Tuesday, December 15, 2009

Hanwansiti Bab 1,2,3,4










(Link)

Novelet - Dilema Diantara Han, Wan dan Siti [ November 1997 ]
SITI NURHALIZA, WAN MAY, HANS ISAACS, HALIZA MISBUN, LYDIAWATI, MUSTAFA KAMAL, WAN MAIMUNAH AZIZ, FAUZIAH LATIFF DLL…. Diantara pendukung watak original cadangan penulis jika ditukarkan ke edisi filem atau drama VCD. Mood cerita diberikan penekanan era tempoh tahun 1970 hingga 2000. Mood penceritaan adalah berbentuk selamba dan penuh suspen seperti filem What's Eating Gilbert Grape 1993.

Visitor counting start 06mac2013

Free Counter
Free Counter
Edisi terpendek cerita ini bermula dengan babak Kamal Irwan menerima keputusan STPMnya

Untuk edisi pra-skrip sila lawat, www.hanwanpraskrip.blogspot.com

Ke epik cerita purba... Puteri Dari Utara, Putera Dari Selatan

Senarai kasting cadangan penulis, sila lihat pada akhiran cerita.
Idea Original : Ramirah Rina Rashid 1997 Kontak : 013 952 29 18

HAN&WAN01
Edisi Novelette Pendek untuk Filem. [ Versi Penuh Standard ]

Pengenalan
( Suara latar watak dewasa Han )

Apa yang aku ingat tentang ayah dan ibu ialah mereka adalah pasangan kekasih yang hebat. Ibu adalah seorang wanita yang cukup tabah dan amat setia kepada ayah dan ayah adalah seorang lelaki yang gagah perkasa yang berani berjuang demi keluarganya.

JUN 1970

Suasana di luar rumah hujan renyai-renyai, Encik Akmal hendak bersiap untuk ke tempat kerja, isterinya Izuan sudahpun menyiapkan sarapan untuk suami tersayang.

“Apa yang Wan masak untuk abang hari ni?”
“Nasi pulut dengan ikan sepat kering… sarapan kegemaran abang.” Jawab isterinya dengan alunan suara penuh kewanitaan namun tiba-tiba suara bayi kecil menangis dari buaian kain yang digantung dengan temali serabut kelapa.

“Alah… si Han ni meragam pulak dia di waktu pagi-pagi ni….” Kata Puan Izuan yang kemudiannya terbatuk-batuk kecil.
“Awak tu hati-hatilah sikit, musim-musim hujan ni.. nak ke mana-mana tu bawaklah payung.” Pesan suaminya manakala Izuan menuangkan air kopi pekat ke cawan tembikar warna merah.
“Alah abang ni, macamlah Wan tak ingat hati-hati…” Katanya lembut kerana dia tahu suaminya amat mengambil berat tentang dirinya. Dia kemudian pergi ke buaian dan menghayunkannya. “Aduhai Kamal Izhan Akmal… Tidurlah anakku… janganlah menangis lagi.” Katanya sambil mendodoi.

Akmal sudah menghabiskan sarapannya dan meminum kopi pekat kegemarannya lalu turun ke bawah, “Abang pergi kerja dulu nanti marah pulak rakan-rakan kongsi abang tu.” Sambil dia menuju ke kereta di tengah halaman dalam keadaan hujan. Si isteri muncul di ambang pintu, “Hati-hati… ya bang, jalan licin!”

Februari 1975

Aku masih ingat lagi ketika aku berusia 5 tahun, aku dan ibuku pergi berkunjung Mak Ngah aku yang baru bersalin. Aku seronok tengok adik kecil tapi aku tertanya pada diri sendiri kenapa aku tidak ada adik… kemudian aku memandang wajah ibu dan aku bertanya padanya, “Ibu… kenapa Han tak ada adik?”. Ibu hanya memandang dengan senyuman namun aku dapat lihat airmatanya mula tergenang.

Izuan berasa terlalu hiba bila anak sulung tunggalnya itu menganjurkan satu soalan yang amat berat tidak terduga untuk dijawabnya. Memang hasrat hatinya beribu-ribu daya untuk mempunyai anak yang kedua. “Sabarlah sayang, adik Han masih ada kat sana tu… nun jauh kat atas sana.” Sambil tunjuk jarinya ke arah langit malam yang berbintang seraya bibirnya memberikan ciuman ke dahi si Han.

Melihatkan itu, kakak ipar Izuan si Faezah memegang erat tangan Izuan dan berkata…. “Wan, akak tidak mahu kehilangan kamu…. Seperti mana yang pernah hampir terjadi… ketika kamu melahirkan si Izhan dulu… ingatlah… suamimu, Akmal… akak bimbang...”
“Janganlah kakak bimbang sangat…” Kata Izuan mengelak kakak iparnya membangkitkan hal itu.

Mac 1975

Di tepian pantai, Kamal Izhan sedang bermain-main air di tepian pantai dengan budak-budak yang sebaya dengannya. Manakala ibu dan ayahnya memerhatikannya dari jauh dari tapak perkelahan. Entah tiba-tiba, budak-budak itu termasuk si Han buat perlumbaan renang secara spontan pula. Encik Akmal bingkas bangun dan jerit, “Han, laju Han!!” Manakala Han berenang begitu laju meninggalkan rakannya yang lain pantas balik ke pantai semula.

Akmal bersorak, “Hebat anak ayah!.. berenang macam ikan!” Katanya penuh semangat tetapi si isterinya hanya termenung, “Alangkah seronoknya bang, kalau Han ada adik… laju berenang juga sepertinya!” Suaminya agak terkejut dengan kata-kata itu.

“Wan... abang tidak mahu kehilangmu. Kehadiran Han sudah mencukupi buat abang, dia tak perlu adik lagi… dia seorang yang gagah dan tabah untuk menghadapi sebarang dugaan.”
“Tapi abang, suatu hari Han akan meronta-ronta mahukan kehadiran seorang adik… seorang teman untuknya bermain bersama. Wan tidak mahu Han kesunyian.” Kata isterinya. Kemudian tidak lupa mereka sekeluarga bergambar kenangan.


Januari 1976

Aku tidak tahu entah kenapa tiba-tiba ayah membuat buaian pada pokok beringin tua di tepi pokok beringin tua di tepi padang belakang rumah lama dulu. Mungkin selepas ayah tengok aku duduk termenung sambil perhatikan kawan-kawan sekolah aku bermain buaian tolak-menolak di halaman sekolah tadika, aku cuma tengok buaian ayah itu dan tak pernah cuba berbuai sendiri sebab pada padangan aku kalau nak main buaian mestilah ada teman yang tolong tolakkan. Berbalik cerita buaian itu, aku hanya main berbuai dengan ibu. Jika tidak ada ibu tolong tolak, sekali-sekala Pak Long aku akan datang. Aku akan minta tolong Pak Long tolong tolak. Tetapi jika aku sendirian, aku cuma duduk di atasnya. Aku takkan sesekali berbuai sendiri. Dalam pada aku duduk termenung sendiri, aku nampak ibu memerhatikan aku dari jauh di ambang pintu beranda rumah.

Puan Izuan berbisik di dalam hatinya, “Han, tolaklah dirimu untuk berbuai… mungkin Han mahu dia ditolak oleh seseorang… oh... dia mahukan siapa menolaknya?”

Entah tiba-tiba ibu menjerit, “Han, kenapa tak berbuai sendiri?” “Tak ada orang tolak, ibu!.. tapi ibu.. kalau Han ada adik kan seronok, adik boleh tolong tolak.” Itulah jawapan aku. Ibu kemudiannya menghilangkan diri dari berada di ambang pintu. Namun aku tetap duduk atas buai yang tidak berayun itu. Aku ketika itu suka bersendiri, aku tidak suka bergaul sangat dengan sepupu-sepupu aku anak Mak Ngah dan Pak Long.

Suatu hari ketika aku menyelongkar bilik stor rumah, aku terjumpa pakaian-pakaian masa aku kecil dulu, aku terfikir satu idea menarik. Aku kemudiannya membuat rumah pondok dan melengkapinya dengan perkakasan rumah ala kadar. Kain-kain buruk diisikan ke dalam baju lama aku untuk buat badan orang dan juga kain buruk diisikan ke dalam seluar buruk untuk buat kaki. Untuk bahagian kepala, aku guna biji kelapa kering dan aku lukiskan mata, hidung dan mulut dengan mengunakan kapur tulis yang aku bawa lari dari tadika. Sebagai ganjarannya sekarang aku mempunyai 3 orang “adik”, satu lelaki, satu perempuan dan tak lupa satu lagi yang masih bayi yang belum aku putuskan jantinanya apa. Kini, hari-hari lepas sekolah pasti aku berada kat rumah pondok aku itu “menjaga adik-adik”, bagi mereka makan dan tidur.

Hari-hari berlalu kini berlainan kepada si Han, Izuan seronok sekali melihat anak tunggalnya itu membina rumah pondok mainan di bawah pokok kelapa tua di tengah padang di tepi rumah. Kemudian Han mengutip tin-tin terpakai untuk diangkut ke rumah barunya. Izuan perasan yang sudu dan garpu yang diguna oleh Han hilang dibawa lari ke rumah mainannya.

Kemudian Izuan ada nampak si Han membawa lari mop pengelap dekat bilik air entah tujuan apa. Bila dia pergi siasat ketika Han berada di sekolah, si Han rupanya mengunakan rerambut mop itu sebagai rambut bagi patung adik perempuannya. Hati Izuan begitu tersentuh dengan perangai anaknya yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkannya. Izuan amat memahami apa yang si Han mahukan.

Kemudian kereta merah Ford model 1973 memasuki perkarangan rumah. Encik Akmal berada di tangga dan membuka kasut. Beliau dapat lihat si Han berada di rumah pondok manakala isterinya sedang menghampirinya dari rumah pondok Han.
“Wan, tengoklah anak kita yang seorang tu… pandai-pandai je bina rumah.” Kata bangga Akmal.
“Memanglah, dia mengikut ayahnya, kan abang selalu juga bawak dia pergi ke tapak projek perumahan tu.” Kata isterinya seolah-olah memuji suaminya dan kemudian menyambung kembali percakapannya, “Eh bang, nantikan abang ke pekan... tolong belikan mop yang baru.”

“Eh bukankah yang kat bilik air tu elok lagi.”
“Alah... mop yang itu, si Han guna buat rambut adik perempuannya kat rumah pondok tu…” Sambil tersenyum.

“Alah ambiklah balik.”
“Biarlah macam tu.”Kata Izuan berpihak kepada Han.
“Awak ni… tak patut manjakan sangat si Han itu.” Kata Akmal tidak puas hati dengan sikap isterinya.

Kini aku selalu sangat berada kat rumah pondok aku setiap hari dan setiap petang. Sepupu-sepupu aku ada datang untuk bermain sama dalam rumah pondok itu sebaik sahaja mereka tahu aku buat rumah pondok.

Dan setiap petang jugalah ibu selalu memerhatikan aku dari ambang pintu rumah. Aku hanya berani main kat situ di sebelah siang sahaja tetapi tidak sekali-sekali di sebelah malam sebab ibu cakap pada sebelah malam beruk Tok Mail akan datang dan memanjat pokok kelapa dekat situ. Itulah yang paling aku takut masa aku kecil dahulu… bukan aku sahaja malah kawan-kawan satu tadika dengan aku pun begitu juga.

Bila aje Tok Mail mengayuh basikal roda tiganya itu lalu di hadapan sekolah, kalau pada masa itu kami sedang bermain-main di luar bangunan tentu kami akan berkejaran masuk dalam kelas dan menjerit, “Beruk!!!”… Bukan kerana apa, kami takut akan giginya yang tajam dan putih-kuning itu. Kami satu kelas kalau suka sangat buat bising, cikgu kami Cikgu Fatimah akan kata – beruk Tok Mail akan datang untuk cari kawan sebab beruk itu amat suka cari kawan yang selalu buat bising. Sejak itu kalau kami nak menjerit, kami akan berpaling kiri dan kanan terlebih dahulu kalau-kalau ada beruk Tok Mail kat situ.

Berbalik cerita main pondok itu, suatu hari di waktu petang, tiba-tiba hujan lebat berserta dengan guruh dan kilat. Aku tetap mahu berada di rumah pondok aku itu. Ibu menjerit-jerit menyuruh aku supaya balik rumah, aku tetap berdegil tidak mahu balik.

“Han!!… sudahlah main pondok tu. Cepat balik rumah hari dah hujan ni!"”Jerit Izuan diikuti dengan batuk-batuk kecil sebab dia alah dengan hujan.
“Tak mahu ibu… Han nak jaga adik!” Jerit Han berdegil. Han masih mahu duduk di situ walaupun atap rumahnya banyak yang bocor.
Kemudian ayahnya pulang dari kerja, Encik Akmal lantas pergi ke rumah pondok itu, “Han, cepat balik rumah… jangan susahkan hati emak kamu terutama masa hujan begini. Kamu tahukan mak sakit.”
“Tak nak, Han nak jaga adik.” Dia berdegil.
“Kamu tahu tak rumah ni akan roboh?” Kata Encik Akmal memujuk cara lain. Anaknya itu terkejut.

Aku terkejut bila ayah cakap rumah itu akan roboh bila-bila masa saja. Nampaknya satu operasi menyelamat terpaksa dilakukan… iaitu menyelamatkan “adik-adik” aku itu. Ayah turut serta dengan membawa adik kecil dan adik perempuan. Aku membawa adik lelaki aku yang paling geng dengan aku. Kemudian aku membawa “adik-adik” aku tidur bersama aku di katil aku ketika sepanjang hari hujan itu.

Han nampaknya sudah tertidur dan ditemani dengan adik-adik khayalannya. Izuan masuk dan memberikan kucupan selamat tidur. Hatinya amat tersentuh melihatkan gelagat anak tunggalnya itu. Akmal juga memasuki kamar tidur Han itu, “Dah tidur si Han tu?” “Dah bang…”

“Abang… Izhan benar-benar memerlukan seorang adik sebagai teman. Lihatlah keadaannya sekarang.” Katanya sedih dan menangis dalam pelukan suami tersayang.

“Terpulanglah kepada Wan.” Kata Encik Akmal yang tidak boleh lagi menolak kemahuan isterinya itu. Mereka berdua memandang anak tunggal mereka sedang tidur itu.

Sejak hari tu, rumah pondok aku roboh sebab tenggelam dalam banjir selama 3 bulan. Bodoh betul aku sebab aku memang tahu yang tanah dekat pokok kelapa itu kawasan banjir. Mulai hari itu, aku cuma suruh “adik-adik” aku tidur.. dengan aku letakkan mereka di bawah katil sebab sekarang dah tiada rumah.

September 1976

Entahlah kini lebih suka bermain dengan sepupu aku pergi beraktiviti lasak. Kalau tidak kami mandi sungai, kami akan memancing atau main bola kadangkala pergi panjat pokok buah dekat kebun Mak Ngah. Aku tidak tahu kenapa aku lebih suka jadi begitu.
Mungkin juga sebab aku lihat saban hari perut ibu membesar… mungkin sakit sangkaan aku. Aku hampir dah lupa bermain dengan adik-adik aku itu. Suatu hari ibu memberitahu aku yang aku akan mendapat adik yang sebenar-benarnya. Aku letakkan tangan aku ke bahagian perut ibu dan bertanya, “Kenapa perut mak lebih besar dari perut Mak Ngah?” Dan ibu tergelak besar, “Sebab.. ibu mengandungkan adik Han, lah” Katanya menerangkan.

Aku begitu seronok sekali maka aku ambil keputusan untuk simpan “adik buatan” aku itu ke dalam stor untuk selama-lamanya. Dalam perjalanan aku ke stor, aku dapat lihat ibu dan ayah berada sama di serambi rumah sambil memerhatikan pembinaan rumah baru di halaman luas depan rumah. Pak Long aku sendiri yang membinanya sambil dibantu oleh tukang-tukang rumah mahir kampung kami. Ayah kata rumah itu akan menjadi rumah yang paling cantik dan paling besar dalam kampung kami. Aku berasa hairan dan tertanya mengapa ayah tidak sahaja menggunakan tukang rumah syarikatnya untuk membina rumah itu…


Oktober 1976

Jika aku lihat ibu kini, aku kesian. Ibu selalu batuk-batuk manakala penyakit asmanya pasti datang, manakala tidak termasuk lagi ibu begitu sarat mengandung tetapi ibu tetap tenang, setiap pagi pasti ibu akan menyediakan sarapan pagi untuk ayah, setelah ayah pergi kerja ibu akan mengayuh basikal chopper hitam untuk menghantar aku ke sekolah tadika. Begitu sejuk rasanya bila menaiki basikal di waktu pagi. Begitu juga dengan kawan-kawan lain, terasakan seperti satu “ritual” sedang dijalankan iaitu penghantaran kami ke sekolah tadika.

Rumah impian ayah dan ibu sudah siap, malamnya satu kenduri kesyukuran kecil diadakan, upacara membaca doa selamat telah dilakukan kemudian makan nasi berhidang. Semua orang tua kampung datang, Mak Ngah dan Pak Long juga datang. Masih aku ketika ibu dan Mak Ngah berserta saudara terdekat mengemas pinggan dan mangkuk kenduri. Ibu begitu beramah mesra sambil membuat kerja. Aku pun turut mengangkut pinggan-pinggan… aku begitu seronok dapat turut serta membantu ibu membuat kerja. Dalam pada itu aku dapat lihat ayah sedang berbual rancak dengan Pak Long dan beberapa orang kampung.

Aku membawa pinggan-pinggan sambil menari-nari syok sendiri tetapi kemudian aku terdengar jeritan ibu serta bunyi jatuh di dapur. Kemudian aku mendengar Mak Ngah menjerit nama ayah dan Pak Long.

“Akmal!!… Jamal!!!” Jerit Faezah. Makcik-makcik yang berada di dapur turut terkejut. Puan Izuan terjatuh dan tumpah darah.

Han yang terdengar jeritan ibunya turut terkejut sehingga menjatuhkan pinggan-pinggan yang dibawanya. Han segera menerpa ke arah ibunya. “Ibu… ibu!...” Kata Izhan sambil memberikan kucupan berulang kali ke pipi ibunya.

“Sayang...” Itulah kata-kata ibunya. Faezah memangku Izuan dan membelai rambut Izuan untuk menenangkannya. Izhan menangis melihatkan keadaan ibunya namun ibunya membelai telinga dan pipi si Han.

Si Akmal sampai… “Izuan!..” Kemudian Akmal pula memangku Izuan, “Izuan, sayangku….” Itulah hanya yang dapat diluahkan oleh Akmal.

“Ayah… kenapa ibu, ayah?” Pertanyaan Han beberapa kali kepada ayahnya.

“Han pergi masuk bilik... pergi tidur Han. Ibu kamu tak apa-apa.” Itulah kata ayahnya.

Abang Long Akmal, Jamal membawakan Han ke bilik tidurnya tetapi sebelum itu ibunya sempat memberikan kucupan dan senyuman yang mungkin kali terakhir kepada anak sulungnya itu.

Han&Wan02

Aku tidak pasti berapa lama aku menanti apa yang berlaku di luar sana. Aku dapat dengar ibu menangis kesakitan dan bunyi-bunyi suara begitu kelam-kabut sekali dan akhirnya aku dapat dengar bunyi ambulan yang begitu kuat, aku rasakan dunia ini sudah berakhir kerana bunyi itu begitu kuat sekali seolah-olah seperti seekor garuda melanda menyerang satu negara. Dalam kegelapan... gaungan sang garuda hilang dalam kesayupan malam.

Esok paginya, aku terbangun dari tidur. Suasana rumah begitu sunyi sekali. Aku rasa dunia telah diserang garuda. Aku pergi melihat kawasan dapur… tempat yang ibu jatuh itu bersih tetapi pinggan dan mangkuk terbiar tidak berbasuh. Aku ke hadapan rumah, halaman rumah kekosongan tiada kereta ayah.

Aku berada di tangga rumah… termenung dan terus termenung… cuma aku seorang sahaja di rumah. Aku teringat pada ketika ini aku biasanya akan menaiki basikal dibawa oleh ibu. Aku berpaling ke sisi rumah, basikal masih ada di situ. Kemudian aku terpandang nun jauh di depan rumah, kelihatan si Elena dan Fahmi kawan sekolah aku menaiki basikal dibawa oleh ibu mereka, Makcik Bedah dan Makcik Tipah.

Rakan sekolah aku itu kelihatan melambai-lambai tangan kepada aku tapi aku cuma lihat dan lihat sahaja… kemudian suasana depan rumah sunyi semula. Yang aku dapat lihat cuma pokok menghijau di hadapan.

November 1976

Sudah sebulan berlalu setelah kematian ibu, aku dan adik baru aku berada di rumah Mak Ngah. Mak Ngahlah yang menjaga kami kini. Rumah lama telah ayah robohkan dengan bantuan orang kampung. Kayu-kayu daripada rumah lama ayah berikan kepada penduduk kampung yang miskin. Kini tapak rumah lama tinggal tanah sahaja. Kenangan yang masih ada adalah baju-baju ibu yang Mak Ngah ambil dan simpan di bawah katil aku di rumah baru aku. Tapi aku tidak suka berada di rumah baru aku. Kalau aku nak tidur, aku akan tidur di sebelah adik aku di rumah Mak Ngah. Aku jarang sekali bertemu dengan ayah, kalau dia ada cuma pada masa makan malam di rumah Mak Ngah. Hanya ketika itulah aku dapat lihat ayah dan kemudian dia segera pulang ke rumah baru kami. Itulah ayah selepas kematian ibu…


Disember 1979

Adik sudah berusia tiga tahun dan aku tidak lama lagi akan masuk sekolah darjah empat di tahun baru nanti. Tetapi kini adalah musim cuti sekolah. Aku selalu suka mengalas adikku si Wan ke sana dan ke sini. Bila aku tanya kenapa adik dipanggil nama sama seperti nama panggilan nama ibu. Mak Ngah cakap memang sebelum ibu meninggal, ibu dan ayah sudah berpakat mahu namakan Kamal Irwan jika lelaki atau Ikhmal Izuani jika perempuan dan kedua-duanya boleh mempunyai nama singkatan “Wan”. Dengan itu nama ibu terus terpahat untuk selamanya.

Oleh kerana si Wan dah besar sikit, kami kini tinggal di rumah baru yang dinamakan Istana Impian, itulah nama rumah kami. Aku sendiri yang membuat papan tanda nama rumah itu. Ayah puji papan tanda itu cantik. Di rumah baru kami, cuma 3 bilik diisi. Bilik-bilik di tingkat atas cuma kosong. Ayah, memang jarang berada di rumah… dia lebih sibuk menumpu perhatian kepada bisnes… dan itulah kerja ayah sejak ibu meninggal. Waktu malam, kami akan pergi makan di rumah Mak Ngah atau rumah Pak Long. Dan kemudian biasanya aku dan si Wan akan tidur dengan ayah di bilik besar. Biasanya si Wan dapat bermanja dengan ayah. Walaupun ayah jarang berada di rumah tapi ayah tetap sayang pada adik Wan, anak bongsunya.

Waktu siangnya seperti biasa, aku dan adik akan pergi bermain dengan sepupu-sepupu kami. Kalau bergaduh dengan mereka, aku dan adik Wan akan balik rumah dan pergi ke tingkat atas rumah yang kosong. Dan kami mulalah memulakan bakat terpendam kami iaitu menconteng dinding kosong dengan arang kayu. Aku lebih suka menconteng dengan menulis perkataan manakala adik suka sangat melukis orang lidi dan binatang-binatang. Kami pasti selalu kena marah oleh Mak Ngah bila dia datang tengok rumah. Sambil dia membebel, dia akan mencuci semula dinding dengan air. Kami tidak pernah serik malah sentiasa memulakan karya baru sebaik sahaja ianya dicuci. Dan sehinggalah suatu hari ayah tiba-tiba bertukang menutup tingkat atas secara rasminya dengan menutup jalan masuk dengan dinding kayu. Mulai hari itu, karya kami tersimpan di situ tidak diusik.

Selepas itu, aku membawa adik aku pergi ekspedisi berakit di sungai. Dapat dilihat dari jauh permandangan Istana Impian yang tidak berseri tanpa penyerinya. Rakit buluh itu hasil kerja sama aku dengan Apai, anak Pak Long. Aku letakkan adik Wan ke atas bahuku untuk dia melihat permandangan jauh rumah kami dari sungai itu. Selepas itu aku dan kawan sekampung akan bertanding renang di sungai. Si Wan hanya duduk memerhatikan dan menjadi penyokong nombor satu aku. Aku berlawan sengit dengan Apai, akhirnya aku yang menang.


November 1982

Itulah tahun yang paling aku tidak dapat lupakan… dimana aku kena berkhatan!!… Aku masih ingat lagi sebelum hari berkhatan itu, ayah dengan bantuan Mak Ngah dan Pak Long mengadakan majlis kenduri di rumah baru kami. Ayah kelihatan senyum aje sambil berbual mesra dengan orang kampung. Aku yang tuan empunya diri merasa seksa bahananya kerana umur aku nak masuk 13 tahun hanya tahu duduk termenung menangis. Wan yang sudah sekolah tadika bukan main seronok tengok aku menangis. “Abang ni, kenapa nangis… potong senapang tu apa?”… mendengarkan perkataan itu aku bertambah menangis lagi sebab mengenangkan upacara khas di hari esok!!

Tetapi apa yang paling aku ingati sekali ialah ketika aku tengah berpantang sunat dengan kain pelikat digantung macam khemah arab yang dibuat oleh ayah. Si Wan datang dan kata, “Mak Ngah cakap abang Han ada simpan senapang patah dalam khemah ni.” Sambil dia merayap masuk dalam khemah sementara aku itu. Aku hanya tahu menjerit, “Ayah… adik masuk khemah saya ni!!” Si Wan memang tak tahu nak berundur malah terus maju ke depan. Ayah yang datang untuk menyelamat dah terlambat. Aku juga yang sakit sebab beberapa kali kena langgar dalam operasi serang-hendap itu. Itulah saat paling aku geram nak marah pada Wan tetapi bila tengok dia tidur sebelah aku, aku tak jadi nak marah.

Ayah juga dalam minggu pertama aku bersunat.. pasti selalu tidur di sebelah aku juga. Manalah tahu aku meragam sakit nak buang air… maka kenalah ayah yang angkatkan aku ke tandas. Nasib baiklah ayah masih ada ketika itu bolehlah dia jadi hero gagah. Seksa betul rasanya bersunat masa tu tak macam budak-budak sekarang- generasi ‘operation’ di hospital. Selepas dua hari dah boleh main bola.

Kemudian apabila sunatan itu dah baik sikit, aku tidak berani lagi pakai seluar yang ada zip. Kalau nak pakai kena pakai seluar dalam dulu. Aku tak boleh nak bayangkan ada benda yang tersepit kalau tersalah zip. Si Wan bila tengok aku pakai seluar kecik, dia pun nak pakai sama. Aku kemudian cakap, “Eh… orang tak bersunat tak boleh pakai seluar tu.” “Bolehlah adik pakai…” Kata si Wan lalu lari dengan seluar yang terlondeh.

Satu perkara yang begitu mengingatkan adik kepada arwah ibu, dia akan batuk-batuk ketika hari hujan. Dia pernah demam 2 minggu kerana ikut aku bermain hujan dan itu menyebabkan ayah begitu marah dengan aku. Sebelum kena marah terlebih dahulu aku kena penampar sulung dari ayah. Tidak pernah ayah buat begitu. Ketika adik sakit itu… aku berjanji bersungguh tidak akan mengulangi kecuaian itu lagi… sumpah!! Aku memang tahu adik Wan mewarisi sakit ibu.

Selepas berkhatan, aku mempunyai hobi baru iaitu sangkutkan diri terbalik di dahan pokok dan kemudian melakukan senaman angkat berat dengan menggunakan batu-batu sungai. Mungkin disebabkan keinginan aku untuk menjadi lelaki tinggi lampai dan macho. Aku rasa itulah antara langkah-langkah awal aku lakukan yang menjadi faktor membolehkan aku menjadi model ternama kemudian hari. Dan adik Wan akan duduk memerhati menjadi penonton setia nombor satu. Dia hanya senyum aje… mungkin dia mahu mengikuti jejak aku.


Ogos 1985

Adik Wan sudah darjah dua dan aku sudah tingkatan dua, keadaan di rumah dah agak baik dengan ayah tetapi zaman ekonomi meleset yang melanda seluruh dunia menyebabkan ayah lebih teruk berjuang memajukan perniagannya yang turut dilanda masalah kewangan. Urusan bisnes menyebabkan ayah selalu balik lewat ke rumah dan kadang-kadang ayah tak balik rumah langsung.

Ini memberikan kesan kepada si Wan sebab dia suka tunggu ayah untuk makan malam bersama. Dia pasti ketiduran di meja makan dengan makanan yang Mak Ngah hantar. Kemudian akulah yang mengangkat dia ke bilik. Selalunya ayah pulang, aku masih lagi membaca buku lewat malam. Ayah akan cium di dahi aku, suruh belajar rajin-rajin dan kemudian ayah pergi tengokkan si Wan yang dah tidur.

Dan tibalah di suatu hari, aku sedang makan malam manakala si Wan hanya perhatikan aku makan. Mak Ngah masih ada kerana menyajikan makanan yang dibawa dari rumah untuk kami dan menyuruh Wan supaya makan.
“Irwan… makanlah sayang Mak Ngah.” “Tak nak… Wan nak tunggu ayah.” Itulah sahaja jawapannya.

Entah tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Saga merah plat WAB 1984 meluru masuk ke halaman rumah. Rupa-rupanya Encik Halim rakan kongsi syarikat ayah, wajahnya cemas aje sambil masuk ke rumah. “Kak Zah!.. saya nak beritahu tentang Akmal.”
“Kenapa ni adik Halim, apa yang dah berlaku ni? Kau nampak cemas je ni.”

“Berita tak baik kakak, masa Akmal dalam perjalanan nak balik ke sini… dia kemalangan kak… dia cedera parah!” Katanya memeranjatkan Mak Ngah. “Akmal, adik aku!” Jerit Mak Ngah lalu pengsan.

Aku tergamam dengan nasi di mulutku, hanya menitis airmata manakala si Wan pergi ke sisi tepi Mak Ngah, “Mak Ngah, Mak Ngah… kenapa Mak Ngah tidur kat atas lantai ni… kan tilam ada kat bilik tu.”


Jun 1987

Aku ketika ini biasa-biasa aje, walaupun kat sekolah akulah Mat Romeo. Tidak dinafikan pemergian ayah dua tahun lepas masih terasa. Dan sejak itu, kami berdua tinggal terus dengan Mak Ngah. Pak Ngah dah menjadi ayah sendiri… tidak ada pilih kasih.

Waktu cuti, aku dengan Wan buat rakit seperti biasa. Kemudian arus sungai akan membawa kami ke kawasan rumah kosong Istana Impian. Kemudian kami pergi meninjau-ninjau rumah yang dikosongkan itu. Rumah itu tidak terjejas cuma semak sahaja yang tumbuh melata sekeliling rumah. Kemudian aku dan Wan masuk ke dalam rumah, setelah mundar-mandir di tingkat bawah, aku ajak adik ke tingkat atas. Aku dengan machonya menanggalkan dinding penutup jalan ke tingkat atas. Kami menjelajah bilik-bilik kosong itu. Apa yang terkilan sekali ialah apabila kami melihat hasil kerja lukisan contengan kami bertahun lepas. Wan menangis dan aku memeluknya untuk menenangkannya. Namun rumah itu bukan milik kami lagi, rumah itu menjadi milik bank apabila syarikat perniagaan ayah muflis selepas kematiannya. Rumah dan tapak tanah menjadi cagaran kepada pinjaman terakhir yang dibuat oleh ayah untuk menyelamatkan perniagaannya.
Kemudian kami berdua bertanding renang di sungai. Walaupun aku menang, Wan tetap memberikan saingan sengit. Tentang rumah Istana Impian, aku berazam bersungguh-sungguh untuk menebus kembali harta hakmilik keluarga kami.


November 1988

Sudah lama aku menantikan saat-saat ini, adik Wan sudah 12 tahun dah tiba giliran dia kena khatan. Masa giliran dia tidak ada majlis kenduri kerana Mak Ngah dan Pak Ngah tidak mampu. Apa yang berlaku ialah cuma aku, Pak Ngah dan Pak Long menghantarkan si Wan ke tempat berkhatan dengan Pak Long memandu kereta buruk Ford 1973 ayah dulu. Selepas balik, si Wan hanya tahu menangis memanjang sahaja. Aku yang sudah 18 tahun dengan machonya mengangkat adik masuk dalam rumah seperti mana ayah pernah lakukan pada aku dulu. Kini… akulah hero si Wan… bukan itu sahaja abang dialah antara paling kacak dan tinggi lampai di kampung kami. Si Wan masih menangis memanjang sambil aku membuatkan khemah sementara seperti mana aku dibuat oleh ayah. Tidak ada orang lain yang tolong jaga kerana Mak Ngah boleh harapkan aku seorang untuk menjaga si Wan di bilik aku. Macam-macam kerenahnya… banyak bertanyakan bilakah sakitnya akan reda bilakah boleh buang air… boleh mati ke… naik bosan aku melayan keletahnya dan akhirnya aku yang tertidur di sebelahnya.


Jun 1989

Selepas sahaja Izhan menamatkan SPMnya, dia terus pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Dia mempunyai misi besar walaupun si adiknya susah hendak berpisah jauh dengannya. Namun si Han bertekad untuk berjaya. Mujurlah masa tu, sepupunya Apai sudah tinggal dan ada rumah sewa di sekitar bandaraya. Pada awalnya Han mengikut Apai kerja sementara di sebuah pusat membeli-belah di ibukota. Setelah 6 bulan bekerja, dia hampir tertekan putus asa untuk balik kampung aje… kerana susahnya mencari pekerjaan yang lebih baik. Tetapi tiba-tiba nasib dia berubah sebab dapat peluang untuk menjadi model iklan bidan terjun bagi pasaraya tempatnya bekerja. Oleh kerana tarikan ketampanannya, secara tidak terduga… tugasan bidan terjun itu membuahkan beberapa kontrak sambilan peragaan model iklan yang lain… akhirnya satu agensi pengiklanan mengambilnya bekerja sebagai model sepenuh masa. Dan seterusnya si Han menjadi model lelaki terkenal di seluruh negara dengan nama Han Akmal. Si Han tidak setakat mahu menjadi model malah belajar sedikit-sedikit kerja di belakang tabir agensi tempat dia bekerja.

Si Han sememangnya tidak pernah putus berutus surat dengan adiknya, yang menarik sekali si Wan pastinya akan mengirimkan lukisan kartun yang mencuit hati dalam surat yang dikirimnya. Si Han pastinya menghantarkan gambar-gambar terbarunya.

Berbalik dengan soal kerjaya Han, Han banyak melibatkan diri secara tidak langsung dengan agensi pengiklanan akhirnya dia mendapat posisi sebagai pembantu pengarah rekabentuk. Iaitu jawatan bertaraf budak suruhan sahaja. Tetapi dengan pengalaman itu, Han sudah mampu untuk mengambil gambar secara professional dan melakar design storyboard iklan.

November 1991

Kedudukan Han telah stabil dan dia kini ada sebuah apartmen sendiri hasil daripada kerjanya. Apa tidaknya, dia telah diambil bekerja oleh Dato’ Basir sebagai penolong pengurus jabatan pengiklanan syarikatnya yang baru ditubuhkan oleh beliau. Syarikat Dato’ Basir sebelum ini adalah pelanggan tetap agensi tempat Han bekerja sebelum ini.

Kekreatifan dan sifat dedikasi Han telah menarik perhatian Dato’ Basir yang memiliki syarikat gergasi Multi-Raya Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan di Malaysia. Apa lagilah anak saudara Dato’ Basir, Syafika selalu berurusan dengan Han berkenaan tempahan iklan di syarikat Han dulu.

Bak kata orang, tuah itu datang bergolek apabila Dato’ Basir berhasrat untuk mengurangkan kos syarikat lantas menubuhkan agensi pengiklanan sendiri di bawah naungan dengan nama Multi-Raya Art & Design Sdn. Bhd. . Si Han tidak menyangka dia akan disambar oleh Dato’Basir diambil bekerja. Dan cita-citanya kini hampir menjadi kenyataan, dia sudah ada rumah sendiri. Han terus bekerja keras sehingga di suatu hari yang sibuk dia teringatkan sesuatu kekurangan dia dia hampir lupa satu hal iaitu adiknya yang seorang di kampung sana. Lalu Han mengambil keputusan untuk membawa adiknya duduk bersamanya dan bersekolah di bandar.

Disember 1991

Suasana di hujung musim cuti sekolah, Wan menghabiskan masa bercuti dengan memancing bersama-sama sepupu-sepupunya, Raziz dan Azlan. Wan teringatkan ketika menelefon abangnya tempoh hari, Han ada cakap dia nak pulang kampung sekejap. Han cakap dia ada hal penting.

Wan teringatkan itu adalah kali pertama abangnya balik kampung selain musim raya. Han cakap dia ada surprise. Bila fikit-fikir, Wan hairan kenapa abangnya susah sangat nak balik kampung walhal abangnya selalu cakap dia sayang pada dia. Wan teringat-ingat kisah abangnya selepas abangnya habis SPM terus cabut ke KL untuk mencari kerja mengikut Apai.

Mula-mula abangnya kerja di tempat Apai kerja kemudian jadi model sambilan, model tetap, jadi penolong designer dan kemudian menjawat jawatan penolong pengurus syarikat pengiklanan. Wan ingat lagi, mula-mula abangnya masukkan dalam akaunnya, mula-mula RM50 sebulan, kemudian RM150 dan kini sudah RM700 sebulan. Wan hanya menguna RM100 sahaja dan selebihnya dia berikan kepada Mak Ngah tetapi Mak Ngah tidak mahu menerima malah dia menyuruh Wan simpan dalam bank sahaja.


Bila Wan balik rumah, terkejutnya dia bila dapati abangnya sudah sampai dengan 4WD Suzuki Vitara 1991 berplat WBA 8082. Wan dapati Han dengan duduk berbincang dengan Mak Ngah. “Hai, nampaknya dah balik pun adik abang... banyak ikan nampak.” Kata Han sambil tengah duduk di serambi bersama Mak Ngah.

“Aha… baru kereta abang.” Kata ringkas si Wan.
“Syukurlah kau dah berjaya Han.” Kata Mak Ngah puji. Si Wan melabuhkan punggung duduk di serambi tepi rumah kayu itu.

“Ini semua dengan pertolongan Mak Ngah, Pak Ngah dan Pak Long sekeluarga. Dan Han masih mempunyai hutang yang belum berbayar.” Kata Han mempunyai maksud yang mendalam. Mak Ngah teringatkan kisah silam dimana Izhan telah bersumpah di hadapannya dan abang Longnya untuk mengembalikan semula maruah keluarga mereka dan harta peninggalan ayahnya sebelum Han ke KL dulu. Adiknya si Wan tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian itu.

Si Wan mengunjukkan ikan tilapia 8 ekor yang berjaya dipancingnya dari lombong tinggal kepada Mak Ngah. Mak Ngah kemudiannya ke dapur. Wan berpaling melihat abangnya.

“Kenapa abang jarang sangat balik kampung.. abang tidak kisah dengan famili lagi ke?” Si Han pergi duduk sebelah Wan.
“Eh.. jangan anggap macam tu pada abang.. tengok ni, abang dah balik pun ni.”Han sambil tepuk bahu si Wan dan senyum-senyum. Wan hanya tersenggih. “Habis.. apa yang abang Han cakap ada surprise?”
“Abang ingat nak ajak kamu tinggal dengan abang di bandar dan start sekolah di sana untuk sesi baru ni.” Wan terkejut dengan perkataan abangnya dan bulat mata terkejut.
“Kamu masih sayang pada abang tak?” Sambil Han letak tangan di bahu Wan. Wan hanya angguk.

Malamnya mereka makan malam beramai-ramai di rumah Mak Ngahnya, Pak Longnya ada sama. Turut dihidangkan sama ialah ikan tilapia goreng berlada yang si Wan kail siang tadi. Esok harinya Han dan Wan membuat rakit daripada buluh dan berakit di sungai kemudian mereka membuat ekspedisi ke rumah lama mereka yang masih berdiri megah. Kemudian mereka berlumba renang dan dimenangi oleh si Wan, ternyata Han sudah hilang staminanya dahulu. Wan kini lebih gagah perkasa tubuhnya.

Keesokkan, mereka berangkat ke KL. Dalam perjalanan ketika masih melalui jalan kampung mereka itu, mereka berselisih dengan Tok Mail yang masih mengayuh basikal roda tiga dan beruknya masih ada. Han dan Wan saling berpandangan dan kemudiannya satu kereta terdengar jeritan kuat. “Tidak!!!” Kerana kedua mereka juga mengalami fenomena yang sama ketika mereka di sekolah tadika dahulu iaitu takutkan beruk!!

Kemudian si Wan memulakan sesi persekolahan baru tingkatan tiga di sekolah barunya. Setiap hari abangnya menghantarkan dia dengan Vitaranya itu. Biasanya sebelum pergi sekolah si Wan bertugas menyediakan sarapan pagi, sarapannya tidak hebat sangat ringkas sahaja dengan kadangkala roti bakar, telur goreng, bijirin segera atau sekali sekala degan lempeng susu kegemaran abangnya. Kebiasaan si Han yang liat nak bangun pagi, dekat 7.00 a.m baru bangun.

Di sekolah, si Wan mencuba bakat aktif dalam sukan. Dia memilih permainan ragbi. Kalau dia balik dengan badan sakit-sakit, abangnya sedia untuk picitkan dia. Dia juga sekali-sekala mengikut abangnya ke gimnasium di hujung minggu. Dan dialah juga kena picit badan Han.

Di sekolah, si Wan sudah ada seorang peminat, namanya Salina. Semua orang di sekolah memanggil Wan dengan nama pertamanya iaitu Kamal tetapi hanya Salina sahaja yang memanggilnya dengan nama manjanya. Mereka sudah mula rapat dengan bersama-sama pergi studi di library. Namun mereka tidak pernah cuba dating di luar sekolah kerana si Wan baik budaknya.

24 November 1993

Wan hari ini cuba masak makan malam, sebenarnya tidak juga boleh dikatakan makan malam sebab cuma nasi yang dimasak sendiri. Wan menantikan abangnya untuk pulang membawakan lauknya. Dia tengok jamnya sudah 9.30 p.m. tetapi abangnya tetap masih belum balik. Hari ini hari yang teristimewa….

Si Wan menghabiskan masa di meja tamu dengan melukiskan kartun di buku lakarannya. Maklumlah si Wan kini tengah cuti sekolah lepas SPMnya. Banyak juga lukisannya telah diterbitkan oleh majalah humor tempatan. Pendekata setiap bulan si Wan membeli majalah yang ada lukisan kartunnya. Sekarang sudah ada 74 buah majalah yang berjaya dikumpulnya. Setiap satu kartunnya, dia menerima komisen lebih RM 100.

Bila Wan tengok sekali lagi, jam sudah 10.00 p.m. . Hatinya geram tapi dia buat tak endah aje. Kemudian terdengar bunyi pintu apartmen diketuk. Hairan si Wan, kalau abangnya tentu abangnya dah ada kunci untuk masuk. Terkejut si Wan bila dibuka pintu rupanya Syafika. “Surprise Wan! Happy seventeen.” Dengan Syafika membawa kek harijadi. Wan hairan abangnya tiada.

“Mana abang Han, kak Fika?”
“Abang kau, ada lagi kejutan untuk Wan.”
“Kejutan apa lagi?” Hairan si Wan. Manakala si Syafika pergi meletakkan kek ke meja makan, kemudian dia mengeluarkan kotak hadiah kecil daripada beg tangannya. “Bukalah sekarang.” Suruh Fika.

Wan membukanya, rupa-rupanya dua keping CD. Satu daripada kumpulan Cranberries dan satu lagi kumpulan Aces of Base. “Thanx kak… macam mana akak tahu….”

“Abang Han kamu ada cerita kat akak yang kau suka sangat dengar lagu Linger-Cranberries dan Don’t Turn Around- Aces of Base tu.” Kemudian Syafika ke dapur untuk menyediakan ais untuk minuman. Manakala Wan memasangkan dua CD itu pada radio CD jukebox 200’s Panasonic yang Han beli di Jepun 3 tahun dulu. Wan masih ingat lagi ketika itu dia demam teruk dan abangnya terpaksa meninggalkannya untuk pergi berkursus design di Jepun selama beberapa bulan. Wan programkan untuk mendengar dua lagu kesukaannya itu.

“Kenapa abang lambat sangat?” Tanya ingin tahu Wan. “Itulah tadi abang Han kamu jemput akak dekat rumah untuk ambilkan lauk yang akak masa… kemudian dia terlupa satu perkara…”
“Perkara apa kak?”
“Itu akak kena tolong rahsiakan.” Kata Fika.

Kemudian abangnya muncul dengan plastik besar yang berisi dengan bekas-bekas lauk-pauk. Kemudian upacara belah kek dan abangnya mengeluarkan satu kotak kecil dari poket bajunya. Kotak hadiah itu kecil berbanding dengan kotak letak cincin. Bila Wan buka, rupa-rupanya di dalamnya ada kunci motor Kawasaki Super Kips. Kemudian mereka makan malam.

Selesai makan malam itu, mereka turun ke bawah untuk mengiringi Syafika pulang. Fika memeluk si Wan sambil ucap sekali lagi selamat hari jadi. Si Han cuba buat nak dakap si Syafika tapi ditolak oleh Syafika, “Eh… awak tak nak aahh… satu petang tak mandi.”
“Apa… awak kata saya.. tak mandi? Ini tak boleh jadi ni…” Kata Han sakit hati. Fika berlalu dengan menaiki BMW 380i, mereka menengok motorsikal hadiah yang berplat WCW 1020. Si Wan mencuba-cuba test-drive,

“Abang, thanx a lot.”
“Kau kan adik abang.”
“Masalahnya.. abang Han terlalu manjakan Wan.”
“Kenapa… tak bolehkah begitu?”
“Boleh.. tapi… Wan rasa malulah dengan kawan-kawan sekolah.”
“Malu apa…”
“Kawan-kawan kata Wan ni adik manja..”
“Habis… abang ni ada adik sorang jer… abang pun nak manja jugak.”
“Abang Han nak manja macam mana?” Hairan si Wan.
“Apa kata… lepas ni Wan picit belakang abang… sebab lenguh betullah bawak motor ni tadi…”
“Okay… tanggung beres.”

Mac 1996

Suasana di Sekolah Menengah Tengku Deris (SMTD), Kuala Lumpur itu agak meriah kerana bekas pelajarnya sedang datang untuk mengambil keputusan STPM. Jam pejabat sekolah sudah 11.30 a.m. Mereka yang datang itu kini secara tidak sedar membentuk perkumpulan masing-masing untuk berbual bersama, ada yang ikut rakan sekelas dan ada juga mengikut perkumpulan pasukan permainan.

Dalam berkumpulan budak-budak ragbi pasukan TDBoyz terdapat seorang pemuda yang berambut sedikit panjang, memakai jaket kulit dan berseluar serba hitam. Perwatakannya ala gangster atau rockers aje. Dia banyak diam manakala kawan lain berbual rancak. Mungkin sebenarnya dia mengambil sikap low-profile aje atau dia lebih suka mendengar aje apa yang diceritakan oleh rakan-rakannya.

Di wajahnya tiada sebarang senyuman tanpa mood kemudian disapa, “Hoi Kamal… kenapa ni diam aje… cakaplah sikit.. macam ada problem besar ni?” Tanya Syukri kawan rapat sekolahnya.

“Kau tau Syukri… aku dah niat… selagi belum dapat result… aku takkan tunjukkan apa-apa yang menceriakan hati.”
“Eh peliklah, kau ni Kamal… sejak bila kau jadi orang warak alim ni.” Kata Syukri bersenda-gurau.
“Ini serius ni… abang aku dah bagi amaran… kalau tak lepas STPM ni… mati aku kena kerjakannya.” Kata Wan kerisauan.

“Apalah kau ni Kamal, abang kau takkan nak marah kat kau… kan semua orang tahu… kau tu satu-satunya adik yang dia ada.” Kata Herman bagai nak perli.

Wajah Wan ternampak sedikit kemarahan, bila rakannya usik pasal abangnya si Han. Kawannya gelak-gelak bila tengok gelagat si Wan. Syukri menambah kata, “Eh… aku ada baca satu kajian sains tau… biasanya kalau dua adik-beradik lelaki kembar tu… akan mudah jadi pasangan…”
“Eh... kau jangan sebut itu…” Amaran Wan merah padam mukanya.
“Kawan-kawan.. cuba bayangkan kawan kita sorang ni… ada affair dengan abangnya tu..” Kata gurau Herman.
“Alah memang pun.. kawan-kawan perasaan tak yang tiap-tiap hari abangnya hantar dia kat sekolah dengan Vitara tu… dia cakap dia ada motor sendiri tapi tetap dia dimanja kena hantar oleh abang dia..” Sambung Raziz.
“Dan lagi… bila ada tournament, pasti abangnya datang untuk sokong dia… adik manja katakan…” Celah Herman.
“Kau orang ni asyik mengata aku jer…”
“Okay Kamal… kalau macam tu… jaket yang kau pakai sekarang ni… kau beli sendiri ke?…” Tanya Herman.
“Alah… tentu abang punya kan…” Kata Raziz. Kawan-kawannya gelak sakan ketawakannya. Wan terdiam sebab memangpun baju jaket tu milik abang Hannya.
“Hei... kawan… aku dengan abang aku normallah.” Kata Wan cuba membela diri. Kawan-kawannya terus gelak. Tengah-tengah ketawa rakan-rakan Wan itu kemudian terhenti apabila munculnya seorang gadis misteri datang menghampiri mereka dan bersuara, “Maaf saudara-saudara sekalian.. boleh bagi laluan… saya nak jumpa dengan Wan!” Keadaan terdiam…

“Oppss… awek dia datang ohh...”Umum Syukri.
“Okay geng... masa untuk mengundurkan diri dari satu gelanggang cinta sejati…” Kata Raziz. Kemudian budak-budak ragbi bergerak ke tepi menyebabkan pembentukan jalan penghubung di antara gadis itu dan si Wan !!

Manakala bertempat di suatu sudut lain di bandaraya KL, bertempat di Menara 10 tingkat Multi-Raya Sdn.Bhd. Di tingkat bawah ruang pejabat yang bernama Multi-Raya Art & Design kini sedang berlaku perbincangan hangat antara Han dan Syafika.

“Okay… apa yang harus kita lakukan… yang sebenar-benarnya untuk projek khas ini?” Tanya Han.
“Yang sebenar-benarnya.. adalah, saya yang akan uruskan semuanya… daripada a ke z dan dari 1 ke infiniti… dan saya tidak mahu awak mengubah apa-apa yang telah saya rancangkan ini, Encik Kamal Izhan ooiii…” Kata keras Syafika.
“Okay… itu terpulang kepada awak…” Kata Han seperti mengalah.
“Saya telah merancang segalanya untuk projek ni Han!”

“Tetapi cik Miss Syafika ooiiii… saya ni kan penolong pengarah projek ini… berhak untuk membuat keputusan atau menyatakan ketidaksetujuan saya dalam apa-apa perkara pun.” Kata Han menegak kebenaran.

“Aha… awak betul tetapi ingat Pak Lang saya, Dato’ Basir telah melantik Fika secara rasminya sebagai pengarah projek ini.”
“Saya mahu ia diubah…”
“Tidak boleh… awak tu tidak boleh dipercayakan sangat… mesti ada muslihatnya.”

“Awak kata saya tidak boleh dipercayai?” Kata Han.
“Memang pun, awak kan bekas model. Mat Romeo kan pandai berkata-kata membuatkan orang terpedaya.”
“Okay, awak boleh cakap apa saja… untuk saya lakukan untuk awak… saya sanggup apa saja... cakap je.”
“Betul ke Han… atau cuma janji manis sang romeo di bibir saja.”
“Katakan cik Fika…”

“Awak tidak boleh nak perdayakan saya, cik Han.” Kata Fika panas mood mula mengemaskan failnya untuk keluar.
“Fika… tidakkan boleh awak bertolak ansur dalam hal ini…”
“Tak boleh… saya nak jumpa dengan Dato’ Basir sekarang dan Fika akan tetap mahukan Projek Hari Keluarga ni.. dibuat di Langkawi!”
“Di Pulau Pangkor!” Kata Han.
“Kenapa di Pangkor Han? Adakah kerana Cik Erni model terkenal kekasih lama awak dulu dah buka resort hotel kat sana kan?” Tanya geram Fika.

“Fika… Han tak ada niat lainlah…. Saya cintakan awak.”
“Ah lelaki… Fika tak nak percaya.”
“Katakan apa sahaja Fika, Han sanggup lakukan apa saja… untuk mendapat kembali kepercayaan awak.” Sambil aksi si Han merayu macam penyair agung merayu bulan.

Fika terdiam sejenak kemudian bergerak keluar dari pejabat Han itu tetapi dia terhenti dan terfikirkan sesuatu.
“Okay… esok sepatutnya Fika akan handle interview untuk jabatan perakaunan. Saya mahu awak gantikan saya,bolehkan?” Kata demand si Fika.

“Okay tidak ada masalah…” Kata mengalah Han. Si Syafika dengan senang hati keluar dari pejabat yang berlabel- En. Kamal Izhan Akmal, Pengurus Jabatan Pengiklanan.


Manakala di sekolah SMTD, Kuala Lumpur. Si gadis dan pemuda itu keduanya berdiri begitu dekat sekali. Si gadis berwajah muram semacam manakala si Wan tunduk terdiam saja. Si Lina bersuara… “Lina tak tahan kalau begini… terus begini…. Lina bosan dengan sikap awak tu.”

“Kalau awak tak suka, apa boleh saya buat.” Kata Wan.
“Sampai hati awak cakap macam tu!” Kata Lina telah terluka, Lina kemudian pergi merajuk ke bawah pokok besar dan duduk di bangku kerusi batu. Wan hanya jerit, “Lina!” Semasa Lina berlalu pergi… nampaknya terpaksalah si Wan pergi memujuk si dia.

Wan menghampiri si gadis itu yang seolah bersedih. Wan kemudian duduk sebelahnya untuk memujuk rayu, “Lina, kenapa ni… seingat Wan… Wan tak pernah lakukan sesuatu yang menyakiti hatimu.” Lina hanya terdiam buat tidak peduli. “Jangan buat Wan begini…” Wan pula yang tidak tahan hendak marah, Lina bersuara….

“Apa awak cakap!… Wahai saudara Kamal Irwan… selama ini Lina jadi macam tunggul kayu saja tau… dah lima tahun tau… kalau kita terus begini… sampai bila Lina harus menunggu!”
“Lina, awak kena terima inilah diri Wan yang sebenarnya… saya bukannya si mat romeo yang membawa si julietnya ke hulu dan ke hilir.. 24 jam seperti belangkas.. itu bukan cara Wan.”

“Cakaplah Wan... adakah cinta kita untuk selamanya?” Pertanyaan Lina itu amat mendalam sekali menyentuh pasal komitmen cinta Wan itu. Wan hanya terdiam tak berkata.

“Itu Wan tak boleh nak cakap...” Wan kemudian berlalu pergi. Manakala rakan-rakan Lina yang memerhati dari jauh pergi menghampiri si Lina. Dan Lina hanya termenung sedih.

“Eh Lina… macamana? Aku kesianlah tengok kau bersedih sejak habis exam lagi.” Kata Suriani rakan baiknya. Lina terus termenung. “Kau kena sabar Lina, result pun bila-bila masa saja keluar ni..” Kata Asiah yang tidak tahu apa sebenar krisis yang berlaku.

“Kau mesti dapat top three.” Si Ida cuba menceriakan.
“Hei kawan-kawan… si Lina ni bersedih bukan pasal result exam… tapi dia sekarang berada dalam dilema percintaannya.” Kata Liza.
“Kau terpaksa memilih sekarang…. Antara kekasih atau tunang pilihan keluarga kau tu.” Kata Suriani. Si Lina seperti tersedar dari lamunannya. Manakala rakan-rakan Lina yang lain terkejut besar dengan pengumuman itu. “Apa???”

“Eh… Wan dah pergi jauh ke?” Tanya Lina baru bersuara.
“Dah… dia pergi jauh ke sana dah.” Kata Suriani menjawab.
“Itulah kan… Lina tidak tahu bagaimana hendak berterus-terang untuk memberitahu keadaan sebenarnya… Wan seorang yang amat baik.” Kata jelas Lina.

“Kalau macam tu Lina, kau harus lupakan si Wan sebab kau tak layak untuk dia.” Kata Ida begitu kasar.
“Ida! Jaga mulut kau sikit...” Kata Suriani benggang dengan sikap Ida itu. Lina nampak makin bersedih.

Si Ida serba-salah kerana membuat hati kawannya itu terguris, dia cuba memujuk, “Lina… maafkan aku cakap terkasar tadi… bukan maksud aku jahat… tapi cuba kau fikir… jika Wan itu seorang yang baik, dia berhak mendapat yang baik juga. Mungkin bukan jodoh kau orang berdua.” Kata Ida itu seolah memberikan satu point penting yang harus dipertimbangkan.

“Betul juga kata kau Ida… Aku harap Wan tak marah.. atau merajuk nanti.” Kata Lina seolah-olah mendapat satu kekuatan baru.

Wan sudah berada jauh dari kekasihnya itu, dia hanya keseorangan. Dia juga kesedihan. Dia tidak mengerti mengapa si Lina bersikap lain berbeza dengan gadis yang dia pernah kenal selama 5 tahun lepas. Mungkin disebabkan salah Wan juga sebab tidak menunjukkan keseriusan tentang perhubungan diantara mereka berdua. Pendekkata nak dikatakan pasangan kekasih… tak pernah pun mereka berdating selain daripada berjumpa di sekolah. Kalau ada pun... hanya pergi ke Perpustakaan Negara.

Si Wan terbayang-bayang teringatkan detik mula kenal si Lina dulu. Lina ada tegur dia. “Eh, awak… awak ni ada mirip wajah dengan Han Akmal model lelaki yang terkenal tu…”
“Iya ke?… saya pelajar baru kat sekolah ni… saya Kamal Irwan.. atau Wan.. nama pendek.” Tanpa Wan memberitahu nama penuhnya.

“Saya Salina… panggil je Lina.” Sambung Lina lagi. Mereka bertemu masa latihan awal sukan sekolah ketika sedang berehat dari latihan. Ketika itu si Wan berlatih pasukan TD-Boyz ragbi sekolah manakala si Lina berlatih untuk pasukan bola jaring sekolah.

Pertemuan kedua ialah ketika di perpustakaan sekolah. Waktu itu si Wan hendak membuat pendaftaran kad pinjam buku dan kebetulan Salina adalah pengawas perpustakaan yang bertugas ketika itu. Masing-masing terkejut dalam pertemuan tak disangka itu. “Eh awak Wan… apa boleh saya bantu?”

“Saya nak buat kad pinjam buku, Cik Lina.”
“Okay sekejap ya…” Sambil Lina mengambilkan barang-barang perlu seperti kad kosong dan buku daftar utama.
“Okay… sekarang boleh tak awak bagi saya kad pengenalan awak.” Kata Lina melaksanakan tugas. Si Wan memberikan i.c.nya, setelah dilihat oleh Lina… Lina terkejut besar.

“Jadi, awak ni….” Terkejut Lina.
“Maafkan saya…. Saya harap awak takkan beritahu orang lain.” Pinta si Wan.
“Entahlah Encik Wan…Akmal, tapi tak nak ke awak ikut jejak langkah abang awak tu?”
“Nak lah jugak…. Tapi sayang saya ni… tak cukup tinggi lah.” Kata gurau Wan membuatkan mereka tertawa bersama.

Dan seingat Wan, selepas itu mereka selalulah belajar bersama di perpustakaan macam satu pasukan pulak. Namun rahsia yang dia adalah adik kepada Han Akmal model terkenal itu terbongkar jua apabila abangnya buat kejutan datang untuk memberikan sokongan kepada Wan yang bermain perlawanan ragbi antara sekolah walaupun si Han sudah menyamar diri dengan topi cap dan berkacamata hitam.

Apa yang pasti diakhir perlawanan ragbi, ramai budak perempuan yang kerumuni abangnya untuk mendapatkan autograf. Dan sejak itu ramai juga budak perempuan sekolah yang menghampiri Wan untuk mendapatkan autograf peribadi Han Akmal.
Dan disebabkan kedudukannya sebagai adik Han Akmal, ada juga budak perempuan sekolah yang menjadi kelab peminat setia menonton si Wan main ragbi. Tetapi secara peribadi, Wan tidak dikacau oleh orang lain kerana dia menjadi kepunyaan Lina secara tidak rasmi.

Namun Wan tersedar dari lamunannya, kawan-kawan sudah berada di sekeliling. “Eh, Kamal…. Termenung panjang nampak.” Kata Raziz mengejutkannya.
“Eh… kawan, nampaknya T.P. kita dah keluar dari pejabat.” Kata umum Syukri melihat pengetua sekolah keluar dari pejabat sekolah untuk membuat pengumuman penting dengan alat hebah pegang tangan. Semua berkumpul mendengar pengumuman.

Tuan pengetua sekolah membuat pengumuman yang keputusan penuh akan ditampalkan sekejap lagi dan analisa lengkap keputusan telah dibuat. Beliau kemudian mengumumkan senarai ringkas pelajar terbaik mengikut subjek. Lina mendapat pelajar terbaik untuk subjek Pengajian Am manakala si Wan berjaya menjadi pelajar terbaik Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu.

Amat memeranjatkan nama Kamal Irwan Akmal diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan STPM. Maka tidak sia-sialah Wan buat low-profile tadi. Dia dijulang beberapa kali oleh kawan-kawan ragbinya. Si Wan menjadi tumpuan ramai selain daripada papan kenyataan keputusan peperiksaan. Ramai juga budak perempuan bersalam mengucapkan tahniah kepada si Wan.

Kini sudah tiada orang mengelilingi si Wan kerana kesemua mereka pergi berbaris panjang di depan pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan tetapi ada orang terakhir datang mengucapkan tahniah kepadanya. Si dia adalah si Lina… “Tahniah Wan... kerana menjadi pelajar terbaik untuk tahun ini.”
“Tahniah juga awak untuk P.A. ….ingat, kitakan satu pasukan dulu…” Kata Wan seolah memujuk Lina.

Wan kemudian menghampiri Lina dan menyatakan sesuatu yang mengejutkan.. “Lina… apa kata lepas ni kita bertunang.” Lina hanya memandang dengan wajah kosong dan menjadi resah serba-salah.
“Katakanlah sesuatu, Lina.” Desak Wan.
“Bagaimana kalau jawapannya adalah tidak.” Itulah jawapan Lina seraya datang kawan-kawan ragbi si Wan. Lina hanya diam dan wajah Wan cukup terkejut dengan kata-kata terakhir itu.

Kawan-kawan mengelilingi Wan. Mereka masih seronok di atas kejayaan si Wan. Si Aidil anak orang kaya mengajak si Wan meraikan kejayaan keputusan STPM mereka. Lina turut dijemput kerana namanya termasuk dalam kelab penyokong pasukan ragbi sekolah. Lina hanya menggangukkan iya. Dan kemudian Lina berlalu membawa diri. Tiada sebarang kata-kata terucap antara mereka… Wan dapat memerhatikan dari jauh si Lina pergi ke kaunter pejabat untuk ambil slip keputusan. Si Faizal menyapa si Wan, “Eh Kamal… apa yang kau orang berdua bualkan tadi… nampak romantik gila…”

Kawan-kawan hanya tergelak ketawa, Wan hanya tenang senyap aje. “Aku tak nak pergilah ikut kau orang semua.” Kata Wan seolah merajuk.
“Hairan… awek sendiri dah kata setuju… dia tak nak pulak” Hairan si Faizal.
“Apalah kau ni Kamal, kita pergi makan ni si Aidil yang belanja. Best ni kat Safarin Seafood.” Kata pujuk si Syukri.
“Kau orang tak payah pujuk akulah… aku tak nak…” Kata Wan seolah amat kecewa dengan kata-kata akhir yang didengari daripada Salina tadi.

Tiba-tiba berdetik nada bunyi hand phone lagu Jerat Percintaan- Siti Nurhaliza. Bunyi itu datangnya dari poket baju jaket kulit yang dipakai oleh Wan itu. Wan baru tersedar sejenak akan sesuatu. Wan menjawab telefon model Startec Clamshell Motorola, “Hello…”
“Hoi… kenapa masih tak inform pada abang result periksa tu… susah-susah aje abang tak pakai hand-set tu hari ni.” Kata Han sedikit geram.
“Maaflah abang Han… Wan terlupa… maklumlah bila dah bertemu dengan member-member ni…” Jelas si Wan tanpa memberitahu peristiwa mengecewakan tadi. Rakan-rakan Wan juga turut menerima panggilan hand phone masing-masing.
“Habis tu… keputusan macam mana.”
“Okay dah keluar pun… well terbaik Bahasa Melayu dan Sejarah… dan terbaik keseluruhan.” Umum Wan.
“Apa… baguslah kalau macam tu… tahniah kepada adik abang. Apa kata kalau kita makan tengahari sama-sama nanti?”
“Alah… kawan-kawan dah ajak makan tengahari untuk raikan..”

“Okay… tak apalah tapi kamu hati-hati sikit bila kat luar tu… hari ni.. abang tengok cuaca macam nak hujan je…” Kata Han ambil berat sambil melihat celahan jendela awan mendung tebal di langit KL.

end hanwan 03

Han&Wan04 : Hujan Hampa

“Wan akan hati-hati… abang Han janganlah bimbangkan Wan sangat.”
“Hati-hati… ini pesan abang.” Kata Han untuk kepastian.
“Abang ni… Wan dah besar panjang ni.. tahulah Wan jaga diri.”
“Kalau kau sakit… dengan badan kamu yang besar tu… tak kelarat abang tak angkat tau…. Okay bye…”
“Bye…” Selesai sahaja si Wan menelefon itu, baru dia sedar yang semua kawan-kawannya semua perhatikan dia dengan aksi nak gelakkan si Wan.

“Eh.. aku dengan abang aku normallah.”
“Iyalah… adik manja…” Kata perli rakan-rakan diselangi dengan gelak-ketawa. Merah-padam wajah si Wan kena perli sakan. Namun tanpa disangka, mereka dapat lihat sebuah kereta volvo hitam memasuki kawasan sekolah dan kelihatan si Lina menghampiri kereta tersebut dan masuk ke dalamnya. Wan kehairanan, turut sama rakan-rakannya. “Eh… sejak bila pulak ayah si Lina pakai volvo besar.” Kata desis Syukri.

Si Wan terus tergamam sehinggalah kereta itu beredar. Kemudian si Wan segera pergi mencari kawan baik si Lina untuk mendapatkan penjelasan. Dia berjumpa Suriani yang berada dalam gerombolan ramai budak perempuan berkumpul. Suriani menyedari akan perkara itu. “Siapakah yang datang mengambil Lina tadi?” Tanya Wan.
“Maaf Wan… itu adalah tunang Salina.” Kata Suriani kemudian diam dan tunduk. Wan kehampaan.

Maa berlalu, Wan kini berada di restoran bersama rakan- rakannya. Dia hanya tunduk termenung kesedihan. “Sudahlah Wan… dah tak ada jodoh kau dengan dia.”Kata Syukri menenangkan hati si Wan.
“Semuanya salah aku… aku tak adventure… aku tidak pernah membelai dia seperti Juliet.”
“Wan… kau dengan Lina adalah contoh couple yang terbaik pernah aku jumpa. Tentu Lina ada sebab tertentu mengapa dia berbuat demikian. Sudahlah bersedih tu… budak-budak perempuan dah sampai pun.” Cuba pujuk Syukri.

Nampaknya perkumpulan kelab penyokong pasukan ragbi baru saja sampai sebab mereka datang dengan bas ke restoran itu. Wan yang menunduk tadi mendongak wajahnya buat cool aje macam tidak ada apa yang berlaku. Ramai gadis mengambil tempat duduk meja hidangan besar yang telah disambungkan. Tetapi yang amat menduga hati ialah kemunculan Salina yang dihantar oleh tunangnya. Betapa romantisnya layanan si tunang Lina. Si Wan bukan main geram melihat keadaan. Rakan-rakan Wan cuba mententeramkan si Wan. Si tunang Lina berlalu pergi. Si Lina cuba pandang kepada Wan tetapi si Wan lihat tempat lain seolah amat terluka merajuk.

Setelah kesemua kelab penyokong mengambil tempat. Si Aidil sebagai penaja majlis makan memberikan ucapan selamat kemudian si Fadli sebagai presiden manakala si Wan tidak mahu berucap sebagai naib presiden. Kemudian Sherina sebagai presiden kelab penyokong memberi ucapan dan akhirnya si Salina sebagai naib presiden.

Lina berdiri, “Sukacitanya saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan yang dicapai oleh semua ahli pasukan TD-Boyz dan kelab penyokong….. dan Encik Kamal Irwan… boleh tak kita cakap private sedikit….” Umum si Lina mengejutkan.

Wan memandang kepada bekas kekasihnya. Masa berlalu, Wan dan Salina berada di tempat duduk MPV Toyota Estima si Aidil. Cuaca mendung dan kedengaran guruh dan kilat sabung-menyabung.

Wan hanya membisu dan memandang sepi ke depan. Salina memulakan perbualan, “Wan, apa yang telah berlaku bukannya seperti yang awak fikirkan.”
“Habis apa yang aku fikirkan.” Wan menjawab kasar pertanyaan Lina masih tidak memandang kepada Lina.
“Wan… berilah kesempatan untuk Lina untuk menerangkan… memang benar Lina telah bertunang.”
“Kenapa Lina… macam tu aje.”
“Pilihan keluarga… Wan. Maafkan Lina.”
“Apakah itu sebagai balasan kepada Wan sebab tidak melayan Lina sebagai kekasih… tidak seromantik dengan si dia itu.”

“Eh… awak romantis apa… awak lagi adventure… awak kan pemain ragbi… selalulah saya yang risau setiap kali perlawanan dulu… tetapi sebenarnya bukan salah awak… awak adalah lelaki yang terbaik pernah saya jumpa. Saya harap awak mengerti perasaan saya.”

“Tak apalah Lina… saya akan pergi dari hidup awak untuk selama-lamanya…” Itulah kata rajuk Wan sambil melangkah keluar dari mikrovan itu. Wan terus melangkah, si Lina juga keluar dari van cuba memanggilnya kembali. Tiba-tiba hujan turun lebat.

Si Lina menyeru nama Wan beberapa kali tetapi tidak diperdulikan walaupun hari hujan lebat seamat sangat. Si Lina turut basah, dia kemudian menutup pintu MPV itu dan berlari masuk ke restoran. Semua rakan tertanya ke mana perginya Wan. Lina hanya menyebut… “Dia telah pergi….”
“Dalam hujan?” Hairan si Syukri.

“Bagaimana kawan-kawan?” Tanya Aidil.
“Dia tengah marah tu… biarkan aje dia….” Kata Syukri selaku rakan paling rapat dengan Wan. Mereka faham sangat sikap panas baran si Wan.
[ Lagu JEMU dari Kumpulan MAY ]

Manakala si Han berada dalam Vitaranya sedang meluncur laju ke apartmen. Di luar hujan dan guruh berdentam-dentum kuatnya. Hati Han begitu risau sekali memikirkan tentang si Wan yang memang mudah kena demam kalau hari hujan begini apatah lagi masalah asmanya pasti menyerang. Han mengeluh, “Harap-harap… dia dah balik rumah.” Sambil Han melihat jam pukul 4.30 p.m.

Bila Han sampai di rumah, dia dapati si Wan masih belum balik di rumah. Si Han meninjau di bilik tidur Wan yang tiada tuannya. Si Han cuba berbaring rehat di sofa ruang tamu untuk melepas penat bekerja seharian. Tiba-tiba kedengaran guruh yang amat kuat menyebabkan si Han bertambah susah hati mengenangkan si adiknya itu. Han meninjau-ninjau jendela apartmennya itu. “Ini tak boleh jadi ni….”

Han pergi menelefon nombor hand-setnya yang kebetulan dipinjamkan kepada Wan hari ini. Si Wan pada ketika itu berada di sebuah pondok menanti bas yang tiada orang. Jalan adalah sunyi dari sebarang kenderaan lalu-lalang. Tiada manusia lain yang ada di situ melainkan Wan. Bunyi guruh dan cahaya kilat tidak dihirau oleh Wan langsung.

Pakaiannya dah basah kuyup dan rambut panjang ala rockersnya itu basah kuyup. Wan duduk tunduk sedih dengan bertongkatkan kedua tangannya menutupi muka yang kecewa seamat sangat. Kaki dan tangannya sudah menggeletar sejuk. Kemudian telefonnya berdetik dengan irama lagu Jerat Percintaan- Siti Nurhaliza, lama juga si Wan membiarkannya berbunyi baru diambilnya dari dalam poket jaket. Wan menjawab dengan suara sengau bagai nak demam.
“Hello… abang.”
“Weh… Wan… kenapa ni? Apa dah berlaku…”
“Lina…. Abang Han…. Wan kehilangan Lina…” Hanya itu sahaja kata yang terkeluar dari mulut Wan.
“Sudah.. sudahlah tu… di mana kamu sekarang berada?”
“Wan berada di satu bus-stand di Jalan Merak 2.” Jawab Wan diiringi dengan batuk-batuk kecil.

Masa berlalu, Wan kebatukan manakala si Han masih dalam perjalanan. Han memandu perlahan sambil membuat tinjauan mencari adiknya itu. Suasana masih hujan lebat lagi, Wan kebasahan dan bajunya menitik-nitik air tempias hujan. Dia tunduk kesedihan dan diselangi batuk-batuk sekali sekala... tiba-tiba dia mendengar hon kereta berbunyi beberapa kali. Wan tersedar rupanya 4-WD Vitara abangnya itu terpacul di hadapan hentian itu. Wan perlahan bangun dan pergi masuk ke dalam pacuan empat roda itu.

Si Han tidak sedikitpun bertanya banyak tentang apa yang telah berlaku. Si Wan wajah kesedihan dan diam saja. Si Han hanya mengeluh panjang, “Ini dah kes teruk ni…” Dengan pacuan empat roda itu meredah hari hujan yang amat lebat itu.

Masa berlalu, Han dan Wan telah sampai di apartmen. Si Han terpaksa memapah adiknya yang berkeadaan lemah. Wan masih terbatuk-batuk kecil. Han membawa Wan duduk di kerusi sofa tetamu. Tanpa membuang masa lagi satu persatu pakaian Wan yang basah ditanggalkan sehingga yang tinggal cuma baju singlet dan seluar pendek. “Mana hand-set gua?…” Tanya Han selamba…
“Dalam jaket…” Jawab Wan diiringi batuk-batuk kecil.

Han pun mengambilkan telefonnya, “Nasib selamat telefon aku…” Sambil dia selenggarakan telefon untuk melihat pesanan mesej sepanjang hari dia tidak bawa.
“Abang… abang…” Pinta Wan.
“Apa?”
“Kain tuala…”
“Semua itu ini… abanglah jadi mangsa…” Kata Han tanpa maksud apa-apa sambil dia ke bilik Wan ambilkan tuala dan kain gebar tebal.

Apabila sampai di ruang tamu, si Wan sudah terlena tidur. Han mengelap-ngelap badan adiknya yang basah itu. Dia kemudian menselimutkan si Wan dengan kain gebar tebal itu. Si Han kembali memeriksa pesanan mesej… kemudian si Wan kelihatan mengigau tidur. “Lina... Lina!” Sambil terbatuk kecil.

Han hanya mengeleng kepala tanda kasihan akan nasib adiknya itu. Si Han pergi ke bilik Wan dan mengambilkan ubat medikasi asma si Wan di meja studi Wan. Lalu dia mengejutkan si Wan dari tidurnya dan diberikan ubat itu.

Masa berlalu, jam di ruang tamu sudah 11.30 p.m. Han kini berada di biliknya sibuk menaip menggunakan komputer notebooknya. Di luar sana masih hujan lebat. Sedang sibuk membuat kerja pejabat itu, kedengaran bunyi batuk adiknya yang sedang menuju menghampiri biliknya. Si Wan muncul di ambang pintu masih dengan kain gebar.

“Kamu dah okay?” Tanya Han yang kesibukan mereka-bentuk grafik salah satu kontrak iklan syarikat. Wan masih kebatukan.
“Sikit...” Sambil si Wan pergi baring atas kamar.
“Mahu tidur sini?” Tanya Han.
“Nak jugak… Tak ke… kacau abang buat kerja…”
“Tak adalah… dah nak habis ni pun.” Sambil si Han menutup komputer notebook itu dan meletak di meja sisi.
“Kau ni Wan… dah berapa kali abang Han pesan, hati-hati hari nak hujan… bukannya suruh main hujan.” Membebel si Han.
“Iyalah… iyalah Wan yang salah.” Kata si Wan mengalah aja.

Si Han merebahkan dirinya atas katil, mereka berborak lagi… “Eh… macam mana abang dengan kak Fika sekarang?” Tanya Wan ingin tahu.
“Tak macam mana… macam nak berperang adalah…”
“Eh… berperang pulak?” Hairan si Wan.
“Berperang pasal Projek Hari Keluarga itulah… nampaknya abang kena cari penganti dia lah.” Kata Han seolah berpatah-arang dengan Fika.
“Takkan sampai macam tu sekali.”
“Kak Fika kamu tu.. tak bagi muka langsung pada abang.”
“Abang dengan kak Fika memang sepadan… susah nak cari ganti tu… ingin di hati kalau si dia tu sebaik kak Fika.” Kata Wan termenung panjang.
“Ahh.. sudahlah melalut tu. Akak Fika kamu memang lebih sayang kamu daripada abang sendiri tau.” Kata Han sambil menutup lampu tidur sisi katil.

Suasana bilik Han sudah gelap dengan hujan di luar.
“Abang tahu tak kat sekolah… kawan-kawan tak habis usik Wan ni adik manja.” Suara Wan memecah kesunyian.
“Habis…. Dah besar panjang pun masih nak bermanja.”
“Abang kan hero Wan.”
“Nasib baik abang tak jadi Superman… kalau tidak abang jadi hero terbang.”

end hanwan 04

Hanwansiti Bab 5,6,7,8

Han&Wan05

Keesokan harinya, jam alarm sudah menunjuk jam 6.30a.m. Kedengaran bunyi memasak di rumah dua teruna bujang itu diselangi bunyi batuk-batuk kecil. Si Han bersiap pakaian pergi joging di taman rekreasi seorang diri.

Masa berlalu, jam ruang tamu menunjukkan 7 a.m. tepat, Wan sudah berada di meja makan. Dia sudah menghabiskan bahagian sarapannya. Wan begitu asyik melukiskan kartun baru walaupun baru sahaja kecewa bercinta semalam. Manakala bahagian Han belum diusik lagi. Terhidang di meja – telur goreng, kepingan roti bakar, jem nenas dan bijirin segera.

Jam kemudian menunjukkan 7.20 a.m. Wan masih lagi dengan lukisannya. Manakala Han sedang membaca suratkhabar pagi dan sudah pun menghabiskan bahagian sarapannya. Han sudah menghabiskan bacaannya dan memandang si Wan yang masih asyik melukis, “Apa program kamu hari ni.”

“Lepas ni, Wan nak hantar semua kartun yang dah siap tu.”
“Apa kata lepas tu, kamu makan tengahari dengan abang untuk raikan kejayaan kamu itu.”
“Okay...” Wan meneruskan kerja melukisnya.

Masa berlalu, Han berada di syarikatnya. Dia menghadiri satu mesyuarat mingguan syarikatnya, kelihatan Syafika pun ada sama di mesyuarat itu.

Manakala Wan pula baru sampai di syarikat majalah
yang biasa dia hantar karyanya. Kemudian dia menyerahkan lukisan-lukisan itu kepada ketua pengarang majalah komik. Kemudian dia berjumpa dengan beberapa pelukis tetap syarikat itu. Nampaknya dia sudah dikenali oleh orang-orang di situ.

Sesudah itu, Wan menaiki motor kipsnya menuju ke syarikat abangnya. Dalam perjalanan melalui jalanraya di ibukota itu, semasa si Wan berhenti di persimpangan lampu isyarat. Dia terpandang seorang gadis jelita secantik Siti Nurhaliza yang sedang duduk di bahagian tepi bas. Kebetulan si gadis itu terpandang sama dan senyum. Sempat si Wan angkat penutup topi keledar dan membalas senyuman berlesung pipitnya. Bas itu berlalu ambil jalan lain.

Manakala ketika itu si Han sedang membuat persembahan multimedia projek terbarunya iaitu kertas kerja cadangan imej baru Syarikat Multi Raya Sdn. Bhd itu. Semua hadirin terpegun dengan animasi canggih yang dipaparkan termasuk Syafika juga.

Wan sudah sampai di pejabat abangnya dan mendapati abangnya belum memasuki pejabat kerana belum habis bermesyuarat, begitulah kata setiausahanya Cik Ida Rahayu. Wan membuat keputusan untuk menunggu abangnya habis bermesyuarat. Maka dia memasuki bilik pejabat abangnya. Oleh kerana dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti, Wan mengambil pensil dan kertas A4 dan melakarkan watak kartun kebiasaannya, semasa melukiskan watak perempuan kartun itu imaginasi Wan melayang teringatkan wajah Salina yang telah menjadi bekas kekasihnya.

Manakala ketika itu abangnya masih berada di bilik mesyuarat, dia kini sibuk melayan pertanyaan-pertanyaan. Si Syafika hanya melihat dengan penuh minat. Si Wan pula sedang terlelap siang hari. Dia termimpikan Lina bekas kekasihnya yang berwajah muram sedih dan kemudian hilang berganti dengan si gadis manis yang dia terjumpa di jalanan tadi. Gadis itu memberikan senyuman manis yang tidak boleh dilupakan oleh si Wan. Dalam mimpi siang itu, belum sempat Wan hendak berkenal tiba-tiba setiausaha abangnya menghubungi melalui interkom untuk sebarang minuman tetapi Wan tidak mahu.
                                                                                                H5p02
          Tanpa membuang masa, Wan melakarkan wajah gadis misteri itu di kertas kosong. Di tempat mesyuarat pula, mesyuarat mingguan syarikat telah pun habis. Ramai hadirin berpuas hati dengan kertas cadangan yang si Han bentangkan. Kini tinggal si Han dan Fika. Han menghampiri Fika dan menegur, “Miss Syafika, saya hajat hati nak jemput awak pergi makan tengahari.

“Apa occasionnya?” Kata Fika sengaja buat jual mahal.
“Si Wan berjaya jadi best student sekolahnya.”Beritahu si Han.
“Entahlah… I kena tengok senarai temujanji I dululah kat office.” Kata Fika seolah menolak.
“Ingat Fika…. Walau awak dah tak suka pada saya… tapi jangan hampakan si Wan.” Kata serius Han lalu berlalu pergi. Si Fika tersalah-abah kerana berperangai keterlaluan sangat.

          Manakala Wan sedang feeling habis sambil melihat gambar potret yang dilakarnya itu. Dia menuliskan perkataan… “Kaukekasihku…” di penjuru bawah potret itu walaupun lakaran hidungnya belum sempurna lagi. Si Han sudah sampai di depan pejabat, setiausaha memberitahu tentang kehadiran adiknya yang sedang menanti di dalam.

          Bila Han masuk, si Han kehairanan bila dapati si Wan sedang syok merenung kertas lukisannya itu. Han menegur, “Hai… amende yang syok sangat tu… apa yang kamu lukis tu?” Sambil si Han merebahkan diri atas kerusi empuk kerana kepenatan yang teramat sangat bila berada di bilik mesyuarat tadi.
“Maaflah… abang lambat.”
“Dah dua bulan... Wan tunggu kat sini tau...”Kata Wan saja kelakar.
“Tengok lukisan tu.” Pinta si Han sambil dia melonggarkan simpulan tali leher kerana formaliti mesyuarat syarikat tadi.
Wan mengunjukkan karyanya itu kepada Han.
                                                                                                H5p03
Si Han hairan dan kagum dengan keayuan wajah potret gadis misteri walaupun lukisan hidungnya belum sempurna lagi dan tidak sedikit pun menyerupai wajah Salina- bekas kekasih Wan sebelum ini.“Dia adalah gadis impian Wan sekarang.”
“Oiii… cepat pasang baru….”
“Entahlah… tadi Wan ada ternampak ketika dalam perjalanan tadi.”
“Jadi… ni gadis misterilah ni…. Tapi boleh tak tolong picitkan bahu abang… penat tadi buat presentation.” Seraya si Wan pergi ke belakang kerusi Han duduk itu dan memicitkan bahu si Han.

          “Bagaimana dengan projek-projek abang tu?”
“Projek imej baru syarikat tu.. berjalan lancar… tapi projek khas Hari Keluarga.. kak Fika kamu tu banyak buat hal menyakitkan hati… sekarang abang Han asyik bertikam-lidah dengan dia. Sekarang ni dah macam perang teluk kamu tau… dia nak sangat buat Hari Keluarga kat Langkawi… tapi abang cadangkan lebih baik buat kat Pangkor sahaja… lebih dekat... lebih jimat...”

“Habis tu.. bagaimana dengan makan tengahari.. akak Fika akan pergi tak?” Tanya Wan yang amat berharap.
“Entahlah… akak kamu cakap dia nak semak temujanji dia dahulu kat pejabat.” Sambil Han meletak potret gadis misteri ke atas meja.
“Pada pendapat Wan, abang dan kak Fika adalah pasangan paling sepadan yang pernah Wan jumpa setakat ini.”
“Apa? Paling sepadan kamu cakap…. Dengan perangai dia yang degil tu… mahu aje abang cari yang lain.” Kata Han dengan nada geram dan kuat.

          Tanpa disangka-sangka, Syafika muncul membuka pintu pejabat Izhan, “Apa? Apa yang saya dengar tadi?”
“Saya cakap pada Wan… yang dia masa kecil dulu tu degil sangat, tak suka pakai pakai baju dengan kain.” Kata merapu si Han.                                                                                                H5p04
          “Ekk, lain aje yang saya tadi.” Sambil Fika duduk di kerusi depan, si Wan masih memicit bahu abangnya.
“Awak tu yang pekak-badak!”
“Saya pulak.. eh, awak tu janganlah perasan handsome sangat… bosanlah saya nak layan.” Kata Fika meluat.
“Iyalah.. siapalah saya di mata awak.” Kata Han merendah diri. Wan cuba meredakan.

          “Abang, akak… tolonglah jangan nak berkrisis lagi… sekurang-kurangnya bukan di depan saya.”
“Alah… akak baik aje… bukan salah akak tau… abang kamu tu yang mata keranjang…. Tanya dia apalah yang istimewa sangat pasal pulau Pangkor tu. Tapi walau apa pun… akak tak lupa nak ucap tahniah atas kejayaan Irwan menjadi pelajar terbaik sekolah tu.” Serentak itu mata si Syafika terpandang lukisan gambar potret si gadis misteri si Wan, wajah Fika penuh tanda tanya. “Eh siapa pulak… perempuan dalam gambar ni?” Tanya Fika sedikit cemburu.
“Itu girlfriend terbaru saya… Baru tadi si Wan tolong lukiskan.” Kata mengarut si Han membuatkan wajah Fika berkerut sakit hati.
“Sudah…. Sudah… saya benci pada awak…. Cukuplah Wan layan orang  tua sorang tu… Jum kita makan.” Itulah kata Fika melepas geram. Wan hanya mengeleng kepala melihat gelagat dua orang yang dikenalinya.

          Masa berlalu, di restoran berputar di Menara KL kini ketiga-tiga mereka sedang menghadapi hidangan. Wan dapat perhatikan kedua pasangan itu hanya diam dan asyik makan. Wan yang telah selesai makan cuba mencetuskan perbualan.

          “Akak… apa tentatif yang telah dirancangkan untuk Hari Keluarga tu nanti?”
“Masa Hari Keluarga tu… biasalah macam tahun lepas… kita buat sukaneka.. tapi kali ini kita tambah aturcara scuba diving, lumba jet-ski dan kita semua akan tinggal di chalet.”
                                                                                                H5p05
          “Nampak seronok tu… tapi di mana nak diadakan?” Tanya Wan soalan yang kontroversi. Han dan Fika serentak… “Pangkor!” “Langkawi!” Dan mereka bertekak beberapa kali.

          Wan tergamam melihat perang antara dua manusia itu tetapi dia mendapat satu idea spontan menyelamat keadaan. “Abang dengan akak cuba bertenang…. Apa kata kalau kita buat Hari Keluarga tu bukan di Pangkor atau bukan di Langkawi.. Bagaimana dengan tempat-tempat rekreasi yang lebih dekat… lagi menjimatkan kos… dengan kos yang berlebihan itu lebih baik kalau kita menjemput dan menghiburkan anak-anak yatim, orang-orang tua dan yang kurang upaya. Apa kata kita buat kat Pantai Morib…”

          Si Fika dan Han tercengang dan kagum dengan idea bernas si Wan…. “Wahhh… hebat betul idea buah fikiran adik akak ni.” Kata puji si Fika.
“OOOiiikkk… lihat siapa punya adik tu.” Sindir tajam Izhan.
“Eh... awak tu diam… kalau macam tu Wan, akak nampaknya kena buat kertas kerja yang baru… dan awak Encik Kamal Izhan…. Esok, saya mahu awak gantikan saya buat interbiu pekerja baru.” Kata arahan Syafika menyakitkan hati Han.
“Apa? Interbiu lagi… itukan bidang tugas awak jabatan personnel.”
“Awak… jangan nak marah-marah saya… interbiu esok tu… libatkan jabatan awak tau..”
Okay tak apa… nanti pekerja baru tu saya buat awek baru…” Ugut si Han.
“Alah… saya tak takut dengan pekerja baru… siapalah mereka kalau nak banding dengan saya.” Kata Fika tidak endah dengan ugutan. Mereka berdua yang berperang itu hanya diperhatikan oleh Wan.
                                                                                                H5p06
          Hari sudah petang, Wan berada di gimnasium sendirian manakala Han berada di kedai foto. Han dalam keasyikkan memerhatikan pekerja kedai foto membuat kerja melambakkan gambar foto yang diorder-cuci ke atas meja kaunter itu, ada 6 sampul foto dilambakkan dan akhirnya sekali sekeping bingkai gambar besar eksklusif. Han terkejut kerana dia tidak minta pun bingkai gambar itu, “Eh… mana ada saya order pun frame tu.”

          “Ini percuma saja Encik Kamal.”
“Boleh tak tukar dengan benda lain, roll filem ke?”
“Maaf Encik Kamal.” Sambil si Zaki memasukkan kesemua sampul foto dan bingkai dalam beg plastik besar. Pekerja kedai foto itu menunjukkan pada satu papan-tanda ‘Cuci 5 roll filem, percuma 1 frame eksklusif bernilai RM 50.’

          Maka terpaksalah si Han menerima bingkai itu tanpa dapat fikirkan apakah ia akan diguna untuk apa. Manakala si Wan di gim tekun berlatih. Wan perasan di sebelahnya ada pelatih gim yang bandannya jauh lebih besar dan berketul memang layak jadi amatur bina-badan. Jejaka sebelah Wan itu mempunyai wajah mirip penyanyi Razzi Rahman yang terkenal dengan lagu Syakila 1992. Wan menegur, “Hai saudara… awak jadi amatur ke?”
“Dah dekat 4 tahun dah…. Berminat nak nak joint ke?”
“Oh tidak… saya ni suka-suka aje… Saya Kamal Irwan… panggil Wan sahaja.”
“Saya Razman... panggil Man sahaja…”

          Mereka terus berlatih, kemudian borak semula. “Wan ni datang dengan kawan ke?”
“Tak… saya seorang sahaja hari ni… biasanya saya datang dengan abang saya.” Sambil bercakap itu, tiba-tiba datang seorang gadis misteri ke tempat mereka. Gadis itu menyapa, “Man… cepatlah, Mirah dah nak balik ni! Sesi senamrobik Mirah dah setengah jam habis.”
                                                                                                H5p07
          “Sorry.. Man tengah syok praktis ni.” Si gadis itu nampak wajah merajuk dengan kata Razman itu lalu pergi keluar. Suasana kembali tenang, si Wan bertanya, “Adik awak ke tu?”
“Tak adalah, itu sepupu saya.” Jelas si Razman. Namun ketenangan gimnasium terganggu bila kedengaran bunyi nada dering hand-phone. Ramai pelatih mengeluh kerana gangguan bunyi lagipun kawasan tersebut adalah kawasan larangan keras alat kelui dan telefon bimbit. Si Razman yang bengang kerana bunyi itu datangnya dari dalam beg latihannya yang diletak di tepi gim.
“Aduhh…. Ini mesti Mirah punya kerja ni…” Sambil Razman memeriksa begnya dan mematikan telefonnya. Razman malu dengan ketua jurulatih dan pelatih lain kerana gangguan itu. Si Razman menyapa Wan, “Okaylah Wan…. Kita jumpa lagi.” “Okay…” Jawab Wan seraya si Mirah muncul di ambang pintu masuk gim lantas Razman mengejar sepupunya.

          Esok harinya, di rumah dua anak bujang itu. Han sudah pergi kerja manakala Wan sedang asyik melukis karya kartun untuk edisi majalah bulan depan. Han yang sampai di pejabat dengan beg plastik besar berisi sampul gambar semalam. Ketika meletakkan gambar-gambar disusun atas meja. Si Han mendapat idea apa hendak dibuat dengan bingkai itu. Han menjerit, “Hadiah!”… Lalu si Izhan mengambilkan lukisan potret gadis misteri si Wan lalu dimasukkan ke dalam bingkai hadiah itu dan kemudian Han menyimpannya ke dalam laci bawah mejanya.

          Kemudian setiausahanya- Cik Ida Rahayu datang dan memberikan peringatan, “Encik Kamal, sekarang sudah tiba masanya untuk menemuduga pekerja baru di Bilik Seminar C.”
Okay… saya pergi sekarang.”

          Masa berlalu, Han kini berjalan melalui pemohon menanti untuk ditemuduga, ada kira-kira 30 orang semuanya. Ini pastinya Syafika punya kerja menghantarkan surat jemputan sebegitu banyak semata-mata untuk menghukum si Han. Kecut juga hati Han membayangkan kepenatan dirinya nanti buat kerja menemuduga nanti. Si Han pasang niat, kalau balik rumah nanti nak suruh si Wan tolong picit badan.
                                                                                                H5p08
          Han sudah bersedia untuk menjalankan proses temuduga itu, Cik Ida Rahayu datang dan membawakan 34 fail pemohon. Si Han berkata geram dalam hati… “Tak apa Cik Fika… ini hari kau… nanti akan kuajar cukup-cukup…” Gelagat Han itu diperhati oleh Cik Ida dengan hairan… “Ada apa hal Encik Kamal?”
“Ohh… Cik Ida…. Sila panggil pemohon pertama.”

“Baik Encik Kamal…” Maka kemudian satu persatu nama pemohon dipanggil dan ditemuduga. Si Han tenang aje menjalankan tugas, senyumannya tidak pernah luntur di bibir.

          Daripada jam 9.00 a.m. menjadi 12.55 p.m., tibalah masanya untuk pemohon yang terakhir. Han terkejut besar dengan kemunculan pemohon terakhir itu….. wajahnya serupa benar dengan gadis misteri dalam potret lukisan si Wan. Terpegun dan terpesona si Han dibuatnya. Rasa tak sabar-sabar si Han nak pertemukan gadis itu dengan adiknya.

“Selamat pagi, Encik.” Sambil menhulurkan fail resume.
“Eh dah tengahari pun…” Kata lawak Han.

“Maaf encik… tak perasan saya..”
“Tak pa… sila duduk…” Kata Han sambil terbayang si Wan berdiri di sebelah si gadis manis itu, nampak begitu sepadan sekali macam pinang dibelah dua. Han merujuk kepada fail…

Okaylah…. Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin ya… nama panggilan biasa apa?”
“Biasanya kawan-kawan panggil Siti atau Nur saja…”
“Boleh beritahu saya tentang latar-belakang kelulusan Siti ada.”

“Saya selepas SPM ada mengikuti pengajian Diploma Pengiklanan TV dan Media Cetak di UniPutra Serdang selama 2 tahun.”
“Apa harapan Cik Siti kalau dapat diterima bekerja di sini.”
                                                                                                H5p09
          “Saya berasa amat berbangga kalau dapat menyertai Syarikat Multi-Raya Berhad. kerana syarikat ini adalah diantara syarikat bumiputra terbesar di negara ini, saya berjanji akan berkerja dengan penuh semangat dan berdedikasi untuk syarikat.”

Okay… itu sahaja. Semoga dapat jumpa lagi…” Kata Han dengan senyum memikat. Apabila berlalu pergi pemohon yang terakhir. Terlentang si Han di kerusi empuk, jam sudah tunjuk 1.05 p.m.                                                                                      h5p10
hw555

Han&Wan06


          Malamnya kedua adik-beradik itu makan malam di warung biasa. Mereka berdua amat mesra berbual bercerita pengalaman harian. Wan merasa janggal sedikit apabila abangnya rancak bercerita yang dia berjumpa dengan seseorang istimewa hari ini sebab Wan teringatkan Kak Fikanya.

          “Kau tau Wan, abang ada jumpa bidadari dari syurga dunia hari ini?”
“Wauu… ini berita eksklusif ni… Bagaimana pula dengan Kak Fika?”
“Abang dah jadi pejuang gerilla pulak sekarang ni.” Kata gurau Han.
“Abang ni cakap betul… siapa nama si dia yang baru tu?” Wan buat berminat nak tahu.
“Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin.” Umum si Han.
“Ingin juga Wan nak jumpa kakak baru tu… tapi selepas balik kampung nanti.”

          “Kamu pasti akan suka padanya.” Kata Han penuh makna… dia mempunyai satu rancangan sulit. Si Han terbayang si gadis manis duduk sebelah si Wan, tersenggih sendiri si Han menghairankan si Wan.
“Apa Han tengok siapa?” Hairan si Wan.
“Abang tengah tengok masa depan kamulah.”
“Masa depan apa?”

          “Abang nampak kamu kahwin lebih dahulu daripada abang.”
“Tolonglah abang Han… jangan sebut perkataan kahwin tu sekarang…. Pedih telinga Wan dengar….” Kata Wan itu membuatkan si Han tergelak tertawa.
“Sebut-sebut kamu nak balik kampung… abang nak bagi satu hadiah.” Sambil si Han mengeluarkan satu set kunci. Wan perhatikan dan dia senyum gembira.                                  H6p01
“Eh ini Honda Shadow kan? Habis kips yang lama tu?…” Kata Wan dan Han hanya angguk.
“Yang itu, boleh kamu bawak balik kampung, bagi kepada  Razali atau si Faiz.” Cadang Han.
Okay  jugak.” Memandangkan esok si Wan merancang nak balik kampung sekejap, Wan cuba membangkitkan perkara serius melibatkan hal keluarga di kampung.

“Abang Han… jommlah balik sama. Abang ni tak pernah cuba nak balik kampung selain daripada hari raya. Semua bertanyakan abang… apa lagilah Mak Ngah kita yang tua tu… Mak Ngah rindu sangat nak tengok kelibat abang… abang ni macam dah tak peduli dengan keluarga di kampung.”
“Wan… Wan tak boleh anggap macam tu pada abang. Abang terlampau banyak agenda kerja hendak diuruskan… buat masa ini abang tidak boleh balik kampung.”

          “Atau abang membenci dan berdendam dengan Mak Ngah dan Pak Long ke atas apa yang berlaku pada keluarga kita. Sebab itulah abang tidak mahu Wan tinggal dengan mereka kerana abang malu dengan keluarga Mak Ngah dan Pak Long hidup susah.” Si Wan betul-betul melepas rasa hatinya.

          “Irwan… di hati abang ni, tuhan saja yang tahu… betapa sayangnya abang pada keluarga kita… kepada kamu.” Kata pendek Han masih merahsiakan hal sebenarnya. Wan hanya mampu melihat abangnya dengan penuh keraguan di hati.


          Keesokkannya, Wan dalam perjalanan ke kampungnya. Manakala Han berada di pejabat sudah membuat keputusan, siapa yang akan menjadi pekerja baru. Dia menyerahkan senarai nama yang berjaya kepada setiausahanya, “Cik Ida… sila uruskan surat jawapan kepada pemohon-pemohon ini.” Tertera salah seorang nama adalah ‘Siti Nur Ain Ariff Baharudin’.
                                                                                                H6p02
          Manakala si Wan pula kini berada di ruang tamu rumah Mak Ngahnya. Di perkarangan rumah itu tersandar motorsikal kips lama si Wan. Mak Ngah nampak gembira sekali dengan kepulangan Wan. “Mak Ngah tengok kamu ni makin bertambah kacak lawa… dah mengalahkan abang Han kamu.” Kata puji Mak Ngah.
“Alah Mak Ngah… jangan puji Wan tinggi melambung tinggi sangat… terasa macam kena perli pulak rasanya… Wan tahulah Wan ni tak sehandsome abang Han…” Kata Wan merendah diri.
“Kamu ni Irwan… buat kelakarpun macam abang kamu jugak… abang Han kamu balik sama tak?” Pertanyaan itu berat untuk dijawab si Wan.

          “Tttak balik… abang sibuk sangat dengan kerja pejabatnya.”
“Tak balik?” Mak Ngahnya semacam amat sedih kerana terlalu lama sangat si Han tidak balik kampung. Si Wan menghampiri makciknya untuk bersalam.
“Mak Ngah….” Sambil Wan bersalam dan mengucup tangan makciknya. Semacam hari raya pulak.
“Itulah abang kamu…. Tak habis-habis dengan janjinya…” Kata keluh Mak Ngahnya.
“Janji apa… Mak Ngah?” Pertanyaan hairan si Wan. Makciknya tidak memberitahu lebih lanjut apa yang telah berlaku sebelum ini di mana si Han telah berjanji di hadapan dia dan abang Longnya yang Han tidak akan balik kampung selagi tanah dan rumah milik ayahnya yang telah dirampas oleh pihak bank 15 tahun lalu tidak dapat ditebus-balik semula.


          Masa berlalu, waktu sudah lewat petang. Si Wan dan sepupunya yang sebaya si Razali pergi bermain rakit melayari sungai. Mereka mendayung rakit buluh memudiki sungai yang mengalir lesu sepertimana yang biasa mereka lakukan ketika zaman budak-budak dahulu. Sambil itu mereka berbual mesra.
                                                                                                H6p03
          “Nampaknya… kau ni Wan makin jarang balik ke kampung macam abang kau.” Ungkit sepupunya.
“Memang dah banyak kali hajat nak balik, Zali. Tapi selalu tak menjadi. Bagaimana dengan semua famili di sini?”

          “Semuanya boleh dikatakan okay, abang Raziz anak Pak Long dan Kak Miza berjaya masuk universiti tahun lepas.”
“Habis bagaimana dengan pembiayaan masuk universiti mereka tu?”
“Entahlah… tapi emak cakap duit belanja masuk tu semuanya pakai duit sendiri.” Kata Zali. Wan terfikirkan sesuatu, dia terkilan kerana memikirkan abangnya tidak sedikit pun menolong saudara terdekat mereka itu.

          Manakala rakit itu bergerak perlahan menuju berhampiran dengan tanah di mana letaknya Istana Impian yang telah lama ditinggalkan itu. Wan dan sepupunya mendarat dan pergi ke rumah lama itu. Wan masuki dan meninjau ke dalam rumah lama itu.

          Wan masih ingat kata abangnya ketika berjalan-jalan ke rumah lama itu masa kecil dulu, “Rumah ini adalah rumah impian ibu dan ayah… ayah membinanya sebagai mengabadikan cinta sucinya kepada ibu. Tetapi sayang… selepas ayah meninggal dan syarikatnya jatuh bankrap. Rumah ini telah dirampas oleh pihak bank kerana ayah telah menjadikan tanah dan rumah ini sebagai cagaran jaminan utama pinjaman syarikatnya.”

          Wan memandang keliling ruang tamu besar rumah, dia terbayang-bayang lagi suasana yang meriah ketika majlis jamuan berkhatan abangnya di mana dia dan sepupu sebaya berlarian  di antara ruang yang luas itu. Wan ingat-ingat lupa ketika itu dia masih kecil berusia 5 tahun berlarian nakal di antara orang ramai yang hadir.
                                                                                                H6p04
          Keesokkannya dia pergi memancing dengan dua tiga sepupunya yang lain di tepian sungai kemudian mereka berlumba renang dan dimenangi oleh Wan. Wan mengukir wajah gembira tetapi di hatinya dia tetap terkilan kerana abang Hannya tidak ada bersama untuk bertanding renang.

          Masa berlalu, Wan balik rumah dengan teksi kerana dia memberikan Super Kips lama itu kepada Razali. Bila sampai di apartmen, Wan ke peti surat apartmen, terdapat lebih sedozen surat dan bil di dalam pigeon-box rumah mereka. Si Wan naik angin juga mengenangkan abangnya yang kemalasan nak ambil surat. “Surat pun malas nak ambik padahal giliran dia…” Kata Wan dalam hati.

          Wan memasuki rumah dan dia dapati abangya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Wan hanya masuk dan tidak ada bercakap sepatahpun menghairankan si Han. “Surat..” Itulah kata Wan berlalu dan menjatuhkan surat-surat ke atas meja.
“Bagaimana dengan famili kita di kampung?” Tanya baik si Han.
“Pergilah tengok sendiri!” Kata kasar Wan sambil masuk bilik dan menghempas tutup semula pintu dengan kuat. Si Han tahu adiknya tengah bengang besar atas sikapnya tidak meluangkan masa untuk balik kampung jumpa Mak Ngah dan Pak Long mereka. Han mempunyai sebab yang tersendiri. Han pergi menghampiri bilik Wan dan bercakap di tepi pintu, “Wan… bukannya bang tak nak balik… tapikan rutin seharian, tidak mengizinkan abang.”
“Ah! Abang memang dah tidak pedulikan mereka lagi. Wan tidak mahu dengar apa-apa lagi alasan abang Han.” Kata balas Wan yang sedang panas marahkan si Han, si Wan akhirnya duduk berdiam saja dalam biliknya- berbaring di atas katil.
                                                                                                H6p05
          Han kerisauan mengenangkan perubahan sikap adiknya itu maka itu si Han pergi menelefon Mak Ngahnya, “Hello, Mak Ngah…. Ini Izhan ni, Mak Ngah, Pak Ngah, Pak Long macam mana…”

          Masa berlalu, jam di bilik Wan sudah menunjukkan waktu 11.30 p.m. Wan cuba melakarkan kartun-kartunnya sebelum masuk tidur. Kemudian terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya, si Han masuk.
“Belum tidur lagi?” Tanya abangnya. Si Wan Cuma menggangguk sahaja.
“Abang Han, maaf sebab Wan bad mood tadi.”

          “Wan tidak perlu meminta maaf.. Wan berhak untuk marah kat abang. Kamu kan adik abang.” Kata Han sambil merangkul peluk si Wan yang sedang duduk di meja lukisnya itu. “Cukuplah melukis tu..” Kata Han melihatkan si Wan agak kepenatan.

          Keesokkan harinya, suasana pagi 7.00 a.m. si Wan di bilik air sedang menggosok gigi. Manakala abangnya masih rancak mandi shower. Kerja menggosok sudah habis dan Wan berkumur. Abangnya sudah habis mandiannya dan keluar dari ruang mandi dan menghampiri si Wan di sinki bercermin itu. Wan dapat lihat wajah abangnya cermin itu memang dia dan Han mempunyai iras wajah yang saling tidak tumpah sama. Cuma kalau kini abangnya berambut pendek kemas kerana kerja di pejabat dan si Wan pula berambut panjang ala rockers macam masa si Han popular menjadi model dahulu.

          Tiba-tiba si Han memeluk adiknya, “Wan… maafkan abang pasal semalam.”
“Itu hak abang. Wan takkan cakap lagi pasal itu.” Jawab Wan menyentuh pasal ketidakmahuan si Han balik kampung untuk bertemu famili yang masih ada di kampung.
                                                                                                H6p06
          Masa berlalu, si Han kini berada di pejabatnya sedang memberi penerangan kepada semua pekerja di jabatannya termasuklah si pekerja baru Cik Siti Nur Ain itu. Setelah selesai memberi taklimat kepada pekerja, si Han menunjukkan pekerja baru itu tempat bekerja. Tiba-tiba pula telefon bimbitnya berbunyi, rupa-rupanya si Wan yang telefon dari sebuah telefon public.
“Eh Wan… kamu telefon dari mana ni?”
“Wan dekat syarikat majalah ni… Wan ada berita baik untuk beritahu abang.”
“Apa halnya tu?”
“Saya telah dapat tawaran kerja tetap sebagai kartunis di syarikat ini.”
“Baguslah… nampaknya adik abang sudah ada kerjaya tetap sekarang.” Kata si Han begitu gembira. Si Han tidak semena-mena duduk di kerusi depan meja si pekerja baru itu. Cik Siti Nur Air tersipu-sipu malu dengan boss barunya sambil dia mengemaskan meja dan menyusun alat tulisnya.
“Wan… apakata kalau tengahari ini kita lunch sama-sama di tempat biasa.”
“Abang tak sibuk ke?”

          “Tak adalah… abang ingat nak perkenalkan kamu dengan salah seorang pekerja baru yang begitu memikat hati abang.” Kata-kata si Han itu mengejutkan Siti Nur Ain. Tidak keruan hati Siti Nur Ain dengan ajakan si Han itu, siapa sangka bekas model kacak yang terkenal di tanahair mengajak keluar makan.

          “Abang Han ni jangan buat akak Fika mengamuk pulak.”
“Alah.. biarkan dia nak marah.”
“Wan tidak ada halangan.”
“Kalau macam tu… jumpa di sana, sayang.”
“Abang.. tolonglah jangan sebut perkataan itu… Wan bukannya jambu abang… okay bye.”
Bye.” Si Han memberikan senyuman lebar kepada pekerja barunya yang tersipu-sipu malu dengan agenda luar jangka itu.
“Bagaimana… Cik Siti setuju tak?” Tanya Han yang duduk dekat tepi meja si Nur Ain itu, penuh keromantikan.
“Saya seganlah Encik Kamal.”                                             H6p07
“Awak tidak perlu berencik-encik dengan saya, panggil Han saja.”

          “Saya seganlah dengan adik perempuan Encik Han.”
“Eihh.. siapa yang cakap adik saya tu perempuan… saya nak bawa awak berjumpa dengan seorang lagi Kamal.” Kata Han penuh misteri.
“Oppss… maafkan saya.” Kata Siti Nur yang tersalah anggap.
“Tak apalah… jumpa nanti ya.” Kata Han yang kemudiannya masuk ke dalam pejabatnya. Cik Siti Nur Ain tersenyum keseronokan, baru sahaja hari pertama bekerja boss sudah begitu baik sekali kepadanya. Dalam pada itu, semua pekerja lama memandang kepada Siti Nur Ain kerana kejadian itu begitu mengejutkan. Ketika itu jam pejabat menunjukkan 11.00 a.m.

          Manakala di pejabat Fika, si Fika sedang duduk tersenyum dalam pejabatnya. Dia memeriksa kalendar mejanya, dia dapati temujanji rasmi untuk hari ini adalah kosong maka dia merancang hendak mengajak Han untuk makan tengahari. Di mejanya ada gambar kecil si Han dan Wan.

          Fika juga teringatkan yang sudah berminggu dia dengan Han bergaduh besar, bukannya apa sangat si Fika berkeras hendak mengadakan Hari Keluarga syarikat di Langkawi. Semuanya disebabkan oleh si Han buat perangai. Fika naik geram apabila si Han beriya-iya sangat nak buat Hari Keluarga di Pangkor diatas alasan dia mempunyai kenalan rapat di sana yang boleh menawarkan potongan istimewa percutian berkumpulan. Si Fika memang tahu sangat siapa yang dikatakan kenalan itu kalau tidak si model wanita- Erni Imran yang kini telah berumahtangga dengan seorang Dato’ dan membuka sebuah hotel peranginan di Pulau Pangkor. Semuanya berpunca apabila Fika terbaca sendiri pamplet promosi milik Erni Travel di rumah Han di mana beliau selalu pergi memasak sekali-sekala di rumah dua anak bujang itu.
                                                                                                H6p08
          Fika pernah mengungkitkan pasal pamplet Erni Travel itu kepada Han tetapi si Izhan tetap menafikan perkaitan resort milik Erni Imran. Fika terus merajuk sakan walaupun si Han telah berulang-kali menyakinkan yang dia dan Erni sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa lagi. Tersedar dari lamunan jauh, si Fika kemudian bersolek sedikit dan kemudian kelihatan si Fika keluar dari pejabatnya dengan keadaan cukup seronok dan gembira.

          Masa itu juga, Han juga keluar dari pejabatnya. Dia mematahkan sekuntum bunga ros putih yang ada sejambak di meja setiausahanya Cik Ida. Cik Ida pula yang menaruh syak wasangka. Dia begitu tertanya-tanya di dalam hati – siapakah yang akan diberikan bunga ros itu, harap-harap dialah sebab dia dah begitu lama bekerja penuh dedikasi dengan si Han.

          Saat-saat tertanya-tanya itu terjawab apabila Han pergi menghampiri meja si pekerja baru, Siti Nur Ain itu. Siti Nur yang duduk sedang asyik membuat kerja di situ tergamam. Si Han mengunjukkan bunga putih itu, Siti Nur tersipu-sipu malu dan segan. “Terimalah bunga ini sebagai jemputan rasmi saya untuk keluar makan tengahari bersama.”

          Siti Nur pun terima bunga itu dengan tangan terbuka. Siapa sangka nasibnya begitu bertuah hari ini. Siti Nur masih terbayang-bayang masa dia datang untuk temuduga tempoh hari. Semua budak perempuan yang datang untuk temuduga itu terkejut besar apabila mendapati orang yang akan menemuduga mereka adalah seorang bekas model terkenal tanahair. Siti Nur teringat lagi dua orang kakaknya bagai nak rak minta tolong Siti untuk dapatkan autograf majikan barunya apabila Siti Nur menerima surat jawapan terima kerja tempoh hari.
                                                                                                H6p09
          Sebenarnya Siti Nur ada membawa dua gambar poster model Han Akmal itu di dalam beg failnya untuk mendapatkan autograf bagi pihak dua orang kakaknya. Tetapi Siti Nur belum lagi terfikir untuk menunaikan hajat kakaknya itu, gambar-gambar itu masih tersimpan rapi di dalam laci bawah mejanya. Lagi pun Siti tidaklah begitu meminati sangat dengan model Han Akmal, idola pujaan Siti adalah pelakon si Eizlan Yusuf itu.

          Semasa kemunculan model Han Akmal, Siti baru shaja berada di sekolah menengah bawah. Siti masih ingat lagi masa di rumah keluarga dia di Melaka dulu, dua orang kakaknya memang banyak menampal poster model Han Akmal di dalam bilik tidur mereka. Sampaikan akaknya yang sulung walau dah bertunang pun masih meminati model Han Akmal itu.

          Tetapi seingat Siti, masa dia berada di menengah atas dan masa belajar diploma dulu. Dia dilanda demam artis pujaan iaitu model dan pelakon Eizlan Yusuf. Banyaklah gambar model itu yang ditampal di bilik tidurnya malah semua kulit buku studi pun ada tertampal gambar model itu.

          Tersedar dari lamunan jauh Siti itu, dia sedari kini dia sedang berjalan bersama seiringan dengan model pujaan kakaknya dan bunga ros sekuntum yang dipegangnya siapa pula yang berikan.

          Malang tidak berbau, ketika sedang asyik si Han dan Cik Siti Nur itu berjalan bersama untuk keluar makan itu. Maka bertembunglah mereka dengan si Syafika yng dalam perjalanan untuk menemui Han. Syafika terkejut besar apabila mendapati si Han berjalan mesra bersama dengan pekerja baru yang cantik jelita itu.

          Manakala Siti tidak tahu-menahu akan hubungan dua orang itu. Si Han dengan selamba menyapa Fika, “Selamat tengahari Miss Syafika!”
“Eihhh… masih tak habis lagi ke mesyuarat dengan pekerja baru you tu, Encik Kamal Izhan?” Tanya sindir Fika yang geram teramat.                                                                                    H6p10
“Ohh tidak, kami ni nak pergi makan tengahari sebenarnya…” Jawab selamba si Han dengan memegang mesra tangan si pekerja baru tu. Si Fika buat senyum-senyum aje walhal di dalam hatinya macam nak mengamuk satu kampung.

          Kemudian si Han buat berlakon jalan rapat-rapat dengan Siti dan berlalu pergi dari Fika, dan baru dia sedari yang pekerja baru  itu memegang sekuntum bunga ros putih.  Perasaan Fika yang tiba-tiba terperanjat bengang , “Ooiii… Encik Izhan ni dah buka kebun bunga baru ke?” Si Han hanya menoleh dengan senyuman dendam.

Maka tinggallah Fika keseorangan tanpa dapat melaksanakan hasrat hatinya hari ini. Fika mengeluh sendiri , “Menyesalnya aku suruh dia buat temuduga tempoh hari eeeiiii… menyesalnya !” Namun kesalannya sudah terlambat kerana lihatlah hasilnya sekarang di mana betapa romantiknya si Han melayan kekasih barunya.

Masa berlalu, si Wan sudah sampai di perkarangan restoran Steak House yang biasa mereka adik-beradik makan dengan Syafika. Wan memarkirkan motor besar barunya itu , dia dapat lihat Vitara abangnya sudah berada di perkarangan parkir restoran itu.  Wan membetulkan pakaiannya. Seperti biasa dia dengan jaket kulit dan seluar jeansnya berimej ala rocknya. Wan jug tidak lupa memeriksa dalam jaketnya sekuntum bunga ros merah yang telah siap dibungkus, dia sengaja meletakkannya di dalam jaket untuk memberikan kejutan maklumlah mungkin hari ini abang Han dia akan memperkenalkan seseorang yang bakal menjadi kakak iparnya. Tentu si gadis misteri itu cukup istimewa, apakan tidak abangnya berani buang tabiat menduakan Kak Syafika. Kerana itulah si Wan membelikan sekuntum mawar itu sebagai penyataan alu-aluan kehadiran orang baru dalam hidup abangnya. Wan tidak tahu sangat dengan pemilihan warna ros itu, harap ianya tidak disalah anggap apa-apa kerana warnanya.
                                                                                      H6p11
Manakala di dalam restoran itu, si Han dan Siti Nur sedang berbual begitu mesra sekali. Maklumlah baru kenal rapat, Siti begitu tertarik dengan cara lagak si Han yang baik dan amat mesra sekali tutur bicaranya. Terpikat Siti sambil masyok perhatikan cara Han bercakap begitu romantik, terpegun sekali Siti dibuatnya. Terbayang-bayang di pemikiran Siti akan kehadiran dua orang kakaknya yang sedang berdiri dan menunjuk aksi marah tidak puas hati dan memberikan amaran agar jangan terpikat hati dengan si Han. Namun Siti melayan asyik percakapan bersama Han itu.

Wan ketika itu berada jauh dari meja Han dan Siti itu dapat melihat kelibat si gadis manis bersama abangnya itu. Terasakan dia pernah melihat wajah gadis itu entah di mana. Terbayangkan di kotak fikiran si Wan akan pasangan itu berada di persandingan. Semakin si Wan menghampiri tempat itu maka ternampaklah dia akan sekuntum ros putih yang berada di atas meja berdepan dengan si gadis itu. Ini membuatkan si Wan serba-salah kerana dia pun membawakan benda yang sama. Maka itu Wan ambil keputusan untuk tidak akan memberikan hadiah rosnya itu. Tentunya sekuntum ros yang tidak berbalut mempunyai makna yang lebih bererti dan mendalam daripada kuntuman yang berbalut dan pastinya lebih romantik. Tiada niat untuk Wan merampas makwe abangnya itu walaupun suara hatinya berkata, “Wahh… cantiknya dia!”

Wan pun sampailah di meja itu dan dia menegur ringkas, “Hai…” Manakala pandangan Siti Nur Ain tertumpu kepada si pemuda yang baru sampai itu. Dalam hati Siti berdetak, “Aduhai… kacaknya dia.” Serentak Siti terbayang dua kakaknya senyum berdiri setuju di belakang Wan berdiri.
                                                                                      H6p12
Si Han yang tersedar akan kehadiran si Wan itu segera               memperkenalkan, “Hahh.. datang pun kamu Wan… perkenalkan ini pekerja baru syarikat abang… Cik Siti Nur Ain Ariff Baharuddin.” Sambil itu Wan cuma duduk mengambil kerusinya. Mata si Wan tidak berganjak dari memandang ke kuntuman ros putih di atas meja itu dan sesekali dia memandang ke wajah si gadis itu. Gelora perasaan cinta tidak pernah hadir sebelum ini semenjak dari putus dengan Salina, kekasih zaman persekolahannya itu. Tidak puas hati si Wan memujuk diri agar tidak terjatuh cinta kali ini… apatah lagi teman istimewa abang Han sendiri.

Wan cuba memperkenalkan diri, “Saya Kamal Irwan… panggil Wan sahaja.” Dengan senyuman Wan yang kacak sekali. Manakala Siti hanya termampu tersenyum kerana pasrah di hadapannya kini dua pemuda yang memikat hatinya- seorang kemas dan segak, seorang lagi ringkas tapi memikat jiwanya. Terasakan Siti bagaikan dia berada di alam fantasi, dia tidak tentu arah – si Han matang dan amat baik manakala si adiknya itu cukup kacak lawa dan charming. Walaupun Siti tidak pernah berkenal dengan si Wan tetapi dia yakin si adik Han itu pun perangai mesti macam abangya juga – baik dan romantik.

Masa berlalu, mereka pun makan tengahari bersama. Mereka tidak banyak bercakap ketika sedang menjamu selera itu. Namun mata si Wan dan Siti sekali sekali-sekala bertentang juga. Selesai acara makan itu, si Han memulakan perbualan, “Bagaimana pendapat Siti tentang kami berdua?”

Panik pemikiran Siti apabila si Han meminta pendapatnya, tersipu malu si Siti apatah lagi dia memandang si Wan yang senyum manisnya. Nampaknya saham kedua adik-beradik itu sama tinggi. Lalu secara spontan Siti berkata, “Entahlah… komen saya… macam itu abangnya, macam itu jugalah si adiknya.” Kata-kata Siti cukup tergantung. Dan kemudian Siti pandang ke Han dan tanya “Adakah awak berdua ni adik-beradik kembar tak seiras?”
“Kalau saya cakap… kami ni kembar… Cik Siti percaya?”
“Iya… saya percaya… Tapi saya pernah dengar orang kata pasangan kembar lebih  cenderung jadi couple… ya… yang dot dot tu lah.” Kata-kata Siti tersekat-sekat kerana mengatakan satu isu yang sensitif.                                                                             H6p13
“Habis… apa mereka kata kalau kami adik-beradik kembar?”
Tiba-tiba si Wan berkata-kata hendak menduga si gadis itu.
“Alah segan saya nak cakap.” Siti keseganan betul dengan si Wan. “Cakaplah… saya mahu mendengar sendiri  pendapat awak.” Kata-kata Wan itu menjadikan suasana panas dan tegang.

          Namun si Han mengambil jalan tengah menjadi pendamai, “Sebenarnya Cik Siti, saya dengan si Wan jarak masa kelahiran Cuma dalam masa 6 minit…. Opss silap… 6 tahun sebenarnya. Siti sebaya umur dengan Wan.” Siti dan Wan berpandangan bila terdengar satu persamaan di antara mereka berdua.
“Oh begitu……..”Kata Siti.

“Dan jika awak perhatikan betul-betul, ada satu perkara yang nyata berbeza di antara saya dan abang saya.”
“Apa dia tu?” Siti begitu tertanya ingin tahu.
“Saya ni tidak cukup tinggi beberapa cm daripada abang saya.” Kata-kata si Wan itu cukup memberi jenaka kepada Siti. Siti tergelak kecil.

“Apa pendapat Siti tentang adik saya ni?” Tanya soalan cepumas si Han.
“Saya rasa Wan cute sangat dengan lagak lawaknya.” Kata spontan Siti secara tidak langsung memuji Wan.
“Untuk pengetahuan Cik Siti… si Wan ni salah satu kartunis berbakat besar di tanahair kita sekarang.” Umum kata si Han.

“Iya ke?… Siti selalu ingatkan pelukis kartun selalu badan besar dan tidak handsome.” Kata terkejut Siti dalam ceria.
“Nampaknya saya ni tidak handsomelah.” Kata Wan merendah diri.
“Eh… awak handsome apa… Siti Nurhaliza pun boleh terjatuh cinta dengan awak.” Kata puji Siti setelah silap tersebut kata-hatinya tadi.
“Apa ni… habis tu saya macam mana pula?” Tanya si Han seakan tidak puas hati.
“Encik Han tetap jejaka paling handsome di Malaya ni.” Kata puji Siti.                                                                                  H6p14
“Ni dah tahun berapa ni?” Tanya lawak si Han. Mereka sama-sama tertawa gelak. Namun dalam hati si Wan terasakan sesuatu yang tidak kena di penjuru hatinya. Hatinya berdetak namun si gadis itu telah menjadi milik abangnya, jika tidak apakan tidak abangnya akan membawakan si gadis itu untuk makan tengahari bersama mereka.

          Masa berlalu, si Wan kini berjalan sendirian di sebuah taman rekreasi. Perasaannya cukup berkecamuk dan dia cuba mengubat hatinya sendiri. Ketika itu ramai juga yang datang berkunjung ke taman itu. Wan duduk di bangku batu tepian tasik sambil perhatikan burung undan berenang-renang. Dia begitu memerhatikan dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba, muncul di hadapannya si gadis comel si kecil berusia empat tahun dan bertanya, “Abang, abang, kenapa abang ni bersedih?” Kata-kata si comel itu begitu tulus bersama juga dengan budak lelaki sebaya yang mungkin saudaranya.

          “Abang tak bersedih… abang cuma duduk termenung aje.” Si Wan melayan pertanyaan si kecil. Si kecil lelaki seakan menarik-narik tangan si kecil perempuan untuk ke tempat lain. Wan teringat akan sesuatu iaitu sekuntum bunga ros yang masih tersimpan rapi di dalam poket dalam jaketnya itu. Lalu dia memberikannya kepada si gadis kecil itu. Si gadis kecil itu seraya berkata dengan kepelatannya, “Terima kasih abang ni bagi bunga kat saya.”
“Sama-sama…”

          Kemudian terdengar suara seorang wanita mungkin si ibu mereka, “Siti, Iwan, mari sini kat mak… janganlah kacau abang tu…” Wan terkejut apabila mendapati wanita itu cukup mempunyai iras wajah arwah ibunya… adakah kebetulan atau satu petanda daripada Ilahi memberitahu sesuatu.
                                                                                                H6p15
          Maka berlarian kedua si kecil ke arah wanita misteri itu. Si gadis kecil tidak lupa memberitahu yang di mendapat bunga dari Wan. Manakala si Wan tunduk sedih kerana teringatkan seorang wanita yang melahirkannya tetapi tidak pernah mendapat kasih-sayang daripadanya kerana mengorbankan nyawa kerana mahu melahirkannya. “Ibu… maafkan Wan, kerana Wan… ibu terpaksa pergi.”

          Hari-hari berlalu, si Wan kini berada di syarikat penerbitan produksi majalah komik. Dia tekun sekali melakukan lakaran kartun popularnya. Kelihatan gambar kecil dia dengan Han dan Fika dan juga gambar kenangan arwah ayah dan ibu ketika di satu perkelahan tepi pantai ketika abangnya masih budak kecil lagi.

          Manakala di sebuah kedai stationary besar di satu kompleks membeli-belah tersohor-Suria KLCC, kelihatan si Han dan si pekerja baru- Siti Nur Ain baru sahaja selesai membeli alat-alat stationary untuk kegunaan pejabat mereka. Banyak juga barang yang dibeli iaitu 3 plastik besar. Kebetulan pada masa yang sama di kawasan berhampiran si Fika sedang berjalan dengan sepupunya yang datang dari Johor Bahru hendak pergi berkunjung ke kedai buku Kinokuniya.

          Dalam perjalanan, maka bertembunglah antara keduanya pasangan itu. Ketika itu si Fika dan sepupunya hendak memasuki gedung buku itu. Han menegur, “Ehh.. Cik Syafika.. nak beli buku ke?”
“Memanglah… saya ni kan… pembaca setia buku novel. Eh awak tu.. takkan datang sini beli stationary je?” Fika perli Han.
“Ni.. untuk kegunaan pejabat.” Jawab lurus bendul si Siti Nur.
          Si Han membalas balik, “Eh… tentu sekali tidak… kami lepas ni nak pergi beli barang-barang dapur pulak…” Siti Nur terperanjat dengan kata-kata akhir bossnya itu.

          “Apa Han?” Tanya Siti Nur dengan spontan tetapi si Han dengan cepat menambah cerita. “Ayang dah lupa ke tadi… ayang nak masak untuk makan malam ni.”

                                                                                                H6p16


Han & Wan 07



          “Nak masak untuk makan malam? Boleh percaya ke anak gadis moden zaman sekarang… nak masak konon.” Kata perli si Fika.
“Eh kenapa tidak… Cik Fika boleh datang rumah malam ni… bolehlah nak rasa masakan orang Melaka… datanglah dengan teman awak ni…” Kata Han melalut jauh.
“Perkenalkan ini bodyguard saya, Encik Zaid Ibrahim.” Fika memperkenalkan sepupunya. Si Han dan Zaid keduanya berjabat tangan, sebelum itu si Han yang terpaksa memberikan sementara beg plastik kepada teman sebelahnya kelihatan amat romantik sekali menyebabkan Syafika bertambah rasa cemburunya.
“Jangan lupa datang malam ni Encik Zaid, ya.” Jemput Han secara rasmi.

          “Semestinyalah…” Kata jaminan Syafika sambil buat mengada-ngada dengan sepupunya- pegang tangan romantik sekali sambil masuki kedai buku itu. Sepupunya terperanjat juga dengan tindakan Fika itu kerana tidak ada ikatan cinta langsung di antara mereka berdua mereka berdua sebelum ini. Siti dan Han berlalu.
          Di dalam kedai buku itu, sepupu si Fika bengang semacam dengan perangai mengada si Fika tadi, “Eh sepupu… sejak bila engkau ni jadi buang tabiat ni… mati aku kalau tunang aku nampak.” Kata Zaid.
“Alah… maafkan Fika, abang Zaid. Fika sakit hati sangat dengan perangai dia tu.” Mengadu Fika.
“Kau nak tak, kalau abang belasah si Han Akmal tu.”
“Tak payahlah bang… Fika nak belasah hatinya pun sudah cukup.” Kata Fika bertekad walhal hatinya sudah remuk hancur berkecai kerana memikirkan si Han telah menjadi hak milik orang lain!
                                                                                                H7p01
          Manakala si Han masih berjalan bersama-sama dengan Cik Siti meninggal jauh kedai buku tadi. Apabila mereka telah jauh si Han memberitahu satu rancangan tergemparnya. “Cik Siti, awak boleh masak tak?… Tolong... tolong cakap yang awak boleh masak.” Tanya si Han agak terdesak.
“Encik Han… semuanya terjadi so suddent, saya tak sedialah ni…” Kata-kata Siti sedikit keberatan.

          “Tolonglah saya, Cik Siti Nur Ain.” Sambil si Han buat lagak romantik merayu seperti sang penyair agung yang sedang merayu bulan. Siti tersipu-sipu malu kerana lagak romantik si Han berlutut merayu menyebabkan orang di sekeliling melihat kelakuan luar jangka si Han itu.
Okay… okaylah saya akan masak.”

          Masa berlalu, kini Han dan Siti berada di bahagian groceries gedung membeli-belah itu. Kalau tadi mereka bersusah-payah memegang angkut beg plastik besar tetapi kini mereka berjalan dengan troli besar. Mereka bersama-sama menolak troli itu bagaikan satu pasangan. Sambil melihat-lihat bahagian sayur,

          “Encik Han mahu saya masak apa?” Tanya Siti.
“Itu ikut Sitilah… asalkan sesuai untuk makan lima orang.”
Okay kalau macam tu… saya akan cuba masak tomyam campur dan nasi putih berlauk ayam masak merah… itu resepi istimewa keluarga saya.”
“Nampaknya, sekarang ini pun saya dah berselera nak makan ni.” Kata gembira si Han kerana ‘pilihan’ dia kali ini memang tepat.

          Di tempat sayur terpamer itu, sambil Siti mendapatkan sayur yang dia mahu. Sempatlah si Han buat kelakar dengan sayur-sayur. Seperti buat tanduk dengan batang lobak merah dan janggut Santa Claus dengan daun parsli. Siti tergelak ketawa dengan gelagak si Han itu.                                                                                    H7p02
          Siti begitu terhibur dengan gelagat Han yang begitu romantik sekali tetapi entah kenapa di fikirannya terlintas bayangan si Wan pula berdiri berhampiran dengannya. Namun Siti terus lagak biasa melayan kerenah si Han.

          Kejadian di bahagian sayur itu dapat disaksikan jelas oleh si Syafika dan sepupunya. Gelagat romantis si Han dan kegembiraan yang terpancar di wajah Siti itu membuatkan Syafika amat cemburu. Juga kedengaran dari jauh ketawa Siti. Fika seakan hendak menangis sakit hati menyebabkan sepupunya juga bersimpati. Fika membisikkan sesuatu kepada sepupunya.

          Setelah sudah bahagian sayur maka bergeraklah si Han dan Siti ke bahagian rak-rak rempah-ratus. Dalam perjalanan melihat-lihat bahagian itu maka terserempaklah mereka dengan Fika dan sepupunya yang sedang membuat satu aksi romantis juga iaitu Zaid yang berbadan besar itu mengangkat tubuh si Fika untuk mengambilkan barang di rak teratas. “Eh, bang…. Angkatlah tinggi lagi.” Lagak kata si Fika.

          Si Han ketika itu terasa gelora cemburu juga.  Siti yang juga menyaksikannya tidak tahu-menahu yang kedua Han dan Fika mempunyai hubungan sebelum ini.

          Masa berlalu, Wan baru sampai di kawasan parkir persendirian apartmennya. Wan kemudian mengambil surat di pigeon-box seperti kebiasaannya. Terdapat dua tiga surat. Kemudian Wan menaiki tangga ke atas, bila sampai di depan pintu rumah. Dia dapati pintu itu tidak berkunci dan berada sedikit terbuka. Wan memasuki rumah berada di ruang tamu, dia perasan akan bunyi kedengaran orang memasak di dapur dan sepasang kasut wanita di muka pintu rumah. Wan berbisik sendiri, “Eh… akak Fika ke, datang?” Kemudian Wan buat macam biasalah, dia menjerit…
“Kakak… Wan balik!! Dah lama akak sampai?”
                                                                                                h7p03
          Siti yang berada di dapur ketika itu tergamam seketika bila dia terdengar suara jejaka itu bukannya si bosnya-Han. “Dah lama jugak!...” Jerit Siti menjawab disebalik bunyi bising gorengan sayur membuatkan tidak perasan empunya suara itu. Si Wan berada di kerusi sofa ruang tamu meletak surat ke atas meja ruang tamu. Kesemua surat itu tentunya surat dari peminat abangnya. Dia membuka kasutnya dan meletak di atas rak kasut. Kemudian Wan terus masuk dalam biliknya tanpa mengetahui siapa sebenarnya yang berada di dapur rumahnya itu.

          Di biliknya Wan bersalin pakaian untuk mandi, dia hanya memakaikan tuala besar membelit badannya. Sambil Wan keluar dari bilik menuju ke bilik air, dia terus menegur sapa ‘akaknya’ itu.

“Kenapa kakak lama tak datang?”

“Sibuk…” Kata ringkas Siti yang mulai seronok menyamar diri.
“Eh kenapa suara lain je akak, Wan dengar?”
“Demam…”
“Abang dah hantarkan akak ke hospital, tak?”
“Belum…” Tersengih-sengih sendiri Siti kelentong. Ketika itu Wan sudah memasuki bilik air dan menutup pintu.
“Abang memng tidak boleh diharap, kak…” Sambil Wan mulai mandi shower.
“Akak sakit sakit pun, abang tak boleh tolong hantar akak jumpa doktor. Abang memang selalu buat tak kisah tentang orang lain.” Kata membebel Wan tidak puas hati tentang sikap abangnya.

Wan memberhentikan pancuran shower untuk bersabun pula. Dia cuba menekan botol sabun cairan tetapi telah habis. Bengang juga Wan dibuatnya kerana bulan ini adalah giliran abangnya untuk menukar ganti. “Tengok! Sabun mandi dah habis pun tak berganti… abang Han memang tak boleh diharap langsung… bulan ni giliran dia ganti… macam mana saya nak mandi ni… takkan nak jadi kerbau pulak.” Siti terdengar jelas leteran si Wan tersenyum gelihati.                                                           H7p04

“Akak!!”

“Ya…” Siti berasa curious.
“Boleh tak akak tolong ambilkan sabun mandi spare dalam placard yang di atas blender tu.” Permintaan Wan.
“Ya, kejap…” Kata Siti kepanikan mencari sekejap. Apabila melihat blender pengisar, lalu dia membukakan placard di bahagian atas, maka terjumpalah ketulan sabun mandi back-up. Siti ambilkan satu. Wan keresahan lama menanti…
“Dah jumpa ke belum, kak?” Jerit si Wan dalam bilik air.
“Dah… kejap.” Jawab ringkas Siti. Maka si Wan membukakan sedikit pintu bilik air dan menjuntaikan tangannya ke luar. Siti cepat-cepat mengunjukkan ketul sabun itu.

          Tanpa disengajakan ketika bertukar tangan antara kedua itu maka berlaku persentuhan. Dengan spontan si Wan meminta maaf, “Oppss, sorry kak… tersentuh tangan.” Dalam pada itu hati Siti yang tersentuh. Ternyata si Wan seorang yang begitu baik memikat hati Siti. Kemudian Wan menyambung kembali mandiannya. Dan Siti pula kembali memasak di dapur.


          Masa berlalu, Siti sibuk berulang-alik di antara dapur dan meja makan membawakan hidangan. Manakala si Wan baru saja menghabiskan mandiannya. Ketika Siti sedang membawakan mangkuk besar nasi, dalam pada itu si Wan keluar dari bilik air. Maka berlakulah pertembungan di antara kedua mereka. Si Wan terperanjat besar kerana yang disangka akak Fikanya, rupanya awek baru abangnya. Si Siti senyum tersipu aje melihatkan anak teruna itu.
                                                                                                H7p05
          “Eh awak?” Sambil si Wan menutup dadanya dengan sebelah tangan dan menutup pusat dengan satu lagi tangan kerana dia hanya memakai tuala. Si Wan segan betul dengan anak dara itu.
“Opss..sorry, maafkan saya.” Dalam sekilas pandangan itu, Siti perasan akan tubuh si Wan yang sederhana tapi mantap dan seksi.

          Kemudian cepat-cepat Siti buat-buat pandang ke arah lain manakala si Wan beransur perlahan ke biliknya. Siti pula beransur ke meja makan dan mereka saling tidak berpandangan tetapi mereka bercakapan di antara satu sama lain.
“Mana abang Han?”
“Abang awak keluar sekejap pergi beli buah… ehh siapa kakak yang awak cakapkan tadi?” Tanya pula Siti. Ketika itu hanya ada dua teruna dara di rumah itu.
          “Oh… kakak… kakak sepupu kita orang. Biasanya seminggu sekali dia akan datang masak makan malam.” Temberang si Wan tanpa menyebut nama akak Fikanya.

          Wan bersegera masuk bilik dan menutup pintu. Wan terasa perasaan berlainan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini kecuali terhadap Salina. Wan memarahi dirinya kerana tidak berhati-hati dan terlalu cuai tadi.

          Wan berasa amat bersalah kerana cuai memperlihatkan dirinya separuh tidak berpakaian kecuali akak Fika. Tetapi berlainan dengan kak Fika kerana Wan mengenali daripada umurnya 15 tahun lagi. Terasakan seperti kakak kandung sendiri.

          Dahulu ketika mula pindah ke bandar untuk tinggal bersama abangnya, Syafika pernah mengambil tugas menjaga si Wan kerana si Han menjalani kursus di Jepun selama 6 bulan. Dalam tempoh itu, si Wan kena demam panas yang teruk. Maka Fikalah yang menjaga makan-minum si Wan. Sememangnya Fika sudah beranggap si Wan sebagi adik sendiri kerana dia sendiri tidak mempunyai adik lelaki.

          Wan pantas segera bersiap memakai baju dan seluar, ringkas sahaja dia memilih, cuma t-shirt kuning yang ditight-in dengan seluar jeans. Wan kemudian pantas menyikat rambutnya dan keluar dari biliknya.                                                                   H7p06
“Eh cepatnya awak pakai?” Hairan si Siti, sambil itu si Wan ke meja makan untuk membantu Siti menghidang masakan.
“Saya kan superman…” Kata lucu si Wan membuat Siti tergelak.
“Habis, siapa Lois Lanenya.” Tanya lawak Siti.
“Dah kena tinggallah…” Jawab kelakar si Wan.
“Kesiannya…”
“Tak apalah… tugas banyak tolong orang… boleh saya bantu awak... Cik Siti Nur Ain?”
“Alah.. awak panggil saya… Siti aje.”
Okay… mana abang Han ni?”
“Abang awak pergi kedai bawah tu…” Sambil Siti mengunjukkan lima biji pinggan kepada Wan tetapi raut wajah  Siti sedikit berubah terkejut. Wan kehairanan… “Kenapa Cik Siti?”

          “Saya agak Superman Malaysia pakai cawat kuninglah.” Jawab Siti dalam bentuk kiasan.
“Apa? Cawat?” Wan hairan tetapi kemudian perasan ianya dituju kepadanya lalu dia sedari yang dia terlupa memasang butang button-fly jeansnya itu maka menampakkan warna baju ditight-in.

          “Alamak… masa untuk selamatkan orang!” Kata kelakar Wan sambil menutup tengah seluar dengan sebelah tangan dan dia cepat-cepat masuk ke dalam biliknya untuk memasang semula button-flynya itu. Tersenyum aje Siti dengan gelagat Wan yang kaya dengan lawak serupa dengan si Han juga.

          Ketika itu jugalah si Han pulang ke rumah membawakan buah-buahan campur, 3 botol besar F&N oren dan sejambak bunga ros merah. Siti di meja makan mesra menyambut, “Dah sampai pun awak.”
                                                                                                H7p07
          “Ada apa-apa saya ketinggalan?” Tanya Han. Serentak dengan si Wan yang keluar dari biliknya. Kebetulan ketika itu abangnya sedang memhulurkan kepada Siti jambakan bunga gubahan itu dengan penuh romantik sekali. Tersedar dengan kehadiran Wan, si Han terkejut sedikit, “Eh dah balik pun adik abang.”
          Si Wan menghampiri abangnya dan mereka berbual di meja makan itu. Manakala Siti membawakan jambakan bunga itu ke dapur untuk diletakkan ke dalam bekas.

          “Siapa lagi abang jemput untuk makan malam, banyak hidangan lauk ni?” Tanya ingin tahu si Wan.
“Kakak Fika kamu dengan pakwe barunya.”
“Habis bagaimana abang dengan kak….” Tanya Wan tidak sempat dihabiskan apabila si Han memberikan isyarat ‘ssyyy’ kepada Wan memandangkan ketika itu serentak Siti membawakan jambangan bunga.

          Masa berlalu, majlis makan malam pun berlangsunglah. Dalam pada itu, Wan perasan malam itu dihadiri oleh dua pasangan dan dia seolah menjadi pengerusi majlis. Wan teringat hubungan lama di antara abangnya dan kak Fikanya. Manakala sepanjang makan itu, sekali-sekala mata si Wan dan Siti Nur Ain bersetentang. Keduanya teringatkan peristiwa lucu yang tak disangka sebelum ini. Si Han melihat dengan penuh kesangsian. Syafika pula jelas kecewa terbayang di matanya. Syafika dan Han masing-masing berlumba menunjukkan sikap romantis bagi menyakiti antara satu sama lain.

          Hari-hari berlalu, Wan melakukan rutin kerjanya sendiri kini. Dia tidak lagi pergi makan tengah hari dengan abangnya tetapi dengan rakan-rakan sekerja di syarikat majalah penerbitannya. Ketika dia sibuk dengan kerja-kerja melakar kartunnya, si Wan terbayang wajah si teman baru abangnya. Wan bertekad untuk tidak melibatkan diri untuk bertemu dengan gadis itu. Wan mahu menjadi hati dan perasaan abangnya yang telah banyak berkorban untuknya.
                                                                                                H7p08
          Wan tidak akan sesekali menganggu-gugat kedudukan abangnya kerana abangnya berhak untuk mempunyai yang terbaik. Wan masih teringat ketika dulu di mana abangnya berusaha keras untuk berjaya. Abang Han telah memulakan kerjaya dari bawah, dia sanggup melakukan kerja biasa di sebuah pasaraya sebaik sahaja habis SPMnya. Abangnya pernah memberitahu akan tekad untuk membawa kejayaan kepada keluarga yang telah lama hidup merana dan daif selepas kematian ayah mereka. Nampaknya kini abangnya telah berjaya. Sudah hampir 5 tahun Wan tinggal bersama abangnya dan dia mendapat segala kemewahan daripada abangnya. Pokoknya Wan terlalu dimanjakan, semuanya Wan tak minta tetapi abangnya yang memang begitu.

          Tetapi satu kekurangan nyata ada pada abangnya iaitu Han sudah seperti melupakan famili terdekat di kampung. Wan pernah menyaksikan yang abangnya pernah berjanji untuk membantu Mnak Ngah dan Pak Long sekeluarga jika dia berjaya suatu hari nanti. Dan pernah Wan mendengar dari mulut abangnya sendiri menyebut tentang menebus semula tanah pusaka dan rumah besar- Istana Impian milik ayah mereka. Dan janji hanya tinggal janji…

          Masa berlalu, hari sudah menjelang malam, Wan dalam perjalanan pulang. Setelah meletak motornya yang menjadi hadiah abangnya bersempena kejayaan STPMnya, Wan pergi mengambil surat di peti surat apartmen… Wan mengeluh sendiri… “Tengoklah abang ni, masa turn dia pun malas nak ambil surat.”
          Nampaknya ada 3 surat, satu surat bersampul besar dan satu bercop tanda ‘UniPutra’ untuk Wan manakala satu surat rasmi yang ada cop ‘mahkamah persekutuan’ untuk Han.

          Apabila Wan memasuki rumahnya, dia dapati abangnya sedang sibuk menggunakan komputer notebooknya untuk menaip tugasan pejabatnya di kerusi sofa ruang tamu rumah. Wan duduk di sofa manakala abangnya masih keasyikkan membuat tugasannya.                                                                            H7p09
“Abang… surat!”
“Ops lupalah abang nak ambil…” Kata si Han manakala Wan meletak surat di tepi notebook abangnya.
“Nampak ada cop mahkamah…” Namun abangnya seperti tidak memperdulikan surat itu. Wan pula mula membuka surat bercop universiti itu.
“Eh… abang tak nak ke bukak surat tu?” Tanya Wan kehairanan.
“Tak… saja nak surprise kamu nanti.” Kata Han yang penuh misteri.
“Apa kaitan dengan Wan?… takkan ada kes hak jagaan pulak, Wan dah umur 20 tahun.” Sambil Wan meneruskan agenda untuk membaca suratnya. Si Han terus leka dengan kerjanya. Tiba-tiba raut wajah si Wan berubah dan dia jerit, “Yess….”
“Hooiii… apa yang gembira sangat tu, brother?”
“Wan dah berjaya dapat kursus penulisan kreatif di UniPutra.”
“Wahh… tahniahlah buat adik abang ni. Tapikan abang sekarang ni sibuk sangatlah… tidak bolehlah abang nak bagi pelukan tahniah.”
“Heeii… tak payahlah… rimas Wan dibuatnya.” Sambil Wan kemudian membukakan surat besar yang tentunya daripada kekasihnya dulu- Salina. Terdapat satu kad besar dan satu lagi kad kecil. Wan baca kad yang kecil dahulu, rupanya kad jemputan perkahwinan Salina.

          Wan kemudiannya bertukar mood pula apabila dia membacakan satu persatu perkataan dalam kad kecil itu. Wan sugul dan sugul. Si Han hairan, “Hey... kenapa pulak ni… kad amende tu?”
“Kad jemputan perkahwinan Salina minggu depan…” Kata sugul Wan memberikan kepada abangnya kad kecil itu manakala dia membawa ke dalam bilik kad yang besar. Si Han menunjukkan wajah simpati dengan adiknya itu.
                                                                                                H7p10
          Wan berada di kamarnya sambil membacakan kad besar itu yang ditulis sendiri oleh Salina. Tercatat, “Kepada Kamal Irwan, Maafkan Lina dengan apa yang telah terjadi tempoh hari. Awak adalah lelaki terbaik yang pernah Lina temui. Mungkin di antara kita tidak ada jodoh untuk bersama. Ketahuilah Lina masih menyintai diri Wan namun Lina tetap akur dengan pilihan keluarga. Sudilah ke majlis perkahwinan Lina jika Wan masih cintakan Lina. Lina reda melihat Wan datang dengan seorang yang lain… Anggaplah hubungan di antara kita sebelum ini adalah sahabat sejati dan bukannya sebagai kekasih… Love U – Salina”

          Wan berasa begitu hambar perasaannya kini… kemudian dia membukakan stereo Sonynya. Kebetulan kedengaran lagu ‘Dia’ nyanyian Fauziah Latiff dari stesen RMKL. Wan terlena masih terbayang wajah Salina.

          Beberapa hari kemudiannya, di waktu petang. Ketika Han sibuk mengemas rumah, ketika dia masuki bilik Wan untuk vacuum. Dia terjumpa surat Lina di atas meja studi si Wan dan dia membacanya. Han terharu atas apa yang terjadi kepada adiknya… namun dia sudah ada satu rancangan besar untuk adik tunggalnya itu.


          Tarikh hari perkahwinan Salina pun tiba, waktu pagi ketika sama nak pergi kerja si Wan tidak lupa memberitahu akan jemputan kenduri kahwin di rumah Salina itu, “Abang janji datang sama ke rumah Lina nanti? Ingat tengah hari ni... tau.”
“Err… abang pergi.”
“Abang jangan buat-buat lupa lak… nanti malu Wan sorang kat sana.” Amaran si Wan.
“Kalau macam tu… telefonlah abang masa kamu nak pergi tu.” Kata Han memberikan kepastian komitmennya. Wan tidak berapa sangat percaya cakap abangnya itu. Selalu lupa janji.
                                                                                                H7p11
          Menjelang tengahari, jam studio tempat Wan kerja menunjukkan 12.00 p.m. tepat Wan keresahan menantikan masa berlalu di meja lukisnya. Serba tak kena dia buat kerja. Wan berasa sudah tiba masanya untuk dia menelefon abangnya, dia telefon pejabat abangnya. “Hello… cik Ida, ini Kamal Irwan. Abang Han sana ada tak?”
“Maaf adik Irwan, Encik Kamal sudah keluar untuk makan tengahari bersama client penting syarikat.”
What?… okay tak apalah.” Wan terkejut betul dengan penyataan setiausaha abangnya. Sudahpun Wan memberitahu abangnya di awal pagi tadi tapi Han buat lupa juga perancangan mereka hari ni.

          “Abang ni memang mudah lupa janji…” Keluh Wan sendirian. Kemudian dia cuba mendail nombor telefon bimbit abangnya itu tetapi telah di offkan. Wan hairan betul… Kemudian dia cuba mendail nombor pusat operator kelui abangnya. “Hello operator, boleh mesej pesanan pager ke nombor 015….”

          Sebenarnya pada ketika itu, Han berada dalam 4-WD Vitaranya di perjalanan ke suatu tempat. Dia memandu dengan tenang sahaja dan di sebelahnya adalah… Cik Siti Nur Ain Ariff yang cantik itu. Siti semacam tertanya-tanya tidak mempunyai idea ke arah mana vitara itu akan pergi.

“Eh.. ke mana Encik Han nak bawa saya ni?”

“Sabarlah dulu… saya akan membawa Siti ke satu tempat makan yang paling meriah di Kuala Lumpur sekarang ni…” Kata Han yang penuh misteri.
What?... Siti tak fahamlah apa yang encik Han cakap.” Kata hairan Siti penuh suspense aje.

          Dalam pada itu, kelui BuzzWord si Han berdetik. Bila Han tengokkan teks yang tertera. “Opss, sebenarnya saya lupalah satu temujanji dengan client utama syarikat dekat Damansara Utama… nampaknya tak bolehlah saya nak bawa awak ke tempat makan tu.” Kata berpura si Han merancang sesuatu.                             H7p12
“Tak apalah… saya tak kisah, hari lain kan boleh…”Kata Siti tidak kisah dan tidak tahu apa sebenarnya perancangan si Han sebenarnya.

          Kemudian dengan tiba-tiba kenderaan vitara itu berhenti di tepi jalan dekat dengan sebuah hentian teksi. Kelihatan Cik Siti turun daripada kenderaan itu. Si Han memberikan duit RM 50 dan telefon bimbitnya. “Maafkan saya Siti sebab terpaksa biarkan awak balik semula ke pejabat sendiri. Dan ini duit tambang teksi…” Kata Han terus memecut dengan vitaranya.

          Terpaksalah Siti duduk seorang diri di hentian itu. Siti semacam sedih aje. Baru tadi dia gembira kerana si Han mengajak untuk makan tengah hari, akhirnya dia pula yang kena tinggal.

          Maka dengan kehampaan Siti menanti teksi itu. Manakala si Han dalam perjalanannya seakan gembira, bersorak “Yess!….” Manakala teks di kelui itu tertera… ‘Ingat jamuan kahwin Lina-Wan’.


          Semasa sedang Siti duduk sedih itu, tiba-tiba telefon bimbit Motorola Clamshell itu berdetik. Kehairanan Siti memikirkan siapakah yang menelefon… Siti cuma terfikirkan si Han yang telefon. Tersenyum Siti sendiri kerana memikirkan bossnya itu begitu prihatin terhadap dirinya. Siti menjawab, “Hello.”
“Hello… eh siapa ni?” Suara Wan yang kedengaran terperanjat dengan kemunculan suara seorang gadis menjawab.
“Eh… siapa pula awak?” Tanya balik Siti yang terkejut juga.

          “Ini Kamal Irwan, adik Izhan…”
“Eh… Wan, ini Siti Nur Ain ni…”

“Mana abang Han?”

“Dia tak ada sini… dia dah pergi jumpa satu client syarikat di Damansara Utama.”                                                                H7p13
“Habis… awak kat mana sekarang?”
“Saya ada kat satu hentian teksi… Han baru teringat temujanji dengan client tu… maka tidak jadilah kami nak pergi makan tengah hari.”
“Apa?… Abang Han tinggalkan awak di hentian teksi?… Kurang asam betullah abang Han… Hentian teksi kat mana tu?”
“Saya di sekitar Jalan Kekabu 5.”
Okay… tak apalah, nanti saya jemput awak kat sana.” Kata Wan cuba menyelamatkan keadaan.
Okay… saya tunggu.” Kata Siti kelegaan.

          Wan tidak percaya panggilan telefon kepada abangnya diangkat oleh seseorang yang cuba dielakkan untuk berjumpa. Tetapi memang tidak boleh dielakkan untuk bertemu kali ini kerana gadis itu dalam kesusahan kini. Bengang betul si Wan dengan sikap abangnya, apa tidaknya tinggalkan awek sendiri macam tu jer.

          Wan bergegas mencari topi keledar spare rakan-rakan sekerjanya. Kemudian dia jerit… “Toyon, boleh gua pinjam helmet spare lu, sekejap.” Dan semua rakan kartunis tertumpu ke arahnya dan semua bertepuk tangan. Kerana kalau sebut pasal helmet spare tentu sekali untuk bawa awek naik motor. Kedengaran rakan sekerja jerit, “Woihh! Tahniah si Wan kerana dah ada awek kini…” Maka Wan diam saja. Wan tidak lupa bawa kotak hadiah.

          Kemudian Wan dalam perjalanan, setelah menyusuri Jalan Kekabu barulah dia ternampak si gadis manis itu sedang duduk setia menunggu di hentian itu. Siti Nur terasa lega dengan kemunculan si putera itu. Begitu segak dan kacak gaya si penunggang motor besar Honda Shadow model 1996 itu. Siti terasa semacam dengan kemunculan jejaka itu. Apa tah lagi kedatangan orang itu untuk menyelamatkan keadaan. Wan membunyikan hon motor, lalu Siti pergi menghampiri…
                                                                                                H7p14
          Wan menghulurkan helmet spare berwarna merah itu, kebetulan pula helmet yang si Wan biasa pakai juga warna merah. Aduhai sedondonnya. Wan berbaju jaket biasanya tetapi Siti berkemeja chemesier berwarna kuning ( macam dalam album Pancawarna 1999 ). “Awak okay?” tanya ringkas Wan apabila Siti mula duduk di belakang.
Okay.” Apabila Siti bersedia dan motor besar itu mula bergerak laju.
          Setelah bergerak, motor itu berhenti di satu persimpangan trafik, lalu Siti bertanya. “Tadi awak telefon dari mana?”
“Dari syarikat komik saya…” Dengan motor mula bergerak bila isyarat sudah hijau. Oleh  kerana motor bergerak agak laju dan tinggi menyebabkan Siti terpaksa pegang sikit badan si Wan kerana takut jatuh juga. “Awak dah makan?” Tanya si Wan.

          Manakala Siti Nur tidak berapa dapat mendengar, “Apa? Makan?…. belum.” Jawab Siti teragak-agak kerana motor bising bergerak laju.
“Awak nak tak, ikut saya pergi ke satu majlis kenduri kahwin?”
“Apa? Awak nak ajak saya lari kahwin? Eh saya dah berpunya.” Jawab spontan Siti.
“Bukan…” Si Wan cuba menjelaskan. Wan ambil keputusan untuk memberhentikan motornya.

          Motor besar itu kemudian bergerak perlahan dan berhenti di tepi jalan di tepi sebuah taman bunga besar. Siti kemudian turun apabila motor berhenti. Wan juga turun dari motor untuk cakapkan sesuatu. Wan membukakan topi keledar, Siti pun begitu.
“Kenapa Wan, motor awak ada masalah ke?” Tanya Siti.
“Tak.. motor okay jer. Cuma tadi kan saya cakap kat awak… saya nak ajak awak ke satu majlis kenduri kahwin kawan sekolah saya.” Penjelasan Wan itu menyebabkan Siti baru sedar yang dia tersalah dengar tadi. Siti tersenyum kerana terasa kelakar dan si Wan pun senyum sama.                                                                        H7p15
“Oh begitu, saya okay jer. Tapi saya tak pakai baju kurung ni… boleh ke?”
“Saya tak kisah…” Kata Wan itu membuatkan Siti lega kerana Wan tidak kisah.
“Jummm…”Ajak Wan, motor bergerak laju semula.
“Siti!”
“Ya!…”
“Saya mahu awak pegang saya kuat-kuat kerana saya nak pecut ni!” Kata terus terang si Wan.
“Apa?” Hairan Siti, nak tak nak terpaksalah Siti pegang badan Wan dengan kuat. Romantik habis!

          Masa berlalu, di rumah pengantin perempuan itu sudah ramai hadirin yang datang termasuk semua kawan sekolah si Wan dan kawan perempuan si Salina. Jam antik di ruang tamu rumah itu menunjukkan 1.30 p.m. Dan motor besar itu sampailah di kawasan parkir di perumahan mewah itu. Setelah mereka turun, si Wan membukakan jaket kulit dan memeranjatkan Siti kerana si Wan memakai t-shirt kuning sama warna dengan bajunya. Kedua mereka saling tersenyum kerana macam dah berjanji. Wan membawakan kotak hadiah.
          Kedua mereka muncullah di majlis itu. Kebetulan ketika si Wan sampai dengan ‘aweknya’ itu, kawan-kawan lelakinya semua nampak terpegun dengan kecantikan Siti Nur Ain. Dan rakan-rakan Salina yang nampak mulalah mengumpat tu. Kedua pasangan itu tiba di resepsi majlis. Wan memberikan kotak hadiah itu kepada Siti untuk serahkan kepada resepsi yang kebetulan dijaga oleh Suriani kawan baik Salina. Sempat juga Suriani menyindir, “Hai cepatnya berganti nampak, Wan.” Wan cuma senyum dengan muka merah padam.                                 H7p16
          Kemudian keduanya makan di kanopi di laman rumah besar itu. Tetapi yang paling istimewa selepas itu upacara menepung tawar pasangan pengantin. Tanpa disangka semua rakan sekolah Wan mendesaknya untuk melakukannya sebagai mewakili kawan sekolah Salina. Maka terpaksalah Wan terima tugas itu bersama dengan Siti Nur Ain.
          Semasa menepung tawar, Wan dapat saksikan si Salina tersenyum aje. Wan cuma dapat ucapkan, “Tahniah, Lina.”

Manakala si pengantin lelaki asyik menjeling kepada Siti. “Saya dah berpunya tau.” Kata Siti ringkas.
hw77ii


              Masa berlalu, suasana hari dah petang. Motor besar Wan itu berhenti di sebuah perumahan flat. Siti turun dari motor.
“Thanks a lot kerana jemput Siti tadi.”
“Saya yang sebenar yang patut ucap terima kasih kerana awak sudi temankan saya ke majlis tadi.”
“Tak apa, saya tak kisah….”
“Bye.” Motor itu berlalu pergi dan Siti memerhatikan dengan penuh setia.
Si Wan kemudian pergi ke sebuah taman untuk menenangkan fikiran dan perasaannya yang betul-betul tidak puas hati dengan sikap abangnya itu. Dia sememangnya bengang seamat diatas kejadian tadi. Si Wan berada di situ sehinggalah lewat senja barulah dia berlalu.
Wan sampai di rumah dengan dua biji helmet, telefon bimbit abangnya dan surat-surat macam biasanya. Di ruang tamu, dia dapati abangnya sedang syok main video-game dah masuk level 5.
Han buat tak tahu aje… Wan pula yang nampak kemarahan. Han buat-buat hairan apabila melihat si Wan membawa tambahan satu biji topi keledar itu. “Eh… sejak bila pulak kamu ada awek baru?”
Wan hanya terdiam, dia dengan bengang duduk di kerusi sofa.
Wan kemudian meletakkan surat dan telefon bimbit itu ke atas meja tamu. Si Han buat selamba tanya, “Eh itu phone abang, kamu ada pergi office abang jumpa dengan Siti ke?”
“Abang… Wan nak cakap sesuatu dengan abang… “ Sambil si Wan menutup remote TV.
“Alamak!.. abang lupalah janji kita nak pergi kenduri Salina tu... ada hal penting dengan client syarikat tadi. Sorrylah brother.”

end hanwan 07

Han & Wan 08

“Bukan itu Wan nak cakap… itu dah tak penting lagi. Tetapi apa yang paling kejam abang lakukan hari ini ialah abang sanggup tinggalkan Siti Nur Ain seorang diri macam tu aje.”
“Alah tu perkara kecik aje… abang kan ada urusan penting… rilekslah brother.” Kata Han selambanya membuka remote TV dan menyambung main game semula.
“Apa abang cakap? Perkara tu kecil aje… memang abang ni dah jadi orang yang hanya pentingkan diri abang sendiri. Abang memang tidak ada rasa ambil berat walau kepada kekasih abang sendiri… dulu abang ada akak Fika, abang tinggalkan dia.. kini giliran Siti Nur Ain tu pulak..” Marah si Wan

“Eh… Wan, itu hak abang… kehidupan abang. Kamu tidak ada hak untuk masuk campur.” Sengaja si Han cakap macam tu kerana sengaja nak duga adiknya.
“Memang itu bukan urusan Wan untuk campur-tangan… tetapi sebelum ini telah banyak mengabaikan orang lain seperti famili kita yang masih ada di kampung. Abang tahu tak, Mak Ngah dan Pak Long teramat rindu nak jumpa abang. Bagaimana pula sepupu-sepupu kita yang sambung belajar di U, abang ada tolong bantu tak?” Kata Wan mulai membangkitkan hal famili di kampung.

Wan melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia ke balkoni rumah. Suasana di luar sana gelap-gelita dan langit mendung nak hujan dengan guruh berdentam-dentum. Han memberhentikan gamenya kerana tahu si Wan teramat serius. Han pergi menghampiri dan memujuk.
“Wan… kamu tidak tahu apa yang ada di hati bang ni… abang lakukan segala ni demi untuk maruah keluarga kita… untuk kamu… kamu tidak tahu betapa sayangnya abang kepada kamu..”
“Kalau abang sayangkan Wan, kenapa abang sudah melupakan famili kita yang masih ada tu? Wan bukannya budak kecil lagi… untuk abang ajak bermain. Wan sudah dewasa kini. Abang cuma perlukan Wan kerana abang mahukan teman sahaja. Kerana Wan… ibu meninggal… hidup ayah menderita kerana kematian ibu sehingga ke akhir hayatnya. Semuanya salah Wan.. Wan rasa tidak berhak hidup di atas dunia ini.”
“Tidak perlu kamu menyalahkan diri kamu, Wan. Kamu tidak tahu tentang segalanya. Ibu meninggal tetapi dirinya tetap hidup dalam diri kamu. Semuanya sebenar salah abang… abang yang bersalah.”

Wan memandang kosong kepada abangnya itu dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh si Han. “Kematian ibu dan ayah semua disebabkan oleh abang,… semuanya kerana abang mahukan seorang adik. Abanglah yang mendesak ibu…”
“Adik?… Apa yang abang istilahkan adik itu… adakah sebagai teman untuk bermain di masa kecil atau sebagai teman abang…” Wan tidak sanggup meneruskan ayat itu.
“Kamu sahajalah yang abang ada sekarang… abang sudah berikan segalanya kepada kamu. Abang dah cuba sedaya mungkin…”
“Abang tidak perlu cakap semua itu. Selama ini abang Han adalah hero dalam hidup Wan. Tetapi Wan silap…” Sambil Wan mengambil topi keledarnya lalu keluar dari rumah.
“Wan… jangan pergi…”Kata Han sudah terlambat kerana pintu sudah dihempaskan. “Jangan tinggalkan abang… hari hujan di luar sana.” Kata keluhan hati si Han.

Han tidak sedikitpun menyangka langkah dia membiarkan Siti di hentian teksi tadi memberikan kesan besar melihatkan kehidupan mereka. Satu-satunya adiknya sudah pun menganggap Han sudah tidak memperdulikan keluarga mereka di kampung. Sebenarnya tanpa diketahui oleh si Wan, Han telah berjanji dengan ibu dan bapa saudaranya bahawa selagi dia tidak dapat menebus kembali harta pusaka peninggalan ayahnya, Han tidak akan berhenti berusaha bekerja keras bagi mencapai hasratnya itu termasuklah hanya pulang ke kampung di ketika raya sahaja.

Manakala di jalanraya itu, Wan laju dengan motornya. Pada ketika yang sama beberapa buah kereta sedang berlumba haram di hari hujan itu. Dengan tiba-tiba ada kereta memintas menyebabkan Wan cuba mengelakkan menyebabkan motornya terbabas lalu dia jatuh.

Masa berlalu, di apartmen itu si Han keresahan menunggu. Jam dinding menunjukkan 11.45 p.m. Si Wan tidak balik-balik, entah ke mana. Di luar sudah berhenti hujan. Han berasa begitu bersalah kerana melukakan hati adiknya itu. Walaupun dia menonton Astro Ria filem komedi, tidak sedikitpun menghiburkannya. Mata si Han tidak lekang melihat telefon.

Tak semena telefon bimbitnya yang berdetik, “Hello, kamu ke Wan?”
“Maaf encik… saya ni telefon dari Hospital KL… kami telah menerima seorang mangsa kemalangan yang bernama Kamal Irwan.”
“Apa? Itu adik saya… bagaimana dengan keadaannya.”
“Kecederaannya ringan sahaja tapi masih tidak sedarkan diri…”
“Wan…” Mengeluh si Han.

Keesokkan paginya, Wan masih lagi ketiduran di bilik wad persendirian itu. Kepalanya berbalut tebal kerana luka, satu tangan kanannya berbalut disimen kerana patah dan kaki kirinya juga disimenkan. Di dagunya terdapat calaran. Seorang gadis cantik berdiri sebelah kiri berhampirannya dan membawakan satu jambak besar bunga ros kuning. Si gadis itu mengerak-gerakkan tangan kiri si Wan yang tidak terjejas oleh kemalangan. “Wan, Wan, Wan…”
Wan tersedar perlahan-lahan. Pandangannya kabur semakin jelas perlahan-lahan dapat menatap wajah si gadis itu… Wan masih tidak pasti siapa yang berdiri dekat dengannnya itu. Wajah si gadis berseri disinari cahaya pagi terpancar dari jendela sisi itu.

“Wan, ini Siti ni… syukurlah awak dah sedar sekarang… eh sejuknya tangan awak?” Siti memegang tangan kiri Wan seketika. Tapi Wan keseganan lalu menarik tangan ke tempat lain. Siti mengerti…
“Cik Siti, mana abang Han?”
“Han ada di luar… tapi terlebih dahulu saya mewakili bagi pihak dia… nak minta maaf dengan awak di atas peristiwa semalam. Siti harap awak dapat maafkan dia…” Siti pula memujuk.

Siti kemudian beralih ke sisi dan dengan jelas si Wan dapat lihat abangnya berada di muka pintu masuk. Abang senyum dan Wan pun senyum juga. Manakala Siti Nur Ain pergi ke locker untuk mengambilkan bekas bunga dan meletakkan jambangan itu.

Si Han menghampiri ke sisi Wan. “Bagaimana dengan adik abang?” Sambil Han duduk di kerusi tepi.
“Bolehlah…” Jawab Wan.
“Abang tengok keadaan kamu ni… lebih teruk dari masa kamu bersunat dulu.” Han cuba buat lawak. Wan tersenyum paksa.
“Abang ni jangan buat kelakarlah. Sakit rahang ni nak senyum.”
“Kenapa, tidak boleh ke?” Kata Han terus mengusik Wan… tapi kali ini Wan hanya diam pandang kepada abangnya. Sambil itu, si Han mengusap-usap tangan kiri si Wan.

“Abang Han, pasal semalam kan… Wan tidak sepatutnya menegur abang pasal hak abang…”
“Ssyyy.. tak payah kamu sebut lagi… Cuma abang Han mahu kamu ingat satu… abang sayang kamu. Walau apa yang terjadi… abang tetap jadi hero kamu.” Sambil Han mencium pipi si Wan. Wan macam tidak mahu dan memaling ke lain.
“Eh abang ni… Wan dah besarlah. Malulah orang tengok…”
“Salah ke abang nak manjakan kamu.”
“Wan ni bukan budak kecik lagi… tak macholah kena peluk, kena cium.”
“Tak apa.. nanti kamu lepas baik injured ni… kita lawan karate pulak.” Maka kedua mereka ketawa bersama.

Manakala Siti dapat melihat kedua adik-beradik itu berbaik semula dari ambang pintu wad itu. Mereka kelihatan begitu mesra dan rapat akrab.


Enam bulan telah berlalu, Wan sudah masuk belajar di universiti dan telah berhenti dari kerja sepenuh masa di majalah komik, cuma masih menjadi sambilan seperti sebelum ini. Sejak kemalangan itu, si Wan tidak menggunakan motornya lagi walaupun kedudukan kolej kediamannya jauh dari tempat akademik. Di waktu malam itu, si Wan menelefon abangnya dengan menggunakan telefon awam yang terletak dekat dengan pejabat kolejnya. Pada ketika itu, si Han berada di rumah sedang sibuk dengan tugasan kerja menggunakan komputer notebooknya di meja studi di biliknya.

“Hello, abang. Ini Wan yang telefon ni.”
“Haa… kenapa?… nak mintak duit lagi ke?” Tanya si Han.
“Tak adalah… duit elaun tu masih ada… Cuma Wan rindukan abang.”
“Betul ke rindu kat abang… atau rindu kemaruk nak pakai motor kamu tu…”
“Betul… Wan rindu sebab dah 2 bulan tak jumpa abang.”
“Abang pun begitu… tukang picit abang bila nak balik rumah?”
“Banyak tugasan lagi, latihan ragbi tak habis-habis lagi… emm, sebut pasal motor tu… abang jualkan aje… Wan rasa Wan tak mahu pakai motor lagilah… rasa dah serik.”

“Wan… bagaimana kamu nak belajar kat sana, kolej kesembilan tu jauh… takkan selamanya tak pakai motor sendiri. Kalau ada keretapi komuter tak apa jugak.”
“Eh abang ke situ pulak.. Wan okay jer, habis teruk tumpang kawan sekelas saja.”

“Tapi bagaimana kalau hari hujan dengan penyakit kamu tu, abang tak sanggup nak tengok kamu jatuh sakit.” Kata risau si Han.
“Abang jangan bimbang… tahulah Wan jaga diri.”
“Wan, abang ada satu soala cepu mas ni…dekat UniPutra tu ada banyak kancil tak?” Soalan Han itu membuat Wan kehairanan.
“Apa kancil? Kancil, rusa tu adalah kat Taman Biopark dekat Fakulti Food Tech Biotech.” Jawab lurus bendul si Wan.

Dalam pada itu terdapat tidak orang student lelaki lembut sedang berborak berada dekat dengan telefon itu. Seorang sederhana, seorang tinggi lampai dan seorang berbadan kecil sahaja. Mereka itu adalah si Ras, Dayang dan Seri.
Seri, “Ras, telefonlah si Hisyam tu…”
Dayang, “Cepatlah Ras… nanti terlepas kau nak tengok wayang tu.”
Ras, “Kan aku dah kata, aku tak nak…”
Dayang, “Eh Ras, kau kena cepat… manalah tahu… si Hisyam tu nak studi, dia offkan hand-set dia.” Dalam pada itu si Wan yang sedang menelefon abangnya ternampak akan Ras dan Wan berasa seperti pernah kenal si Ras sebelum ini. Wan tersenyum-senyum sengih kerana dia yakin siapa sebenar si Ras itu.

Manakala jejaka yang sedang telefon itu disedari oleh kawan Ras iaitu si Seri. “Bukankah yang tengah telefon tu… rakan pasukan si Hisyam?”
Si Wan yang bergayut telefon terhenti bercakap lama juga dengan abangnya. Abangnya sergah, “Woih, Wan. Kau tengah buat apa tu… tengok awek ke?”
“Tak adalah… Cuma Wan ada ternampak seseorang yang Wan pernah kenal sebelum ini… hah, apa halnya abang ni?”
“Kamu tidak mahu balik umah ke… sambut hari lahir?”
“Maaflah abang Han… waktu petang hari tu ada perlawanan ragbi inter-kolej.”
“Kamu confirm?”
“Iya…”
“Okaylah… bye.”
“Bye…”

Setelah selesai telefon, Wan kelihatan ragu-ragu yang pernah kenal si Ras. Manakala Seri kawan Ras menegur, “Eh, awak ni Kamal Irwan kan… pemain ragbi jersi nombor 12 kan.” Tanya Seri, si Ras pula nampak segan.
“Ya betul, ada apa perkara penting ke?” Tertanya si Wan.
“Tak ada apa-apalah cik Wan?” Tiba-tiba si Ras mencelah seakan cuba hendak melarikan diri.
“Saya rasa saya macam pernah kenal awak sebelum ni… awak Raz…” Kata spontan si Wan.
“Eh, awak dah kenal Ras sebelum ni…” Hairan Dayang.

“Memanglah… I kan terkenal.” Kata Ras cuba menutup cerita sebenar.
“Kelasnya, kau ni Ras.” Kagum si Dayang.
“Iyalah, iyalah…” Sambil Ras menarik tangan si Wan ke tempat lain jauh dari kedua kawannya itu. Wan ikut aje.

“Betulkan… awak Razman.. yang pernah saya kenal dulu kan?…” Cuba Wan ingati semula, tetapi si Ras tunjuk isyarat ‘ssyy’.
“Saya pasti awak Razman masa kat gimnasium tempoh hari… yang sepupu perempuan awak buat hal tu…” Cuba ingat si Wan.
“Awak betul…”
“Kenapa kamu jadi begini pula?”

“Saya sepatutnya tidak boleh beritahu awak… tetapi memandangkan kita dah kenal sebelum ini… terpaksalah saya beritahu sedikit kepada awak… saya sedang buat undercover satu misi khas.”
“Apa… tak percayalah…” Hairan si Wan.
“Sebenarnya… saya sekarang ini tengah praktikal bahagian perisikan untuk misi menyiasat pergerakan satu sindiket haram menggunakan pelajar U sebagai pekerja seks…”
“Wau.. hebatnya kerja awak, Razman!”

“Heh… syyy.. panggil Ras saja sekarang. Awak boleh tolong tak cover line?”
“Okay.. tak ada masalah.” Pengakuan si Wan.
“Kita kawan ya?”
“Okay… kawan.” Mereka berjabat tangan.

Kemudian mereka pergi semula ke tempat dua kawan Ras itu berada. “Heii… lamanya kau orang berdua…berdua-duaan.”Usik Dayang.
“Alah tak ada apa-apalah…” Kata si Ras dengan menyambung semula perangai lembutnya. Wan kemudian pergi berlalu.

Hari-hari berikutnya, Wan dengan Ras menjadi kawan baik pula. Si Ras tetap menjalankan tanggungjawab seperti pelajar lain walaupun sebenarnya tugas dia adalah mengintip kegiatan sindiket haram yang memperdayakan pelajar U sebagai pekerja seks yang kemudian dilarikan ke luar negara. Sambil-sambil berpura-pura studi atau di sekitar kampus, si Ras mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital yang kecil dan pipih beberapa orang pelajar perempuan yang tengah dipikat oleh agen-agen sindiket.

Masa berlalu, petang Sabtu menjelma dimana perlawanan ragbi di antara kolej bermula. Lokasi perlawanan bertempat di Padang Ragbi utama di belakang Kolej 1. Dua pasukan yang berlawan adalah Kolej 9 dan Kolej 1 di mana merupakan dua musuh kuat tradisi. Perlawanan akan berlangsung kurang dari 10 minit lagi.

Para penyokong pasukan kolej dah datang, turut sama adalah awek-awek pemain. Si Ras datang juga dengan kawannya untuk menyokong si Hisyam. Memang sudah diketahui umum yang Ras adalah peminat utama Hisyam, kapten budak ragbi Kolej ke-9. Si Hisyam mengarahkan pasukannya memanaskan badan. Hisyam nampaknya tidak berpuas hati dengan Wan kerana gosip hubungan baik Wan dengan Ras itu. Dia telah salah faham tentang keakraban dua orang itu.

Dalam pada itu, sebuah kereta kancil putih plat WKA 1220 memasuki kawasan kolej kediaman UniPutra itu. Kereta itu terus memasuki kawasan parking kereta Kolej 2 yang berhampiran dengan padang ragbi itu. Kemudian keluar seorang gadis cantik dari kereta itu terus menuju ke tempat kelab penyokong Kolej 9 berada. Masa itu, pasukan ragbi masih warming-up. Pasukan itu membentuk formasi membulat, separuh dari mereka berdepan dengan kelab penyokong manakala sebahagian lagi membelakangi dan Wan berada di bahagian membelakangi.

Dalam pada mereka warming-up itu, budak-budak ragbi itu buat kecoh, “Woiii, ada awek baru yang cun datang sokong pasukan kita lah…” Kata Talib. “Weiii… aku tak pernah pun tengok sebelum ni….” Tambah Alias.
“Ehhh… cun habis ahhh… awek siapa tu?” Kata Rustam turut terpikat dengan kejelitaan.
“Tak pernah tengok pun sebelum ni…” Hairan Khairudin.
“Siapa… siapa?” Tanya hairan Wan yang tidak mengetahui.

Kemudian si gadis misteri tu menjerit sambil melambai, “Wan! Wan!”. Semua mata orang kat situ terkejut seakan tidak percaya. Wan lagilah terperanjat besar apabila kedengaran namanya. Wan tercari-cari akan suara yang pernah dia dengar sebelum ini. Maka ternampaklah si Wan siapa tuan empunya suara. Si dia adalah Siti Nur Ain Ariff itu.

Si Wan hanya boleh melambaikan tangan kerana masih kena buat senaman memanaskan badan secara pasukan. Siti membalas semula dengan lambaian tangan. Dan kemudian dia duduk bersama-sama kelab penyokong macam dah biasa.

Si Wan ketika itu tersenyum seperti sang putera yang kerinduan si puteri. Pada ketika itu, semua orang terperanjat apabila mengetahui siapa sebenarnya si Wan. Daripada pemain ragbi paling low-profile rupanya adalah prince charming. Semua budak perempuan cemburu habis dengan kecantikan Siti yang begitu setia menanti si Wan habis permainan.

Hisyam yang tidak menyenangi si Wan, meminta maaf di waktu tengah-tengah hendak mula berlawan kerana mensalah anggap Wan, “Maaf Wan sebab salah anggap pada kau sebelum ni.”
“Tak pa…Hisyam.”
“Dah lama kau bercinta dengan si dia tu…”
“Tak tahulah….” Kata Wan tidak dapat memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku di luar kawalannya.

Kemudian berlangsunglah perlawanan yang hebat itu. Pasukan kolej Wan menang tetapi dekat akhir pelawanan, Wan teruk kena hempap oleh pasukn lawan. Apabila perlawanan berakhir, semua penonton dan pemain beransur pulang. Si Wan dan Siti berjalan seiringan dengan Wan berjalan tersekat-sekat lambat kerana kesakitan cedera. Mereka menuju ke tempat letak kereta Kolej 2 itu. Dalam perjalanan, mereka berbual…

“Bagaimana Siti boleh tersesat ke sini?”Tanya si Wan
“Apa? Awak bergurau ke?.. Saya pernah menuntut dua tahun di sini tau.” Si Wan terkejut dengan penyataan Siti.
“Maafkan saya.”
“Tak apa.”
“Awak ambik apa dulu?”
“Diploma pengiklanan TV dan media cetak…”

Mereka sudah pun menghampiri kereta kancil putih itu, Siti membukakan pintu belakang sebelah pemandu. Wan duduk di kusyen, “Cantik kereta awak.” Puji Wan sambil mengusap peha kanannya yang kesakitan.

“Eh.. ini sebenarnya… kereta awak punya lah Wan. Abang awak ada cakap nak hantar kereta ni kat sini, maka saya sukarelalah nak bawakkan kereta ni ke sini.” Beritahu Siti mengejutkan Wan.
“Abang tu memang suka menyusahkan awak.” Kata geram si Wan.
“Eh, abang awak baiklah… dia okay, penyayang, romantik dan setia macam awak jugak.” Kata usik Siti cuba membela si Han.
“Tapi, tengoklah dia dah susahkan gadis cantik seperti awak ni… datang hantarkan kereta ni ke sini.”
“Wan…. Dengarlah, saya sukarela buat ni…. Ketahuilah abang awak begitu ambil berat tentang diri awak… dia ada cakap kat saya…”

“Apa abang Han dah cakap?”
“Han cakap… dia cukup kesiankan awak belajar di sini… awak pergi kuliah tanpa transport. Maka dengan kancil ni, bolehlah awak pergi kelas tanpa perlu berbasah bila hari hujan. Awak kan sakit…”
“Abang saya beritahu awak, sakit saya?” Kata Wan bengang dan marah kerana peribadinya disentuh.
“Wan… apa salahnya… tiada siapapun dilahirkan sempurna di dunia ni… masih ada yang sayang pada awak…” Kata Siti spontan.

“Siapa?” Tanya ingin tahu Wan dan kebetulan Vitara abangnya pun sampai di parkir kereta itu. Perbualan mereka terhenti dan jejaka di dalam kereta itu menjerit, “Oh…. Di sini kamu berdua ya…” Seraya Siti terus menghampiri vitara itu untuk pulang. Si Wan berdiri…
“Wan, game tadi macam mana?”
“Kami menang!”
“Kau suka tak kancil tu?” Tanya abangnya serentak Siti melontarkan kunci kancil itu kepada Wan.

Wan hanya mengangguk pendek sahaja. Siti sudah pun masuk ke dalam 4-WD Vitara itu. Kereta itu bertolak tetapi tidak jauh berpatah balik berhenti depan Wan. Siti membukakan pintu kereta, “Siti terlupa nak ucap selamat hari lahir ulang tahun ke-20 kepada awak.”
“Thanx…”Jawab Wan ringkas, Vitara itu berlalu dengan Siti melambaikan tangan. Dalam keheningan senja itu, kereta kancil itu juga bergerak berlalu pergi.


Hari-hari kemudiannya, Wan meneruskan rutin sebagai pelajar IPT, hari-hari pergi kelas. Waktu petang di berlatih ragbi. Dengan adanya kereta kancil itu, maka ramailah budak lelaki berkawan dengan si Wan menjadikannya kian popular. Budak-budak perempuan mula menaruh harapan hendakkan si Wan walau pun ramai dah heboh pasal si gadis cantik yang datang tempoh hari. Tetapi mujurlah, tiada seorang pun perasan yang dia adalah adik kepada model Han Akmal.

Han dan Siti seperti biasa dengan aktiviti syarikat mereka, mereka bersama di pejabat dan di luar pejabat. Siti kagum dengan sikap Han yang begitu baik dan prihatin kepada dirinya kini. Sehinggakan datang kerja dan balik kerja dihantarnya. Mungkin Han cuba menebus kesalahan meninggalkan Siti di hentian teksi tempoh hari. Apa tidaknya, kalau di baca akhbar harian selalu keluar berita gadis dirogol atau dibunuh.

Kini, dua orang kakaknya mengambil kesempatan untuk menumpang naik kereta si Han ketika dia menjemput Siti. Tetapi Han tidak kisah tentang itu. Siti berasa sesuatu yang lain dengan sikap baik Han itu, walau Han begitu rapat dan baik kepada Siti tetapi Siti berasakan si Han hanya bertindak menjaga, melindungi Siti bagaikan seorang abang yang tua dan bukannya sebagai kekasih hati.

Syafika pula amat cemburu apabila terserempak melihat Han dan Siti keluar bersama untuk keluar makan tengah hari. Kemudian di suatu hari petang ketika hujan lebat. Fika dapat menyaksikan kemesraan si Han dengan pekerja barunya di mana Han melindungi Siti dengan baju kotnya ketika mereka bergerak dari bangunan syarikat ke kereta Vitaranya di padang parkir. Betapa romantiknya sikap si Han. Fika akhirnya menangis sendirian sehingga berderai airmatanya bercucuran. Fika kini hanya mampu mengimbas kembali zaman bahagia bersama Han dengan merenung gambar kecil di mejanya. Fika hanya mampu berkata, “Han…. Fika kehilanganmu….”

Fika masih ingat lagi ketika mula-mula kenal Han, dia memang tidak berapa suka pada model lelaki popular itu. Dan Fika selalulah berurusan dengan agensi iklan tempat Han bekerja. Pada mulanya Fika beranggapan Han hanya tahu menjadi model sahaja. Dia tidak suka dengan golongan model lelaki kerana berpendapat golongan itu perasan lawa. Dan suatu hari, Syafika diminta syarikat itu berurusan dengan Han kerana orang lain sudah mempunyai projek penuh. Maka perlahan-lahan mereka kenal. Fika kemudiannya dapat merumuskan yang Han sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi dan kuat bekerja. Jauh berbeza daripada sangkaan Fika sebelum ini.

Manakala si Wan sedang mecari-cari buku rujukan di perpustakaan universiti, si Ras pun ada sama joint. Dalam pada itu, Wan disoal-selidik oleh si Ras, “Eh...Wan, gadis misteri tempoh hari tu… siapa nama?”
“Siti Nur Ain… Hei.. apasal tanya-tanya ni?”
“Saja…hei… kau orang berdua memang padanlah.”
“Apa kaitannya dengan kau, Raz?” Wan agak tidak suka ditanya pasal awek abangnya itu.
“Berapa lama kamu berdua…?” Tanya Ras lagi.
“Baru 6 bulan.” Jawab si Wan melamun teringatkan seseorang.
“Ooo 6 bulan bertunang ya…Wau…kedengaran macam kisah cinta yang agung gitu…aku tahu sekarang kau tengah merindu si dia tu kan… biasalah kalau orang dah ada ikatan.”
“Sudahlah Raz. Dia tu, aku punya….” Jelas si Wan tak sempat habis kerana Ras pergi segera kerana ternampak agen sindiket yang dia siasat.
“Dia tu, aku punya abang punya awek…” Kata Wan sendirian.

Sejak hari itu, tersebarlah cerita yang Wan telah bertunang. Geram betul si Wan bila semua orang yang dia kenal tanya dia bila nak kahwin. Wan tahu perkhabaran itu datangnya dari mulut Ras. Sejak hari itu, kalau ada perlawanan ragbi, kawan-kawan banyak tanya, awek si Wan datang tak sokong Wan.

Wan pergi mencari Ras, “Kau tahu Raz, apa yang kau dah cakap kepada orang lain?”
“Entahlah… bukan aku yang bersalah… biasalah bila sampai di telinga orang… lain pula bunyinya…”
“Hari tu aku cakap 6 bulan tu bukan aku bertunang tapi aku baru kenal dia lah, dia tu aku punya abang punya awek tau…”
“Eh… salahlah… apa yang aku cakap pada kawan aku?” Kata si Ras, rahsia terbongkar. Wan tension betul.
“Kau tau Raz, kalau abang aku dengar gosip ni… mati aku kena dikerjakannya.” Kata bengang Wan.
“Eh… kau serius ke ni Wan. Ganas sangat ke abang kau tu?” Tanya hairan si Ras.
“Macam singa kacuk dengan gorilla…” Kata geram si Wan.
“Alahai… lemah semangat aku…” Si Ras pula yang tension.

Hari berlalu, di hujung minggu itu. Si Wan ambil keputusan untuk pulang ke rumah sekejap kerana sudah lama tidak bertemu dengan abangya itu. Bila sampai di rumah, kebetulan abangnya bersiap untuk keluar. “Eh, Wan… balik pun kamu…”
“Abang nak ke mana tu?” Tanya hairan si Wan.
“Abang nak keluar dengan Siti..” Jawab selamba si Han.
“Ohhh…” Seolah Wan mengerti ayat itu.
“Heeii… kamu tak nak ikut sama?” Ajak abangnya.
“Ehh… tak naklah, kacau abang je…” Wan menolak.

“Kamu mesti kena ikut sama… boleh juga kamu kenal dengan bakal famili kamu tu…”
“Apa? Maksud abang famili,Siti?” Tanya si Wan suspense dengan kata Han tadi.

Masa berlalu, dalam kereta Vitara terdapat kedua-dua adik-beradik itu.Wan terpaksa pergi jua kerana abangnya ada menyebut bertemu dengan famili sebelah Siti. Wan terpaksa menjaga hati abangnya. Kereta itu sampailah di hentian bas berhampiran perumahan flat rumah Siti itu.

Kelihatan Siti sedang menanti bersama dengan seorang wanita berusia 40an yang ada membawa anak kecil masih bayi lingkungan setahun. Wanita itu adalah Mak Usu Siti yang datang dari Melaka.

Vitara itu pun berhenti, Wan lantas turun dari kereta untuk pindah duduk di kerusi belakang… tentunya untuk memberi lalu tempat duduk kepada bakal kakak iparnya itu. Ibu saudara Siti juga masuk. Dan ketika Wan bersalaman dengan ibu saudaranya, Siti bertentangan mata dengan si Wan.

end hanwan 08