak… saya nak ajak awak ke satu majlis kenduri kahwin kawan sekolah
saya.” Penjelasan Wan itu menyebabkan Siti baru sedar yang dia tersalah dengar
tadi. Siti tersenyum kerana terasa kelakar dan si Wan pun senyum sama. H7p15
“Oh
begitu, saya okay jer. Tapi saya tak
pakai baju kurung ni… boleh ke?”
“Saya
tak kisah…” Kata Wan itu membuatkan Siti lega kerana Wan tidak kisah.
“Jummm…”Ajak
Wan, motor bergerak laju semula.
“Siti!”
“Ya!…”
“Saya mahu awak pegang saya kuat-kuat kerana saya nak
pecut ni!” Kata terus terang si Wan.
“Apa?” Hairan Siti, nak tak nak terpaksalah Siti pegang
badan Wan dengan kuat. Romantik habis!
Masa
berlalu, di rumah pengantin perempuan itu sudah ramai hadirin yang datang termasuk
semua kawan sekolah si Wan dan kawan perempuan si Salina. Jam antik di ruang
tamu rumah itu menunjukkan 1.30 p.m. Dan motor besar itu sampailah di kawasan
parkir di perumahan mewah itu. Setelah mereka turun, si Wan membukakan jaket
kulit dan memeranjatkan Siti kerana si Wan memakai t-shirt kuning sama warna dengan bajunya. Kedua mereka saling
tersenyum kerana macam dah berjanji. Wan membawakan kotak hadiah.
Kedua
mereka muncullah di majlis itu. Kebetulan ketika si Wan sampai dengan ‘aweknya’
itu, kawan-kawan lelakinya semua nampak terpegun dengan kecantikan Siti Nur
Ain. Dan rakan-rakan Salina yang nampak mulalah mengumpat tu. Kedua pasangan
itu tiba di resepsi majlis. Wan memberikan kotak hadiah itu kepada Siti untuk
serahkan kepada resepsi yang kebetulan dijaga oleh Suriani kawan baik Salina.
Sempat juga Suriani menyindir, “Hai cepatnya berganti nampak, Wan.” Wan cuma
senyum dengan muka merah padam. H7p16
Kemudian
keduanya makan di kanopi di laman rumah besar itu. Tetapi yang paling istimewa
selepas itu upacara menepung tawar pasangan pengantin. Tanpa disangka semua
rakan sekolah Wan mendesaknya untuk melakukannya sebagai mewakili kawan sekolah
Salina. Maka terpaksalah Wan terima tugas itu bersama dengan Siti Nur Ain.
Semasa
menepung tawar, Wan dapat saksikan si Salina tersenyum aje. Wan cuma dapat
ucapkan, “Tahniah, Lina.”
Manakala si pengantin lelaki asyik menjeling kepada Siti.
“Saya dah berpunya tau.” Kata Siti ringkas.
hw77iiMasa berlalu, suasana hari dah petang. Motor besar Wan itu berhenti di sebuah perumahan flat. Siti turun dari motor.
“Thanks a lot kerana jemput Siti tadi.”
“Saya yang sebenar yang patut ucap terima kasih kerana awak sudi temankan saya ke majlis tadi.”
“Tak apa, saya tak kisah….”
“Bye.” Motor itu berlalu pergi dan Siti memerhatikan dengan penuh setia.
Si Wan kemudian pergi ke sebuah taman untuk menenangkan fikiran dan perasaannya yang betul-betul tidak puas hati dengan sikap abangnya itu. Dia sememangnya bengang seamat diatas kejadian tadi. Si Wan berada di situ sehinggalah lewat senja barulah dia berlalu.
Wan sampai di rumah dengan dua biji helmet, telefon bimbit abangnya dan surat-surat macam biasanya. Di ruang tamu, dia dapati abangnya sedang syok main video-game dah masuk level 5.
Han buat tak tahu aje… Wan pula yang nampak kemarahan. Han buat-buat hairan apabila melihat si Wan membawa tambahan satu biji topi keledar itu. “Eh… sejak bila pulak kamu ada awek baru?”
Wan hanya terdiam, dia dengan bengang duduk di kerusi sofa.
Wan kemudian meletakkan surat dan telefon bimbit itu ke atas meja tamu. Si Han buat selamba tanya, “Eh itu phone abang, kamu ada pergi office abang jumpa dengan Siti ke?”
“Abang… Wan nak cakap sesuatu dengan abang… “ Sambil si Wan menutup remote TV.
“Alamak!.. abang lupalah janji kita nak pergi kenduri Salina tu... ada hal penting dengan client syarikat tadi. Sorrylah brother.”
end hanwan 07
Han & Wan 08
“Bukan itu Wan nak cakap… itu dah tak penting lagi. Tetapi apa yang paling kejam abang lakukan hari ini ialah abang sanggup tinggalkan Siti Nur Ain seorang diri macam tu aje.”
“Alah tu perkara kecik aje… abang kan ada urusan penting… rilekslah brother.” Kata Han selambanya membuka remote TV dan menyambung main game semula.
“Apa abang cakap? Perkara tu kecil aje… memang abang ni dah jadi orang yang hanya pentingkan diri abang sendiri. Abang memang tidak ada rasa ambil berat walau kepada kekasih abang sendiri… dulu abang ada akak Fika, abang tinggalkan dia.. kini giliran Siti Nur Ain tu pulak..” Marah si Wan
“Eh… Wan, itu hak abang… kehidupan abang. Kamu tidak ada hak untuk masuk campur.” Sengaja si Han cakap macam tu kerana sengaja nak duga adiknya.
“Memang itu bukan urusan Wan untuk campur-tangan… tetapi sebelum ini telah banyak mengabaikan orang lain seperti famili kita yang masih ada di kampung. Abang tahu tak, Mak Ngah dan Pak Long teramat rindu nak jumpa abang. Bagaimana pula sepupu-sepupu kita yang sambung belajar di U, abang ada tolong bantu tak?” Kata Wan mulai membangkitkan hal famili di kampung.
Wan melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia ke balkoni rumah. Suasana di luar sana gelap-gelita dan langit mendung nak hujan dengan guruh berdentam-dentum. Han memberhentikan gamenya kerana tahu si Wan teramat serius. Han pergi menghampiri dan memujuk.
“Wan… kamu tidak tahu apa yang ada di hati bang ni… abang lakukan segala ni demi untuk maruah keluarga kita… untuk kamu… kamu tidak tahu betapa sayangnya abang kepada kamu..”
“Kalau abang sayangkan Wan, kenapa abang sudah melupakan famili kita yang masih ada tu? Wan bukannya budak kecil lagi… untuk abang ajak bermain. Wan sudah dewasa kini. Abang cuma perlukan Wan kerana abang mahukan teman sahaja. Kerana Wan… ibu meninggal… hidup ayah menderita kerana kematian ibu sehingga ke akhir hayatnya. Semuanya salah Wan.. Wan rasa tidak berhak hidup di atas dunia ini.”
“Tidak perlu kamu menyalahkan diri kamu, Wan. Kamu tidak tahu tentang segalanya. Ibu meninggal tetapi dirinya tetap hidup dalam diri kamu. Semuanya sebenar salah abang… abang yang bersalah.”
Wan memandang kosong kepada abangnya itu dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh si Han. “Kematian ibu dan ayah semua disebabkan oleh abang,… semuanya kerana abang mahukan seorang adik. Abanglah yang mendesak ibu…”
“Adik?… Apa yang abang istilahkan adik itu… adakah sebagai teman untuk bermain di masa kecil atau sebagai teman abang…” Wan tidak sanggup meneruskan ayat itu.
“Kamu sahajalah yang abang ada sekarang… abang sudah berikan segalanya kepada kamu. Abang dah cuba sedaya mungkin…”
“Abang tidak perlu cakap semua itu. Selama ini abang Han adalah hero dalam hidup Wan. Tetapi Wan silap…” Sambil Wan mengambil topi keledarnya lalu keluar dari rumah.
“Wan… jangan pergi…”Kata Han sudah terlambat kerana pintu sudah dihempaskan. “Jangan tinggalkan abang… hari hujan di luar sana.” Kata keluhan hati si Han.
Han tidak sedikitpun menyangka langkah dia membiarkan Siti di hentian teksi tadi memberikan kesan besar melihatkan kehidupan mereka. Satu-satunya adiknya sudah pun menganggap Han sudah tidak memperdulikan keluarga mereka di kampung. Sebenarnya tanpa diketahui oleh si Wan, Han telah berjanji dengan ibu dan bapa saudaranya bahawa selagi dia tidak dapat menebus kembali harta pusaka peninggalan ayahnya, Han tidak akan berhenti berusaha bekerja keras bagi mencapai hasratnya itu termasuklah hanya pulang ke kampung di ketika raya sahaja.
Manakala di jalanraya itu, Wan laju dengan motornya. Pada ketika yang sama beberapa buah kereta sedang berlumba haram di hari hujan itu. Dengan tiba-tiba ada kereta memintas menyebabkan Wan cuba mengelakkan menyebabkan motornya terbabas lalu dia jatuh.
Masa berlalu, di apartmen itu si Han keresahan menunggu. Jam dinding menunjukkan 11.45 p.m. Si Wan tidak balik-balik, entah ke mana. Di luar sudah berhenti hujan. Han berasa begitu bersalah kerana melukakan hati adiknya itu. Walaupun dia menonton Astro Ria filem komedi, tidak sedikitpun menghiburkannya. Mata si Han tidak lekang melihat telefon.
Tak semena telefon bimbitnya yang berdetik, “Hello, kamu ke Wan?”
“Maaf encik… saya ni telefon dari Hospital KL… kami telah menerima seorang mangsa kemalangan yang bernama Kamal Irwan.”
“Apa? Itu adik saya… bagaimana dengan keadaannya.”
“Kecederaannya ringan sahaja tapi masih tidak sedarkan diri…”
“Wan…” Mengeluh si Han.
Keesokkan paginya, Wan masih lagi ketiduran di bilik wad persendirian itu. Kepalanya berbalut tebal kerana luka, satu tangan kanannya berbalut disimen kerana patah dan kaki kirinya juga disimenkan. Di dagunya terdapat calaran. Seorang gadis cantik berdiri sebelah kiri berhampirannya dan membawakan satu jambak besar bunga ros kuning. Si gadis itu mengerak-gerakkan tangan kiri si Wan yang tidak terjejas oleh kemalangan. “Wan, Wan, Wan…”
Wan tersedar perlahan-lahan. Pandangannya kabur semakin jelas perlahan-lahan dapat menatap wajah si gadis itu… Wan masih tidak pasti siapa yang berdiri dekat dengannnya itu. Wajah si gadis berseri disinari cahaya pagi terpancar dari jendela sisi itu.
“Wan, ini Siti ni… syukurlah awak dah sedar sekarang… eh sejuknya tangan awak?” Siti memegang tangan kiri Wan seketika. Tapi Wan keseganan lalu menarik tangan ke tempat lain. Siti mengerti…
“Cik Siti, mana abang Han?”
“Han ada di luar… tapi terlebih dahulu saya mewakili bagi pihak dia… nak minta maaf dengan awak di atas peristiwa semalam. Siti harap awak dapat maafkan dia…” Siti pula memujuk.
Siti kemudian beralih ke sisi dan dengan jelas si Wan dapat lihat abangnya berada di muka pintu masuk. Abang senyum dan Wan pun senyum juga. Manakala Siti Nur Ain pergi ke locker untuk mengambilkan bekas bunga dan meletakkan jambangan itu.
Si Han menghampiri ke sisi Wan. “Bagaimana dengan adik abang?” Sambil Han duduk di kerusi tepi.
“Bolehlah…” Jawab Wan.
“Abang tengok keadaan kamu ni… lebih teruk dari masa kamu bersunat dulu.” Han cuba buat lawak. Wan tersenyum paksa.
“Abang ni jangan buat kelakarlah. Sakit rahang ni nak senyum.”
“Kenapa, tidak boleh ke?” Kata Han terus mengusik Wan… tapi kali ini Wan hanya diam pandang kepada abangnya. Sambil itu, si Han mengusap-usap tangan kiri si Wan.
“Abang Han, pasal semalam kan… Wan tidak sepatutnya menegur abang pasal hak abang…”
“Ssyyy.. tak payah kamu sebut lagi… Cuma abang Han mahu kamu ingat satu… abang sayang kamu. Walau apa yang terjadi… abang tetap jadi hero kamu.” Sambil Han mencium pipi si Wan. Wan macam tidak mahu dan memaling ke lain.
“Eh abang ni… Wan dah besarlah. Malulah orang tengok…”
“Salah ke abang nak manjakan kamu.”
“Wan ni bukan budak kecik lagi… tak macholah kena peluk, kena cium.”
“Tak apa.. nanti kamu lepas baik injured ni… kita lawan karate pulak.” Maka kedua mereka ketawa bersama.
Manakala Siti dapat melihat kedua adik-beradik itu berbaik semula dari ambang pintu wad itu. Mereka kelihatan begitu mesra dan rapat akrab.
Enam bulan telah berlalu, Wan sudah masuk belajar di universiti dan telah berhenti dari kerja sepenuh masa di majalah komik, cuma masih menjadi sambilan seperti sebelum ini. Sejak kemalangan itu, si Wan tidak menggunakan motornya lagi walaupun kedudukan kolej kediamannya jauh dari tempat akademik. Di waktu malam itu, si Wan menelefon abangnya dengan menggunakan telefon awam yang terletak dekat dengan pejabat kolejnya. Pada ketika itu, si Han berada di rumah sedang sibuk dengan tugasan kerja menggunakan komputer notebooknya di meja studi di biliknya.
“Hello, abang. Ini Wan yang telefon ni.”
“Haa… kenapa?… nak mintak duit lagi ke?” Tanya si Han.
“Tak adalah… duit elaun tu masih ada… Cuma Wan rindukan abang.”
“Betul ke rindu kat abang… atau rindu kemaruk nak pakai motor kamu tu…”
“Betul… Wan rindu sebab dah 2 bulan tak jumpa abang.”
“Abang pun begitu… tukang picit abang bila nak balik rumah?”
“Banyak tugasan lagi, latihan ragbi tak habis-habis lagi… emm, sebut pasal motor tu… abang jualkan aje… Wan rasa Wan tak mahu pakai motor lagilah… rasa dah serik.”
“Wan… bagaimana kamu nak belajar kat sana, kolej kesembilan tu jauh… takkan selamanya tak pakai motor sendiri. Kalau ada keretapi komuter tak apa jugak.”
“Eh abang ke situ pulak.. Wan okay jer, habis teruk tumpang kawan sekelas saja.”
“Tapi bagaimana kalau hari hujan dengan penyakit kamu tu, abang tak sanggup nak tengok kamu jatuh sakit.” Kata risau si Han.
“Abang jangan bimbang… tahulah Wan jaga diri.”
“Wan, abang ada satu soala cepu mas ni…dekat UniPutra tu ada banyak kancil tak?” Soalan Han itu membuat Wan kehairanan.
“Apa kancil? Kancil, rusa tu adalah kat Taman Biopark dekat Fakulti Food Tech Biotech.” Jawab lurus bendul si Wan.
Dalam pada itu terdapat tidak orang student lelaki lembut sedang berborak berada dekat dengan telefon itu. Seorang sederhana, seorang tinggi lampai dan seorang berbadan kecil sahaja. Mereka itu adalah si Ras, Dayang dan Seri.
Seri, “Ras, telefonlah si Hisyam tu…”
Dayang, “Cepatlah Ras… nanti terlepas kau nak tengok wayang tu.”
Ras, “Kan aku dah kata, aku tak nak…”
Dayang, “Eh Ras, kau kena cepat… manalah tahu… si Hisyam tu nak studi, dia offkan hand-set dia.” Dalam pada itu si Wan yang sedang menelefon abangnya ternampak akan Ras dan Wan berasa seperti pernah kenal si Ras sebelum ini. Wan tersenyum-senyum sengih kerana dia yakin siapa sebenar si Ras itu.
Manakala jejaka yang sedang telefon itu disedari oleh kawan Ras iaitu si Seri. “Bukankah yang tengah telefon tu… rakan pasukan si Hisyam?”
Si Wan yang bergayut telefon terhenti bercakap lama juga dengan abangnya. Abangnya sergah, “Woih, Wan. Kau tengah buat apa tu… tengok awek ke?”
“Tak adalah… Cuma Wan ada ternampak seseorang yang Wan pernah kenal sebelum ini… hah, apa halnya abang ni?”
“Kamu tidak mahu balik umah ke… sambut hari lahir?”
“Maaflah abang Han… waktu petang hari tu ada perlawanan ragbi inter-kolej.”
“Kamu confirm?”
“Iya…”
“Okaylah… bye.”
“Bye…”
Setelah selesai telefon, Wan kelihatan ragu-ragu yang pernah kenal si Ras. Manakala Seri kawan Ras menegur, “Eh, awak ni Kamal Irwan kan… pemain ragbi jersi nombor 12 kan.” Tanya Seri, si Ras pula nampak segan.
“Ya betul, ada apa perkara penting ke?” Tertanya si Wan.
“Tak ada apa-apalah cik Wan?” Tiba-tiba si Ras mencelah seakan cuba hendak melarikan diri.
“Saya rasa saya macam pernah kenal awak sebelum ni… awak Raz…” Kata spontan si Wan.
“Eh, awak dah kenal Ras sebelum ni…” Hairan Dayang.
“Memanglah… I kan terkenal.” Kata Ras cuba menutup cerita sebenar.
“Kelasnya, kau ni Ras.” Kagum si Dayang.
“Iyalah, iyalah…” Sambil Ras menarik tangan si Wan ke tempat lain jauh dari kedua kawannya itu. Wan ikut aje.
“Betulkan… awak Razman.. yang pernah saya kenal dulu kan?…” Cuba Wan ingati semula, tetapi si Ras tunjuk isyarat ‘ssyy’.
“Saya pasti awak Razman masa kat gimnasium tempoh hari… yang sepupu perempuan awak buat hal tu…” Cuba ingat si Wan.
“Awak betul…”
“Kenapa kamu jadi begini pula?”
“Saya sepatutnya tidak boleh beritahu awak… tetapi memandangkan kita dah kenal sebelum ini… terpaksalah saya beritahu sedikit kepada awak… saya sedang buat undercover satu misi khas.”
“Apa… tak percayalah…” Hairan si Wan.
“Sebenarnya… saya sekarang ini tengah praktikal bahagian perisikan untuk misi menyiasat pergerakan satu sindiket haram menggunakan pelajar U sebagai pekerja seks…”
“Wau.. hebatnya kerja awak, Razman!”
“Heh… syyy.. panggil Ras saja sekarang. Awak boleh tolong tak cover line?”
“Okay.. tak ada masalah.” Pengakuan si Wan.
“Kita kawan ya?”
“Okay… kawan.” Mereka berjabat tangan.
Kemudian mereka pergi semula ke tempat dua kawan Ras itu berada. “Heii… lamanya kau orang berdua…berdua-duaan.”Usik Dayang.
“Alah tak ada apa-apalah…” Kata si Ras dengan menyambung semula perangai lembutnya. Wan kemudian pergi berlalu.
Hari-hari berikutnya, Wan dengan Ras menjadi kawan baik pula. Si Ras tetap menjalankan tanggungjawab seperti pelajar lain walaupun sebenarnya tugas dia adalah mengintip kegiatan sindiket haram yang memperdayakan pelajar U sebagai pekerja seks yang kemudian dilarikan ke luar negara. Sambil-sambil berpura-pura studi atau di sekitar kampus, si Ras mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital yang kecil dan pipih beberapa orang pelajar perempuan yang tengah dipikat oleh agen-agen sindiket.
Masa berlalu, petang Sabtu menjelma dimana perlawanan ragbi di antara kolej bermula. Lokasi perlawanan bertempat di Padang Ragbi utama di belakang Kolej 1. Dua pasukan yang berlawan adalah Kolej 9 dan Kolej 1 di mana merupakan dua musuh kuat tradisi. Perlawanan akan berlangsung kurang dari 10 minit lagi.
Para penyokong pasukan kolej dah datang, turut sama adalah awek-awek pemain. Si Ras datang juga dengan kawannya untuk menyokong si Hisyam. Memang sudah diketahui umum yang Ras adalah peminat utama Hisyam, kapten budak ragbi Kolej ke-9. Si Hisyam mengarahkan pasukannya memanaskan badan. Hisyam nampaknya tidak berpuas hati dengan Wan kerana gosip hubungan baik Wan dengan Ras itu. Dia telah salah faham tentang keakraban dua orang itu.
Dalam pada itu, sebuah kereta kancil putih plat WKA 1220 memasuki kawasan kolej kediaman UniPutra itu. Kereta itu terus memasuki kawasan parking kereta Kolej 2 yang berhampiran dengan padang ragbi itu. Kemudian keluar seorang gadis cantik dari kereta itu terus menuju ke tempat kelab penyokong Kolej 9 berada. Masa itu, pasukan ragbi masih warming-up. Pasukan itu membentuk formasi membulat, separuh dari mereka berdepan dengan kelab penyokong manakala sebahagian lagi membelakangi dan Wan berada di bahagian membelakangi.
Dalam pada mereka warming-up itu, budak-budak ragbi itu buat kecoh, “Woiii, ada awek baru yang cun datang sokong pasukan kita lah…” Kata Talib. “Weiii… aku tak pernah pun tengok sebelum ni….” Tambah Alias.
“Ehhh… cun habis ahhh… awek siapa tu?” Kata Rustam turut terpikat dengan kejelitaan.
“Tak pernah tengok pun sebelum ni…” Hairan Khairudin.
“Siapa… siapa?” Tanya hairan Wan yang tidak mengetahui.
Kemudian si gadis misteri tu menjerit sambil melambai, “Wan! Wan!”. Semua mata orang kat situ terkejut seakan tidak percaya. Wan lagilah terperanjat besar apabila kedengaran namanya. Wan tercari-cari akan suara yang pernah dia dengar sebelum ini. Maka ternampaklah si Wan siapa tuan empunya suara. Si dia adalah Siti Nur Ain Ariff itu.
Si Wan hanya boleh melambaikan tangan kerana masih kena buat senaman memanaskan badan secara pasukan. Siti membalas semula dengan lambaian tangan. Dan kemudian dia duduk bersama-sama kelab penyokong macam dah biasa.
Si Wan ketika itu tersenyum seperti sang putera yang kerinduan si puteri. Pada ketika itu, semua orang terperanjat apabila mengetahui siapa sebenarnya si Wan. Daripada pemain ragbi paling low-profile rupanya adalah prince charming. Semua budak perempuan cemburu habis dengan kecantikan Siti yang begitu setia menanti si Wan habis permainan.
Hisyam yang tidak menyenangi si Wan, meminta maaf di waktu tengah-tengah hendak mula berlawan kerana mensalah anggap Wan, “Maaf Wan sebab salah anggap pada kau sebelum ni.”
“Tak pa…Hisyam.”
“Dah lama kau bercinta dengan si dia tu…”
“Tak tahulah….” Kata Wan tidak dapat memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku di luar kawalannya.
Kemudian berlangsunglah perlawanan yang hebat itu. Pasukan kolej Wan menang tetapi dekat akhir pelawanan, Wan teruk kena hempap oleh pasukn lawan. Apabila perlawanan berakhir, semua penonton dan pemain beransur pulang. Si Wan dan Siti berjalan seiringan dengan Wan berjalan tersekat-sekat lambat kerana kesakitan cedera. Mereka menuju ke tempat letak kereta Kolej 2 itu. Dalam perjalanan, mereka berbual…
“Bagaimana Siti boleh tersesat ke sini?”Tanya si Wan
“Apa? Awak bergurau ke?.. Saya pernah menuntut dua tahun di sini tau.” Si Wan terkejut dengan penyataan Siti.
“Maafkan saya.”
“Tak apa.”
“Awak ambik apa dulu?”
“Diploma pengiklanan TV dan media cetak…”
Mereka sudah pun menghampiri kereta kancil putih itu, Siti membukakan pintu belakang sebelah pemandu. Wan duduk di kusyen, “Cantik kereta awak.” Puji Wan sambil mengusap peha kanannya yang kesakitan.
“Eh.. ini sebenarnya… kereta awak punya lah Wan. Abang awak ada cakap nak hantar kereta ni kat sini, maka saya sukarelalah nak bawakkan kereta ni ke sini.” Beritahu Siti mengejutkan Wan.
“Abang tu memang suka menyusahkan awak.” Kata geram si Wan.
“Eh, abang awak baiklah… dia okay, penyayang, romantik dan setia macam awak jugak.” Kata usik Siti cuba membela si Han.
“Tapi, tengoklah dia dah susahkan gadis cantik seperti awak ni… datang hantarkan kereta ni ke sini.”
“Wan…. Dengarlah, saya sukarela buat ni…. Ketahuilah abang awak begitu ambil berat tentang diri awak… dia ada cakap kat saya…”
“Apa abang Han dah cakap?”
“Han cakap… dia cukup kesiankan awak belajar di sini… awak pergi kuliah tanpa transport. Maka dengan kancil ni, bolehlah awak pergi kelas tanpa perlu berbasah bila hari hujan. Awak kan sakit…”
“Abang saya beritahu awak, sakit saya?” Kata Wan bengang dan marah kerana peribadinya disentuh.
“Wan… apa salahnya… tiada siapapun dilahirkan sempurna di dunia ni… masih ada yang sayang pada awak…” Kata Siti spontan.
“Siapa?” Tanya ingin tahu Wan dan kebetulan Vitara abangnya pun sampai di parkir kereta itu. Perbualan mereka terhenti dan jejaka di dalam kereta itu menjerit, “Oh…. Di sini kamu berdua ya…” Seraya Siti terus menghampiri vitara itu untuk pulang. Si Wan berdiri…
“Wan, game tadi macam mana?”
“Kami menang!”
“Kau suka tak kancil tu?” Tanya abangnya serentak Siti melontarkan kunci kancil itu kepada Wan.
Wan hanya mengangguk pendek sahaja. Siti sudah pun masuk ke dalam 4-WD Vitara itu. Kereta itu bertolak tetapi tidak jauh berpatah balik berhenti depan Wan. Siti membukakan pintu kereta, “Siti terlupa nak ucap selamat hari lahir ulang tahun ke-20 kepada awak.”
“Thanx…”Jawab Wan ringkas, Vitara itu berlalu dengan Siti melambaikan tangan. Dalam keheningan senja itu, kereta kancil itu juga bergerak berlalu pergi.
Hari-hari kemudiannya, Wan meneruskan rutin sebagai pelajar IPT, hari-hari pergi kelas. Waktu petang di berlatih ragbi. Dengan adanya kereta kancil itu, maka ramailah budak lelaki berkawan dengan si Wan menjadikannya kian popular. Budak-budak perempuan mula menaruh harapan hendakkan si Wan walau pun ramai dah heboh pasal si gadis cantik yang datang tempoh hari. Tetapi mujurlah, tiada seorang pun perasan yang dia adalah adik kepada model Han Akmal.
Han dan Siti seperti biasa dengan aktiviti syarikat mereka, mereka bersama di pejabat dan di luar pejabat. Siti kagum dengan sikap Han yang begitu baik dan prihatin kepada dirinya kini. Sehinggakan datang kerja dan balik kerja dihantarnya. Mungkin Han cuba menebus kesalahan meninggalkan Siti di hentian teksi tempoh hari. Apa tidaknya, kalau di baca akhbar harian selalu keluar berita gadis dirogol atau dibunuh.
Kini, dua orang kakaknya mengambil kesempatan untuk menumpang naik kereta si Han ketika dia menjemput Siti. Tetapi Han tidak kisah tentang itu. Siti berasa sesuatu yang lain dengan sikap baik Han itu, walau Han begitu rapat dan baik kepada Siti tetapi Siti berasakan si Han hanya bertindak menjaga, melindungi Siti bagaikan seorang abang yang tua dan bukannya sebagai kekasih hati.
Syafika pula amat cemburu apabila terserempak melihat Han dan Siti keluar bersama untuk keluar makan tengah hari. Kemudian di suatu hari petang ketika hujan lebat. Fika dapat menyaksikan kemesraan si Han dengan pekerja barunya di mana Han melindungi Siti dengan baju kotnya ketika mereka bergerak dari bangunan syarikat ke kereta Vitaranya di padang parkir. Betapa romantiknya sikap si Han. Fika akhirnya menangis sendirian sehingga berderai airmatanya bercucuran. Fika kini hanya mampu mengimbas kembali zaman bahagia bersama Han dengan merenung gambar kecil di mejanya. Fika hanya mampu berkata, “Han…. Fika kehilanganmu….”
Fika masih ingat lagi ketika mula-mula kenal Han, dia memang tidak berapa suka pada model lelaki popular itu. Dan Fika selalulah berurusan dengan agensi iklan tempat Han bekerja. Pada mulanya Fika beranggapan Han hanya tahu menjadi model sahaja. Dia tidak suka dengan golongan model lelaki kerana berpendapat golongan itu perasan lawa. Dan suatu hari, Syafika diminta syarikat itu berurusan dengan Han kerana orang lain sudah mempunyai projek penuh. Maka perlahan-lahan mereka kenal. Fika kemudiannya dapat merumuskan yang Han sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi dan kuat bekerja. Jauh berbeza daripada sangkaan Fika sebelum ini.
Manakala si Wan sedang mecari-cari buku rujukan di perpustakaan universiti, si Ras pun ada sama joint. Dalam pada itu, Wan disoal-selidik oleh si Ras, “Eh...Wan, gadis misteri tempoh hari tu… siapa nama?”
“Siti Nur Ain… Hei.. apasal tanya-tanya ni?”
“Saja…hei… kau orang berdua memang padanlah.”
“Apa kaitannya dengan kau, Raz?” Wan agak tidak suka ditanya pasal awek abangnya itu.
“Berapa lama kamu berdua…?” Tanya Ras lagi.
“Baru 6 bulan.” Jawab si Wan melamun teringatkan seseorang.
“Ooo 6 bulan bertunang ya…Wau…kedengaran macam kisah cinta yang agung gitu…aku tahu sekarang kau tengah merindu si dia tu kan… biasalah kalau orang dah ada ikatan.”
“Sudahlah Raz. Dia tu, aku punya….” Jelas si Wan tak sempat habis kerana Ras pergi segera kerana ternampak agen sindiket yang dia siasat.
“Dia tu, aku punya abang punya awek…” Kata Wan sendirian.
Sejak hari itu, tersebarlah cerita yang Wan telah bertunang. Geram betul si Wan bila semua orang yang dia kenal tanya dia bila nak kahwin. Wan tahu perkhabaran itu datangnya dari mulut Ras. Sejak hari itu, kalau ada perlawanan ragbi, kawan-kawan banyak tanya, awek si Wan datang tak sokong Wan.
Wan pergi mencari Ras, “Kau tahu Raz, apa yang kau dah cakap kepada orang lain?”
“Entahlah… bukan aku yang bersalah… biasalah bila sampai di telinga orang… lain pula bunyinya…”
“Hari tu aku cakap 6 bulan tu bukan aku bertunang tapi aku baru kenal dia lah, dia tu aku punya abang punya awek tau…”
“Eh… salahlah… apa yang aku cakap pada kawan aku?” Kata si Ras, rahsia terbongkar. Wan tension betul.
“Kau tau Raz, kalau abang aku dengar gosip ni… mati aku kena dikerjakannya.” Kata bengang Wan.
“Eh… kau serius ke ni Wan. Ganas sangat ke abang kau tu?” Tanya hairan si Ras.
“Macam singa kacuk dengan gorilla…” Kata geram si Wan.
“Alahai… lemah semangat aku…” Si Ras pula yang tension.
Hari berlalu, di hujung minggu itu. Si Wan ambil keputusan untuk pulang ke rumah sekejap kerana sudah lama tidak bertemu dengan abangya itu. Bila sampai di rumah, kebetulan abangnya bersiap untuk keluar. “Eh, Wan… balik pun kamu…”
“Abang nak ke mana tu?” Tanya hairan si Wan.
“Abang nak keluar dengan Siti..” Jawab selamba si Han.
“Ohhh…” Seolah Wan mengerti ayat itu.
“Heeii… kamu tak nak ikut sama?” Ajak abangnya.
“Ehh… tak naklah, kacau abang je…” Wan menolak.
“Kamu mesti kena ikut sama… boleh juga kamu kenal dengan bakal famili kamu tu…”
“Apa? Maksud abang famili,Siti?” Tanya si Wan suspense dengan kata Han tadi.
Masa berlalu, dalam kereta Vitara terdapat kedua-dua adik-beradik itu.Wan terpaksa pergi jua kerana abangnya ada menyebut bertemu dengan famili sebelah Siti. Wan terpaksa menjaga hati abangnya. Kereta itu sampailah di hentian bas berhampiran perumahan flat rumah Siti itu.
Kelihatan Siti sedang menanti bersama dengan seorang wanita berusia 40an yang ada membawa anak kecil masih bayi lingkungan setahun. Wanita itu adalah Mak Usu Siti yang datang dari Melaka.
Vitara itu pun berhenti, Wan lantas turun dari kereta untuk pindah duduk di kerusi belakang… tentunya untuk memberi lalu tempat duduk kepada bakal kakak iparnya itu. Ibu saudara Siti juga masuk. Dan ketika Wan bersalaman dengan ibu saudaranya, Siti bertentangan mata dengan si Wan.
end hanwan 08
No comments:
Post a Comment